1. Ada ramai orang kat Malaysia ni yang tau, bahawa dengan mempunyai blog sendiri, mereka boleh hasilkan pendapatan yang lumayan lagi menguntungkan.
Baca juga: Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan LUMAYAN!
2. Sama ada mereka mahukan pendapatan yang konsisten setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu ataupun mahukan setiap hari nak ada pendapatan tambahan dari blog. Semua itu boleh dilakukan dan ia bukannya sesuatu yang mustahil.
3. Tapi, kalau sekadar tahu tapi tidak mahu, maka pengetahuan tersebut langsung tak akan beri nilai tambah kepada individu tersebut.
4. Sepanjang saya mula bergiat aktif dalam bidang penulisan blog, memang banyak juga program-program buat duit yang saya sertai. Sama ada ianya program pengiklanan, program dropship mahupun program affiliate. Saya rasa, dalam banyak-banyak program buat duit yang saya sertai, saya lebih selesa untuk buat duit dengan program affiliate.
5. Kalau dah nama pun blogger, maka memang perlulah untuk saya memiliki blog. Bila dah ada blog, kena update blog. Tak kisahlah sama ada artikel yang disiarkan dalam blog tu ada orang nak baca ke tidak. Pada peringkat permulaan, apa yang lebih kritikal adalah untuk memastikan blog tersebut dikemaskinikan dengan blogpost yang terbaru.
6. Kadang-kadang saya sendiri tak ingat, program mana satu yang paling banyak menyumbangkan pendapatan online kepada saya. Ya, saya akui memang saya banyak join program affiliate.
7. Petang semalam saya menerima emel notifikasi dari program kat atas ini, yang mengatakan saya berjaya memperolehi komisen affiliate. Program yang saya maksudkan ini ialah Program eKursus Jobdirumah.
8. Saya ambil maklum, memang ada sesetengah pengguna internet yang menuduh program Jobdirumah ini adalah satu penipuan dan scam semata-mata. Saya juga pernah menulis tentangnya sebelum ini. Boleh klik ke artikel saya yang berjudul “Jobdirumah SCAM! Kenapa orang kata Jobdirumah ni scam? Ini penjelasannya…”
9. Saya percaya, semua orang ada hak untuk menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing. Mungkin, ada sesetengah peserta program yang merasakan apa yang dipelajari dari ekursus ini hanyalah satu bentuk penipuan semata-mata.
10. Mungkin sebab lepas dia join, dia tak berjaya untuk jana sebarang pendapatan ataupun langsung tak berjaya untuk dapat walaupun satu job berbayar.
11. Realitinya, ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang tu gagal untuk memperoleh sebarang job setelah mengikuti program Jobdirumah. Antaranya, tidak mempunyai online profile yang menyakinkan, peserta tidak mempunyai skil yang dimahukan oleh majikan, peserta tidak menghasilkan cover letter yang menarik di mata bakal majikan.
12. Sudah tentu semua perkara yang saya sebutkan ini, memang ada diajar dalam kursus. Tapi kalau peserta sendiri tidak ikut seperti yang diajarkan dan terlalu gopoh nak skip ke peringkat dimana peserta terus dapat job, sudah tentu tindakan ini hanya menjanjikan kegagalan semata-mata.
13. Macam kita mintak kerja di luar juga la… kena ada step dan ikutlah proses yang dimahukan oleh bakal majikan.
14. Ok, itu cerita tentang jobdirumah. Sebenarnya semuanya terpulang pada diri kita. Sama ada nak buat ataupun tidak. Kalau nak buat, buatlah betul-betul. Jangan bagi alasan nak fokus dengan apa yang kita mahukan.
15. Setidak-tidaknya bagilah masa untuk kita berjaya. Benda ni bukannya hari ni join, terus hari ni dapat income. Tak macam tu. Lebih-lebih lagi kalau anda ni jenis yang memang zero dan tak tau apa-apa langsung tentang cara kerja apabila bekerja dari rumah.
16. Letaklah satu time frame yang munasabah untuk anda belajar, dan mula ceburkan diri dalam sesuatu bidang. Saya rasa letak masa 6 bulan adalah satu time frame yang munasabah. Sebulan yang pertama adalah untuk belajar. 4 bulan seterusnya adalah untuk timba pengalaman serta mula bekerja. Seterusnya untuk bulan yang keenam, anda boleh decide sama ada nak teruskan atau berhenti.
