Boleh ke nak shopping terus barangan dari China tanpa perlu terbang ke negara tersebut? Jawapannya… MEMANG BOLEH.
Pada hari ini, proses jual beli telahpun menjadi sangat mudah. Kita tak perlu lagi bersusah payah untuk berada di sesuatu tempat physically semata-mata untuk beli sesuatu barang.
Para penjual zaman sekarang ni pun ramai yang dah mula menjual secara dalam talian. Mereka nampak betapa besarnya potensi pendapatan yang mereka boleh hasilkan dengan menjual secara online.
Mereka tak perlu risau jika tak ada pelanggan yang nak datang ke premis perniagaan miliknya. Dengan menjual secara online, dia boleh berurus niaga dengan pelanggan, dari serata dunia.
Dalam konteks perbincangan kita kali ini ialah, kita nak beli barangan terus dari China. Tak nak lagi melalui orang tengah, ejen dan sebagainya. Adakah ianya boleh dilakukan?
Jawapannya sudah tentu BOLEH.
Ada beberapa laman web yang memang best untuk digunakan sekiranya anda berminat untuk beli secara online sahaja. Ini antara yang saya berani syorkan.
1. Taobao.com
3. Alibaba.com
4. DHgate.com
5. Tmall.com
6. 1688.com
Jika anda kurang yakin untuk beli terus dari laman web yang saya senaraikan diatas, anda boleh saja menggunakan perkhidmatan ejen, iaitu EzBuy.my
Pihak EzBuy Malaysia akan bertindak selaku ejen dan akan mempermudahkan urusan pembelian anda secara online.
Masalah paling biasa yang dihadapi oleh mereka yang minat nak beli barangan dari China adalah masalah bahasa. Kebanyakkan laman web borong dari China menggunakan bahasa perantaraan dan tulisan cina.
Jadi, ia agak menyukarkan kita untuk benar-benar faham apa sebenarnya yang ditulis di laman web tersebut.
Memang benar, kita boleh gunakan google translate sahaja, namun apa yang dapat saya perhatikan terdapat beberapa perkataan yang tak berjaya di terjemahkan dan ayat-ayat yang berjaya diterjemahkan, adakalanya struktur ayatnya kurang jelas.
Sekiranya anda ingin beli barangan dari China secara online sahaja, mungkin ada beberapa perkara yang saya boleh kongsikan kepada anda.
1. Jika laman web tersebut dihasilkan menggunakan tulisan cina, maka saya syorkan anda menggunakan browser google chrome. Anda boleh translate laman web tersebut jika guna chrome. Sebaliknya, jika anda gunakan browser lain, anda mungkin susah nak faham apa sebenarnya yang ditulis di laman web tersebut.
Saya tak pasti sama ada browser seperti Mozilla, Internet Explorer dan lain-lain tu ada fungsi untuk translate atau tidak.
2. Perhatikan juga matawang yang digunakan semasa urusan pembelian. Adakah ianya menggunakan matawang USD ataupun Chinese Yuan atau Renminbi.
Laman web DHGate misalnya menggunakan matawang USD sebagai matawang utama dalam melakukan transaksi. Manakala laman web Taobao.com menggunakan matawang Renminbi.
Sebelum buat sebarang tempahan, adalah lebih baik anda lakukan semakan kadar matawang terlebih dahulu. Memandangkan kedudukan matawang kita yang agak lemah berbanding USD, maka adalah lebih baik elak untuk melakukan transaksi menggunakan matawang USD.
Apa-apa pun buat perbandingan harga dulu. Gunakan aplikasi currency conversion untuk mengetahui berapa sebenarnya dalam RM yang anda kena bayar. Anda mungkin akan dapati bahawa membeli dari laman web yang menggunakan matawang Renminbi itu sebenarnya adalah lebih murah berbanding beli dari laman web yang guna USD.
Walaupun kalau dilihat dari angka, nampak macam besar. Namun nilainya dalam RM masih lagi murah.
Baca juga: Risiko kadar tukaran matawang apabila membeli borong dari China secara online
3. Last but not least, kena selalu semak kredibiliti penjual. Jangan tergesa-gesa membuat tempahan sebaliknya lihat juga sejarah penjual tersebut. Apa kata pembeli sebelum ini? Adakah penjual ini pernah buat silap dalam transaksi? Berapa ramai yang betul-betul puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh penjual tersebut.
Sebenarnya ada banyak lagi tips yang saya nak kongsikan. Mungkin lain kali. Ataupun, anda boleh juga baca blog saya yang satu lagi, dimana dalam blog tu saya banyak bercerita tentang topik memborong dari China. Boleh baca blog saya Panduan borong dari China.
Terima kasih kerana anda sudi luangkan masa untuk baca penulisan saya ini. Semoga anda dapat manfaat.
Leave a Reply