Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 2, 2023 by Sabree Hussin Leave a Comment

Strategi Content Marketing untuk Bisnes – Panduan untuk orang baru

Apakah kaedah pemasaran yang paling berkesan untuk dijalankan pada zaman ini?

Sebagai salah seorang penggemar kaedah content marketing, jawapan yang saya bakal berikan ini mungkin agak bias. Sudah tentu saya akan kata jawapannya adalah strategi content marketing.

 

Pada era digital ini, dimana kebanyakkan individu diluar sana banyak menghabiskan masa mengadap skrin gadget, kaedah content marketing menjadi suatu alat penting bagi perniagaan dari pelbagai saiz untuk menarik pelanggan baru, dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

 

Apa yang membuatkan pengguna seolah-olah ketagih melihat skrin hingga berjam-jam lamanya? Jawapannya sudah tentu kerana mereka tertarik dengan kandungan yang dipaparkan pada skrin mereka, tak kiralah sama ada kandungan tersebut dalam bentuk video, imej ataupun artikel.

kerja-dari-rumah

Content marketing ini merupakan suatu proses dimana kita akan menghasilkan kandungan yang bernilai, relevan dan membawa mesej yang konsisten kepada golongan yang kita sasarkan.

 

Menerusi penghasilan konten yang “menepati selera target audience” kita akan mengetengahkan produk atau perkhidmatan yang ingin kita perkenalkan sama ada secara langsung atau tak langsung, dengan tujuan untuk mendapatkan jualan sebagai matlamat akhir.

 

Selepas susah payah kita memerah idea, menghasilkan karya terbaik untuk tujuan pemasaran, sudah tentu kita mahukan usaha kita itu membuahkan hasil. Macam mana kita nak tahu sama ada usaha kita tu berhasil ataupun tidak?

Jawapannya adalah dengan melihat sama ada kita berjaya dapatkan jualan atau sebaliknya.

 

Dalam artikel kali ini, kita akan menerokai beberapa perkara yang menyentuh topik pemasaran menggunakan kandungan (konten)  dan juga memberikan beberapa tips serta strategi yang dapat membantu anda membina kandungan yang berkesan.

 

Kenapa pemasaran kandungan penting untuk perniagaan?

Apa perniagaan yang anda jalankan?

 

Adakah anda menjalankan bisnes homestay? Atau anda menjalankan bisnes menjual buku?

Tak kiralah apa jenis perniagaan yang anda jalankan, besar kemungkinan sudah ada entiti lain yang turut menjalankan perniagaan yang sama seperti anda. Mereka ini adalah pesaing anda.

Kewujudan pesaing adalah lumrah dalam apa jua perniagaan. Ia bukanlah sesuatu yang buruk, sebaliknya ia sebenarnya boleh dijadikan petanda bahawa bisnes tersebut mempunyai permintaan yang tinggi, hingga menyebabkan banyak individu lain turut cuba menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih kurang sama.

 

Cuba anda lihat, apakah yang dilakukan oleh pesaing anda, dalam usaha mereka untuk mendapatkan pelanggan.

Adakah mereka menggunakan kaedah pengiklanan berbayar, atau mereka turut menggunakan strategi content marketing?

 

Kalau anda lihat, pesaing anda ada mencipta kandungan, sama ada dalam bentuk artikel, info-grafik atau mungkin dalam bentuk video, besar kemungkinan pesaing anda sudah pun menjalankan kempen content marketing mereka.

 

Konten yang spesifik untuk target audience

Uniknya, kempen pemasaran melalui pendekatan content marketing ini, adakalanya kita sukar untuk perasan, terutama sekali kalau kita bukannya golongan yang disasarkan untuk melihat kempen tersebut.

 

Seolah-olah kempen tersebut tersembunyi dalam keadaan terang-terangan.

Kandungan pemasaran itu bukannya sengaja disorokkan, sebaliknya ia hanya dilihat oleh golongan ataupun audience yang disasarkan sahaja.

 

Kita ambil contoh, konten pemasaran dalam bentuk artikel yang disiarkan dalam platform blog.

Biasanya pembaca bagi blog tersebut adalah terdiri daripada mereka yang membuat carian kata kunci tertentu melalui halaman enjin carian (search engine).

 

Sebagai contoh, individu ini mungkin ada merancang untuk pergi bercuti ke Kota Bharu Kelantan. Lalu, dia pun buat carian menerusi search engine Google untuk mengetahui tempat-tempat menarik yang ada di Kota Bharu.

 

Lalu dia pun buat carian menggunakan kata kunci “tempat menarik di Kota Bharu“.