17. Saya bukan nak pukul rata atau nak kata yang anda ni malas, cuma saya nak bagitahu, saya kenal ramai orang yang cuma peruntukkan masa tak sampai dua hari untuk belajar. Itu pun skip skip. Lepas tu acah-acah nak terus mintak kerja. Bila tak dapat, terus give up.
18. Kalau anda ada sikap macam ni, tak ada siapa yang mampu untuk mengubah anda. Anda sahaja yang mampu untuk mengubah diri anda sendiri. Sama ada berubah, atau kekalkan status quo tersebut. Semuanya terpulang pada anda.
19. Sesetengah orang menganggap kerja atau kerjaya sebagai seorang blogger ni mudah sahaja. Saya tak pasti, orang yang kata macam ni, adakah dia bercakap berdasarkan pengalaman dia sendiri menjadi seorang blogger ataupun dia cuma dengar-dengar dan sekadar tengok orang lain yang jadi blogger.
20. Kadang-kadang, apa yang kita nampak ni tak sama dengan realiti sebenar yang perlu dilalui oleh seseorang blogger yang anda perhatikan tu.
21. Anda rasa nak buat artikel atau blogpost, atau update blog tu mudah? Mungkin YA, mungkin anda silap. Kalau sekadar nak update satu dua blogpost yang baru, itu memang mudah. Tapi, cuba bayangkan kalau anda kena buat benda yang sama selama bertahun-tahun lamanya?
22. Secara peribadi, saya berpendapat seseorang yang bergelar blogger ini, ada tanggungjawabnya yang tersendiri.
23. Pertama, dia perlu pastikan setiap konten yang dihasilkan itu mempunyai manfaat kepada dirinya dan kepada target sasaran pembaca yang dimahukan. Jika artikel tersebut ada manfaat, maka artikel tersebut boleh kita katakan sebagai artikel yang bagus.
24. Selain artikel itu perlu ada manfaat kepada target reader, artikel yang sama juga perlu mampu untuk membantu penulis blog tersebut menghasilkan jualan. Blogger seperti saya, bergantung kepada jualan untuk jana pendapatan.
25. Sesetengah artikel yang saya tulis, telah membantu saya memperoleh jualan sama ada dari program affiliate mahupun program dropship untuk berulang-ulang kali, hinggalah produk tersebut sudah kurang relevan pada masyarakat. Ada artikel yang saya tulis, hanya mampu hasilkan sekali sahaja jualan, dan ada juga artikel yang saya hasilkan langsung tak berjaya convert kepada sales.
26. Apapun, saya anggap itu semua sebagai satu lumrah yang perlu dilalui apabila menceburi bidang seumpama ini.
27. Ada ketikanya, saya menganggap bidang penulisan blog ini seperti saya sedang menguruskan suatu perniagaan. Kat luar sana ada beribu-ribu blog. Kalau kita ambil kira blog yang terdapat di internet, saya rasa mungkin jumlahnya mencapai billion.
28. Seorang blogger mungkin ada lebih dari satu blog. Bukanlah sesuatu yang pelik, kalau dikatakan seseorang penulis blog tu mempunyai 100 buah blog. Ini termasuk blog yang berbayar, blog yang percuma, blog yang dah tak aktif, serta blog yang blogger tersebut sendiri dah lupa apa passwordnya.
29. Mula-mula nak belajar buat blog, memang anda akan rasa seperti kerja-kerja penulisan ini seolah-olah sesuatu yang sia-sia. Tetapi, jika anda adalah seorang yang mempunyai misi dan visi dalam hidup, saya percaya anda akan nampak, bahawa bidang ini sebenarnya menawarkan dan membuka peluang yang sangat besar kepada kita.
30. Saya dah mula menulis di blog sejak lebih kurang 7 atau lapan tahun yang lalu. Anda bila nak mula? Blog ini dan blog saya yang lain, adalah jurnal yang merekodkan perjalanan saya sebagai seorang penulis blog. Jika anda merasakan apa yang saya buat ni adalah sesuatu yang menyeronokkan, jomlah belajar buat blog!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.