“Seronoknya kalau ada blog yang boleh bagi duit setiap bulan kepada pemiliknya…”
Seronok ke tidak? Ha… untuk orang yang tak pernah lalui, memang tak akan tahu macam mana rasanya. Silap-silap ada jugak yang tak mampu nak bayangkan, macam mana pulak dengan mempunyai blog sendiri, blog tu boleh bagi duit kepada pemiliknya.
Alhamdulillah, sejak dari tahun 2009 atau 2010, saya dah mula buat duit dengan blog. Hinggalah sekarang ni, tahun 2016, bermakna dah masuk tahun keenam atau mungkin tahun ketujuh blog-blog yang saya miliki dah bekerja keras untuk hasilkan duit untuk saya.
Cuba anda bayangkan. Kalau ada 10 buah blog, dan semua blog tu menyumbangkan sekurang-kurangnya RM100 kepada anda setiap bulan. Bila kita darabkan dengan 10 blog, tak ke boleh dapat RM1,000 setiap bulan.
Itu kalau setiap bulan blog anda hanya menyumbangkan RM100 sahaja. Kalau lebih macam mana? Tak mustahil untuk sesebuah blog boleh hasilkan sekitar RM300 – RM500.
Andaikan blog anda minimum boleh hasilkan RM300, dan anda mempunyai 10 buah blog yang berbeza.
RM300 x 10 blog = RM3,000!
Saya rasa, anda akan bersetuju dengan saya, kalau saya katakan dengan jumlah pendapatan sebanyak itu, kalau nak fokus kepada bidang penulisan blog sahaja dah memadai dan dah mencukupi. Betul tak?
Anda hanya perlu bekerja dari rumah. Atau kalau tak nak bekerja dari rumah sekalipun, anda boleh bekerja dari mana-mana lokasi yang mempunyai sambungan internet yang baik. Apa yang penting selain mempunyai sambungan internet, tempat tu mestilah selesa untuk kita bekerja.
Kalau nak buat kerja kat starbuck pun okay. Tapi pada saya la kan, nak buat kerja kat starbuck macam kurang sesuai. Tempat tu kadang-kadang boleh jadi sangat bising dan riuh. Kalau waktu puncak, boleh jadi ramai orang akan lepak kat starbuck jugak.
Saya pernah cuba nak buat kerja kat starbuck. Baru nak mula buat kerja, tiba-tiba tumpuan saya terganggu dek gelak ketawa dari meja lain. Saya toleh. Budak-budak cina tengah galak bergurau dengan kawan-kawan. Saya jeling. Dari pemerhatian saya, besar kemungkinan mereka ni adalah pelajar sekolah menengah, sama ada form 5 atau form 6.
Ya, banyak juga starbuck yang saya pergi, ada budak-budak cina datang lepak. Kebanyakkan adalah golongan pelajar. Sambil lepak dengan kawan-kawan, sambil tu mereka ulangkaji pelajaran. Budak-budak Melayu? Saya jarang jumpa mereka lepak di starbuck dan study kat situ. Mungkin budak-budak melayu ni lebih suka lepak study kat tempat lain. McD mungkin… Entahlah.
Sebenarnya tak kisah pun nak study kat mana pun. Cuma yang saya kurang berkenan ialah, mereka ni buat bising. Seolah-olah keseluruhan floor tu mereka dah beli. Nak bergelak sakan seolah-olah tak perlu pedulikan pengunjung dan pelanggan lain.
Padahal yang datang ke starbuck ni terdiri dari macam-macam golongan. Ada orang yang bekerja sendiri, ada yang jumpa klien, ada yang meeting kat situ. Tapi itu la… Orang kalau tak ada common sense memang akan macam tu la. Hidup pentingkan diri.
Sebenarnya saya nak kongsikan kepada para pembaca dan pelawat sekalian, tips ringkas macam mana nak buat duit dari blog. Iye la, ilmu yang ada memang patut dikongsi bersama. Rasa tak syok la kalau cuma saya seorang je yang buat duit dengan blog. Kalau boleh, saya nak semua orang boleh buat duit dengan blog, walaupun saya tahu, bukan semua orang akan ambil tindakan. Biasalah… lumrah manusia kan. Apa pun, yang penting saya dah kongsikan, dan saya dah ajarkan apa yang saya tahu.
Moga-moga kat akhirat nanti saya tak dipersoalkan, kenapa saya tak sebarkan ilmu yang saya tahu dan ajarkan kepada orang yang memerlukan.
Untuk mula buat duit dengan blog, ini adalah perkara-perkara yang anda perlu siap sedia, iaitu
(1) Nama Domain dan Hosting
Boleh dapatkan menerusi laman web NetKL. Kos langganan juga tidaklah begitu mahal.
(2) Perisian wordpress
Boleh install menggunakan perisian softaculous yang anda boleh akses di akaun cpanel. Kalau anda tak tau macam mana cara nak pasang, boleh baca artikel saya sebelum ini. [Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted]
(3) Pilih niche atau topik blog untuk di optimasikan
Bukan semua blog boleh buat duit. Ini hakikatnya. Blog untuk tujuan buat duit, dengan blog bagi tujuan suka-suka sangat besar bezanya. Jadi, kalau tujuan anda adalah nak buat duit, maka kenalah buat cara macam nak buat duit. Kena serius dan kena pilih topik dengan serius juga.. [10 Niche blog terbukti mampu untuk buat duit online]
(4) Pilih produk yang bersesuaian untuk dipromosikan
Pilih produk yang mempunyai kaitan dengan niche blog yang anda sedang bina. Kalau anda memilih niche masakan, anda mungkin boleh promosikan produk seperti set pinggan mangkuk, kuali dan sebagainya. Jika anda memilih untuk menulis blog tentang kenderaan, anda boleh promosikan alat ganti kereta.
Kalau anda tak tau nak cari kat mana produk yang boleh dipromosikan, saya syorkan anda cari di laman web Lazada. Boleh klik sini untuk mendaftar sebagai ejen affiliate bagi Lazada.
(5) Menulis dan terus menulis
Menulis bukan sebarang menulis. Menulis kena ada strategi. Dalam bidang penulisan blog, dan nak buat duit dengan blog ni, bila kita nak menulis kena tahu apa dia topik yang mungkin akan diminati oleh para pengguna internet. Adakah topik yang tengah viral? Adakah topik yang membincangkan tentang masalah orang lain?
Kesemua ini anda perlu “test” sendiri untuk lihat mana satu yang lebih menguntungkan dan memberi hasil paling baik untuk anda.
Sebenarnya nak buat duit dengan blog tidaklah sesukar mana. Apa yang sukar mungkin adalah untuk ambil tindakan dan terus konsisten. Jujurnya, ini sahaja yang saya lakukan untuk buat duit dengan blog. Saya menulis dan terus menulis.
Alhamdulillah, dari penulisan yang saya hasilkan, yang mungkin tak ada lah bagus sangat, ianya convert pula kepada duit. Jadi apa kata anda pun cuba. Ala… tak yah takut-takut atau malu-malulah. Kita nak buat duit, nak cari rezeki, buat apa nak malu-malu.
Jom buat duit!
Saje nak kongsikan pengalaman saya tulis blog dah setahun ni..ALhamdulillah ade jugak pendaptan sampingan dengan blog tu. Memang tak sebanyak blog ni tapi perasaan dapat duit dari blog tu memang sangat seronok hehe..
Rasa macam nak lagi dan lagi..bukan tamak tapi keseronokan dapat dari melakukan perkara yang kta minat..
Berblog ni kalu takde minat pun tak boleh buat duit..itu pada pendapat saya la hehe