Hasilnya?

interesting place in kota bharu

Dia akan jumpa beberapa blog yang menulis topik tersebut, yang dapat memberikan info yang dia mahukan.

Kemudian dari senarai yang ada tu nanti, dia akan pilih untuk baca laman web yang boleh berikan maklumat yang paling berguna, bernilai, dan relevan dengan kehendak dia.

 

Kalau anda buat bisnes kedai makan di kawasan yang sama, anda patut pastikan iklan bisnes anda turut dipaparkan dalam konten yang dicipta khusus untuk bercerita mengenai tempat-tempat menarik yang ada dikawasan tersebut.

Kalau anda buat bisnes tempat penginapan seperti homestay, anda patut pastikan iklan bisnes anda turut muncul dalam konten yang sama.

 

Bagi mereka yang tak termasuk dalam kelompok audience yang ingin disasarkan, iklan ini munggkin tak akan masuk dalam radar dan perhatian mereka. Sebaliknya, for those yang memenuhi kriteria yang diperlukan, iklan ini akan sentiasa muncul.

 

Faham ke apa yang saya cuba sampaikan?

Kalau kurang faham tak apa. Teruskan baca dan bila ada masa, jemput baca artikel saya sebelum ini yang saya bercerita mengenai topik search engine optimization sekali ya.

 

Pemasaran kandungan dan pembinaan jenama

Nak bina jenama?

Nak bagi orang kenal kewujudan bisnes anda?

Nak bagi orang nampak anda sebagai seorang yang pakar dalam bidang anda?

 

Ya… content marketing adalah jawapannya.

 

Melalui penghasilkan kandungan yang bermanfaat, dan relevan serta dapat memenuhi keperluan dan kemahuan bakal pelanggan, anda boleh dekati bakal pelanggan anda dengan lebih mudah.

 

Bukan itu sahaja, malahan ada keadaan dimana bakal pelanggan itu yang akan mencari anda, bukannya anda yang mencari mereka. Semua ini boleh berlaku apabila nama, jenama dan reputasi perniagaan anda telahpun dikenali.

 

Segmen pasaran di laman Search Engine

Satu lagi sumber trafik yang berkualiti adalah trafik yang diperolehi menerusi laman carian atau search engine. Antara search engine yang popular ini adalah seperti

i. Google

ii. Yahoo

iii. Bing

 

Laman web perkongsian video seperti Youtube dan media sosial seperti Facebook juga mempunyai enjin carian mereka sendiri.

 

Teknik untuk mendapatkan pelawat atau trafik menerusi search engine ini kita namakan sebagai teknik Search Engine Optimzation atau SEO. Melalui teknik ini, kita akan hasilkan konten yang memudahkan bakal pelanggan menemui konten kita apabila mereka menggunakan search engine.

 

Secara keseluruhan, pemasaran kandungan ini adalah suatu komponen yang penting dalam strategi pemasaran digital. Walau apa jenis perniagaan yang anda jalankan pada hari ini, ia pasti dapat beroleh manfaat dari teknik pemasaran ini.

 

Jenis-jenis pemasaran kandungan

Terdapat beberapa jenis atau kaedah yang digunakan oleh pemilik bisnes diluar sana dalam menerapkan kempen content marketing, sebagai salah satu kaedah pemasaran. Disini, saya akan senaraikan beberapa kaedah yang biasa digunakan.

 

Untuk pengetahuan anda, setiap satu kaedah ini ada manfaat yang berbeza.

 

(1) Blogging

Kaedah blogging adalah pendekatan yang paling berkesan dalam usaha untuk mendapatkan bakal pelanggan yang membuat carian maklumat melalui laman enjin carian seperti Google, Yahoo dan juga Bing.

 

Selain itu, melalui blog, anda boleh berkongsi kepakaran anda dalam menjelaskan tentang suatu permasalahan tertentu dengan penerangan yang agak komprehensif.

 

Ini sama sekali berbeza melalui pendekatan di media sosial. Biasanya, jika menggunakan media sosial, konten atau posting yang anda hasilkan lebih santai.

 

(2) Media sosial

Platform media sosial seperti Facebook, twitter, LinkedIn, Instagram dan sebagainya juga boleh digunakan sebagai platform untuk menjalankan pemasaran kandungan.

 

Anda boleh berinteraksi bersama dengan audiens yang anda sasarkan melalui konten yang anda sediakan.

buat-duit-dengan-media-sosial

Konten yang anda siarkan di platform media sosial ini, jika ianya benar-benar menarik, akan ada potensi untuk jadi viral dan mendapat pendedahan yang lebih besar.

