Bermula bulan ini, saya akan mula hadkan bilangan produk ataupun program affiliate yang saya nak promosikan.
Mungkin saya akan hadkan satu atau dua produk sahaja dalam sebulan. Kalau nak promosikan lebih daripada itu pun, mungkin saya akan gunakan blog yang berbeza.
Jadi satu kerja.
Nak kena maintain banyak-banyak blog dalam satu-satu masa.
Sempena bulan April ini, saya akan lebih banyak promosikan program affiliate EdyClick dan juga program affiliate EdyBiz.
Lain-lain program affiliate, masih lagi akan dipromosikan. Cuma mungkin slow sikit.
Saya nak cuba praktikkan promosi satu produk untuk satu bulan.
Patutkah anda promosi banyak produk affiliate serentak?
Sebelum ini saya promosi banyak-banyak produk dalam satu-satu masa.
Hasilnya? Kurang memberangsangkan.
Mungkin juga usaha saya masih lagi kurang.
Jadi kali ini saya nak buat beberapa perubahan.
Mana tau, buat macam tu lebih mudah untuk hasilkan jualan.
Leave a Reply