 

(3) Video

Sebahagian individu lebih gemar untuk berinteraksi dan menyerap informasi tertentu dalam bentuk video berbanding dalam bentuk artikel. Kita pun sedia maklum, memang ada segelintir individu yang tak suka membaca dan mereka lebih suka konten dalam bentuk video.

 

Video adalah cara yang bagus untuk memaparkan produk atau perkhidmatan anda dan memberikan audiens anda maklumat yang bernilai. Sesetengah produk lebih sesuai jika diperkenalkan melalui video berbanding hanya dalam bentuk penulisan atau gambar statik.

 

(4) Infografik

Info-grafik atau penggunaan poster yang mengandungi info mengenai topik tertentu, juga merupakan satu kaedah yang baik dalam menyebarkan maklumat tertentu.

 

Infografik adalah cara yang menarik dalam mempersembahkan maklumat dan data secara visual dengan audiens anda.

 

(5) Podcast

Podcast merupakan satu cara yang baik untuk mendekati audiens anda dan memberikan maklumat yang bernilai dalam format yang mudah dihadam.

 

Sesetengah individu lebih selesa untuk menyerap informasi dan maklumat dalam bentuk audio. Mereka yang banyak habiskan masa mereka dalam perjalanan, atau individu yang perlu memandu jarak jauh, mereka ini lebih mudah untuk menyerap informasi dalam bentuk audio berbanding artikel mahupun video.

 

Menyusun Strategi Content Marketing

Menyusun dan merangka strategi pemasaran konten adalah sangat penting, bagi memastikan kandungan yang dihasilkan itu nanti benar-benar berkesan dan memberi impak seperti mana yang anda harap-harapkan.

 

Seterusnya, mari kita lihat beberapa tips yang boleh membantu anda merangka satu strategi pemasaran yang berkesan.

(1) Tentukan audience anda

Langkah pertama sebelum anda terburu-buru mencipta konten, sebaik-baiknya anda kenali dan fahami terlebih dahulu, siapakah dia audiens anda.

 

Dapatkan maklumat seperti

i. Apakah keperluan dan kemahuan mereka

ii. Apakah masalah yang mungkin mereka hadapi

iii. Apakah impian atau matlamat yang mereka ingin capai

 

Setelah kita mempunyai maklumat tersebut, barulah kita boleh hasilkan konten yang menarik minat mereka, bermanfaat serta relevan dengan situasi hidup mereka.

 

(2) Jelas dengan matlamat dan objektif anda

Tentukan apakah matlamat yang anda ingin capai melalui konten yang bakal anda hasilkan. Ada beberapa persoalan yang anda perlu jelas dengan jawapannya terlebih dahulu, iaitu

 

i. Adakah konten tersebut bertujuan untuk membina persepsi positif tentang perniagaan yang anda jalankan?

ii. Adakah untuk bina jenama?

iii. Adakah untuk menunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah tertentu?

iv. Adakah untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan?

v. Adakah untuk membuat jualan?

(3) Cipta kandungan yang bermanfaat dan relevan

Pada peringkat ini, kita akan mula menghasilkan konten.

 

Konten tersebut perlulah relevan dengan audiens anda, memberi manfaat dan juga nilai tambah kepada mereka. Sebaik-baiknya, kita cuba elakkan untuk bina konten yang merapu, tak ada hala tuju, berbentuk prank dan sebagainya.

 

Walaupun konten seperti itu nampak seronok untuk dihasilkan, namun untuk jangkamasa panjang, ia akan memberi impak negatif terhadap bisnes yang kita jalankan.

 

(4) Pelbagaikan jenis kandungan

Dalam perenggan sebelum ini, kita ada bincangkan mengenai pelbagai jenis konten yang ada diluar sana. Untuk hasil yang lebih baik, mungkin anda juga patut pertimbangkan untuk mempelbagaikan bentuk atau format konten yang bakal dihasilkan.

 

Anda buat konten dalam bentuk blogpost, posting di media sosial, info-grafik, video, podcast dan sebagainya.

 

Apa yang anda lakukan ini adalah mempelbagaikan bentuk konten, namun dari segi kandungan dan mesej yang ingin dibawakan, ianya sepatutnya konsisten walaupun dalam bentuk yang berbeza.

 

(5) Gunakan Search Engine Optimization (SEO)

Trafik yang datang dari halaman search engine sebenarnya adalah trafik yang berkualiti.

Jangan abaikan trafik dari sumber ini,

 

Pastikan kandungan anda dioptimumkan untuk SEO dengan menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Ini akan membantu meningkatkan kedudukan laman web anda dalam hasil carian Google.

 

(6) Kongsi konten anda di platform berbeza

Setelah konten anda siap dihasilkan, luangkan masa untuk promosikan konten tersebut. Sebarkan konten tersebut di platform yang berbeza supaya konten tersebut mendapat pendedahan yang lebih meluas.

 

Jangan cepat puas hati setelah menerbitkan konten tersebut hanya pada satu platform pilihan anda semata.

 

(7) Ukur kejayaan dan buat post morterm

Anda sudahpun menjalankan kempen pemasaran menerusi kaedah content marketing?

Sudah?

Bagus.

 

Pastikan anda sentiasa mengukur keberkesanan kempen-kempen pemasaran yang anda jalankan. Apabila menggunakan kaedah konten marketing ini, anda juga perlu sentiasa pantau feedback seperti

i. Berapa banyak trafik yang anda terima

ii. Berapa jumlah klik yang diperolehi

iii. Kalau menggunakan video, kena tahu berapa banyak jumlah views

iv. Kalau di media sosial, kena lihat juga berapa banyak likes, share, komen dan sebagainya

Ini semua adalah maklumat penting yang perlu dipantau bagi mengetahui keberkesanan kempen pemasaran yang telah dijalankan sebelum ini.

 

Jika ada mana-mana bahagian yang kurang berkesan, lakukan penambahbaikkan.

Atau mungkin dari post morterm yang anda lakukan, anda akan dapati ada kaedah yang tak perlu diteruskan, dan ada kaedah lain yang perlu diberikan lebih banyak tumpuan.

 

Soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan dengan strategi content marketing

Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita mengenai topik pemasaran kandungan atau content marketing ini, saya ingin kongsikan beberapa soalan lazim yang sering ditanyakan oleh mereka yang masih kurang familiar dengan kaedah pemasaran ini.

 

(1) Apa yang dimaksudkan dengan strategi content marketing?

Strategi pemasaran “content marketing” adalah suatu proses mencipta kandungan yang mempunyai nilai, relevan dan membawa mesej yang konsisten kepada golongan yang disasarkan.

 

Melalui kandungan atau konten yang dihasilkan, pengguna strategi ini mampu untuk menarik perhatian dan minat pelanggan baru, dan berupaya juga untuk mengekalkan pelanggan sedia ada.

 

Hasil daripada penggunaan teknik ini, akhirnya

i. Orang ramai akan kenal nama, jenama dan juga reputasi anda

ii. Meningkatkan keyakinan dan kepercayaan audiens terhadap perniagaan anda

iii. Peningkatan jualan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan

 

(2) Apa manfaat menggunakan kaedah content marketing untuk perniagaan?

Kaedah content marketing ini berpotensi besar dalam membantu sesebuah perniagaan membina jenama mereka, menarik pelanggan baru, mendominasi enjin carian melalui teknik Search Engine Optimization (SEO) dan dapat meningkatkan trafik untuk masuk ke laman jualan miliknya.

 

(3) Apa contoh-contoh strategi content marketing yang ada diluar sana?

Ada pelbagai strategi content marketing yang boleh anda jalankan, antaranya adalah seperti

i. Menulis artikel secara konsisten menerusi blog

ii. Menghasilkan posting yang ada potensi untuk viral di media sosial

iii. Hasilkan video yang menarik dan upload di platform perkongsian video seperti Youtube dan Tiktok

iv. Hasilkan info-grafik dan sebarkan melalui media sosial dan blog

 

Pastikan konten yang bakal anda hasilkan kelak cukup menarik dan relevan dengan golongan yang anda sasarkan.

 

(4) Bagaimana cara untuk menghasilkan konten yang benar-benar berkesan?

Untuk merangka dan menyusun strategi pemasaran kandungan yang berkesan dan berimpak tinggi, anda harus

i. Menentukan siapakah audiens yang anda ingin sasarkan

ii. Tetapkan matlamat dan objektif yang ingin dicapai

iii. Cipta kandungan yang relevan, mempunyai nilai dan bermanfaat

iv. Pelbagaikan bentuk kandungan tanpa mengubah mesej asal yang ingin disampaikan

v. Gunakan juga teknik Search Engine Optimization

vi. Kongsikan kandungan anda di platform yang berbeza

vii. Semak prestasi pemasaran anda

 

(5) Bagaimana cara untuk membuat jualan menerusi kandungan yang dihasilkan?

Untuk membuat jualan menerusi konten yang bakal dihasilkan, anda perlu pastikan konten tersebut mempunyai ciri seperti

i. Konten yang dihasilkan relevan dengan produk atau perkhidmatan anda

ii. Konten tersebut juga relevan dengan keperluan dan kemahuan audiens anda

iii. Terdapat ayat call to action pada konten tersebut

iv. Konten tersebut mampu meyakinkan pengguna akan kelebihan dan manfaat produk

v. Jika konten diterbitkan di blog, ia mempunyai elemen SEO yang baik agar sentiasa menerima trafik

vi. Laman web yang digunakan mempunyai reputasi yang baik dan boleh memproses bayaran

 

Ya, saya tahu bahawa ini memang menjadi idaman ramai pemilik bisnes jika mereka berupaya menjadikan perniagaan mereka mampu beroperasi secara automatik.

 

Pelanggan menemui tawaran bisnes dan mengetahui tentang produk sama ada melalui iklan di media sosial atau melalui Search Engine Optimization.

Seterusnya, pelanggan berinteraksi dengan konten yang tersedia lalu menjadi lebih yakin.

Kemudian, pelanggan tersebut terus membuat pembelian, dan bayaran diproses secara automatik oleh sistem yang digunakan pada laman web jualan.

 

(6) Adakah hanya bergantung kepada kaedah content marketing ini sahaja sudah mencukupi?

Jawapannya adalah masih belum memadai.

 

Konten adalah sesuatu yang bakal menarik minat bakal pelanggan untuk terus melihat tawaran anda atau sebaliknya. Setelah membina atau mencipta konten, anda masih perlu berusaha untuk mendapatkan trafik.

 

Ada konten jika tak ada trafik, ia tak memberi sebarang hasil.

Ataupun, ada trafik tapi kurang konten, anda akan sia-siakan trafik yang berminat dengan anda.

Sebaik-baiknya, anda perlu pastikan ada konten dan ada trafik.

 

Penutup

Kaedah content marketing tak berkesan!

 

Boleh jadi itulah reaksi dari mereka yang baru nak mengamalkan kaedah pemasaran kandungan ini, tapi setelah mencubanya masih tak memperolehi hasil yang diharapkan.

 

Strategi ini bukanlah strategi ajaib yang boleh memberikan impak dan kesan serta merta. Ia mengambil masa yang agak lama untuk kita dapat melihat hasilnya.

 

Kita ambil contoh, jika anda ingin menggunakan artikel sebagai kaedah pemasaran.

Lalu anda terbitkan artikel menerusi platform blog yang anda miliki.

 

Tapi setelah beberapa lama, anda dapati hasilnya tak seperti yang diharapkan.

Trafik blog tak konsisten dan jualan pun agak sendu. Kalau situasi ini berterusan… bila nak jadi kaya?

 

Walaupun strategi content marketing ini ada banyak manfaatnya, namun satu hakikat yang perlu kita terima ialah, ia perlukan masa untuk kita nampak hasilnya.

 

Sebagai pengamal kaedah ini, saya juga akui, untuk mendapatkan hasil yang baik, kita perlu hasilkan seberapa banyak konten yang boleh. Kalau boleh saya nak hasilkan beribu-ribu konten, dan bukannya setakat hanya hasilkan 10 – 100 artikel, kemudian bila hasil kurang memberangsangkan, terus patah semangat.

 

Kalau anda juga ingin menggunakan kaedah konten marketing, tapi ada kekangan waktu untuk hasilkan konten anda sendiri, bolehlah dapatkan servis penulisan dari saya. In Shaa Allah, saya akan hasilkan artikel yang original dan unik untuk anda.

 

Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

 

 

Baca juga artikel:

  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internetJual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Cara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tauCara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tau
  • Punching ball terbaik yang saya pernah beli di DecathlonPunching ball terbaik yang saya pernah beli di Decathlon
  • Buat duit dengan Nuffnang memang cukup mudah kalau buat cara niBuat duit dengan Nuffnang memang cukup mudah kalau buat cara ni
  • Apa petanda yang menunjukkan kita berjaya dalam bidang penulisan blog?Apa petanda yang menunjukkan kita berjaya dalam bidang penulisan blog?
  • Punca sebenar kenapa gagal jana sebarang pendapatan dari Program AffiliatePunca sebenar kenapa gagal jana sebarang pendapatan dari Program Affiliate
  • Formula Income Seumur Hidup – Kejayaan besar bermula dengan langkah kecilFormula Income Seumur Hidup – Kejayaan besar bermula dengan langkah kecil
  • Mula berniaga bagi memahami kehidupan sebagai seorang BossMula berniaga bagi memahami kehidupan sebagai seorang Boss
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di MalaysiaSenarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Pelaburan untuk mendapatkan TRAFIK berkualitiPelaburan untuk mendapatkan TRAFIK berkualiti

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: content marketing untuk bisnes, strategi content marketing, teknik content marketing

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?
    Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Casio G-Shock
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in