Memang ada macam-macam cara yang digunakan untuk langsaikan hutang kad kredit. Apa yang penting, bila mana ada kemahuan untuk segera selesaikan hutang, In Shaa Allah disitu pasti ada jalannya.
Berharap pada duit gaji semata-mata, untuk selesaikan bayaran balik kad kredit, mungkin akan ambil masa yang panjang. Umumnya, kita akan bayar setakat bayaran minima sahaja.
Tahukah anda, berapa lama masa yang diperlukan untuk anda habis bayar hutang kad kredit yang jumlahnya RM3,000?
Andaikan anda hanya buat bayaran minimum iaitu RM150 setiap bulan. Kalau ikut pengiraan biasa, anda akan perlukan masa sekurang-kurangnya 1 tahun 8 bulan atau 20 bulan.
20 bulan nampaknya tidaklah begitu lama, betul tak? Tapi sebenarnya, anda mungkin akan perlukan masa yang lagi panjang. Anda mungkin akan perlukan sehingga 4 tahun 8 bulan untuk selesaikan semua baki hutang kad kredit anda. Itu pun bersyarat, iaitu…
- Setiap bulan anda wajib bayar RM150 tanpa kurang
- Tak boleh ada terlewat bayar walaupun sehari
- Jangan gunakan lagi kad kredit tu untuk sebarang transaksi
- Interest rate kad anda pada kadar 18%
- Tiada sebarang perubahan pada kadar interest
4 tahun 8 bulan bukan sekejap! Itu satu tempoh masa yang sangat lama, untuk langsaikan hutang kad kredit yang jumlahnya setakat RM3,000 tu.
Bagaimana kalau hutang kad kredit tu lebih besar? Lebih RM3,000? Apa cara yang paling cepat untuk langsaikan hutang-hutang tu nanti?
Kisah ini, sebenarnya adalah daripada kisah pengalaman En Zul yang berjaya selesaikan hutang kad kredit beliau melalui bisnes online menerusi platform ebay.
Anda juga boleh baca kisah beliau dari laman web milik beliau disini.
Duit dari buat bisnes di ebay, sebenarnya terpulanglah pada individu tu nak belanjakan bagi tujuan apa. Ada orang, bila dapat duit, dia nak tambah aset. Nak beli rumah, beli tanah dan macam-macam lagi.
Mungkin yang nak beli rumah tu pun, sebab selepas ini ada perancangan nak jalankan bisnes homestay. Pendapatan dari buat bisnes homestay tu nanti, boleh jadi passive income, In Shaa Allah.
Kalau macam saya, saya lebih suka kalau duit tu digunakan dulu buat settle hutang dengan bank atau hutang kad kredit. Bila dah tak ada hutang, atau dah tak banyak hutang sekurang-kurangnya, baru kepala tak pening nak memikirkan, mana nak cari modal buat bayar hutang.
Buat bisnes di ebay menggunakan teknik dropship sahaja!
Dalam teknik dropship,
- Anda tak perlu keluar duit untuk beli stok
- Tak perlu simpan stok
- Tak perlu bungkus barang
- Tak perlu pos barang
- Boleh jual beratus-ratus malahan beribu produk dalam satu masa
Mungkin ada yang tertanya, betul ke boleh untung kalau buat bisnes di ebay. Tak pernah dengar pun orang Malaysia ni shopping barang dekat ebay, kan?
Kalau beli barang dekat Lazada atau beli di laman web shopee tu biasalah jugak kan. Orang Malaysia ni bukan ke suka beli barang dekat media sosial macam FB dan instagram lepas tu meroyan pulak sebab kena tipu…
Orang Malaysia memang tak berapa mesra dengan laman web ebay. Adalah… yang guna ebay untuk buat transaksi online. Tapi tak banyak.
Orang yang pakai ebay ini biasanya dari negara-negara maju seperti US, UK, Canada dan sebagainya. Kena ingat satu perkara, bila guna ebay sebagai platform perniagaan, kita bukannya sedang target pasaran tempatan.
Kita sedang memancing ikan di laut dalam, bukannya sawah bendang ye. So, apa yang anda tahu tentang pasaran tempatan, mood, citarasa, perangai semuanya mungkin tak sama.
Kalau ada beberapa yang sama tu biasa. Tapi kebanyakkannya tak sama.
Apa benda nak jual kalau buat bisnes di ebay?
Melalui laman web beliau disini, En Zul ada tunjukkan apa produk yang dia jual, sehingga berjaya dapat untung ribu-ribu ringgit dalam masa 3 minggu sahaja berniaga di ebay.
Barang yang dia jual tu namanya Sushi maker Sushezi Bazooka.
Ada penjual dari China, yang turut menjual produk yang sama di laman web ebay. Tengok pada bahagian yang dibulatkan pada gambar diatas. Anda boleh lihat yang penjual ini berjaya jual sehinggal 1,965 unit produk ini. Banyak juga tu kan.
Untuk barang yang sama, ada penjual dari Israel yang turut jual dengan harga USD22. Lihat gambar dibawah ini pula.
Mungkin inilah sebabnya, ada sesetengah orang kata, “harga yahudi”. Punyalah banyak dia mark up harga. Silap-silap, stok produk diambil dari supplier yang sama.
Ini pula adalah salah satu cadangan laman web yang anda boleh gunakan bagi tujuan drosphip.
Supplier untuk produk ini, cuma tawarkan harga USD4.79 sahaja termasuk penghantaran percuma! Kiralah sendiri, berapa banyak boleh untung kalau jual produk ini.
Tak kanlah nak jual produk yang sama…
Sudah tentulah jawapannya tidak semestinya.
Apa yang anda lihat ini, adalah bagi tujuan penerangan sahaja. Kalau nak jual produk yang sama juga boleh, tapi nanti banyaklah pula persaingan.
Jadi, instead of anda ikut je bulat-bulat apa yang dicadangkan, lebih baik anda belajar teknik yang betul, macam mana nak pilih produk yang memang menguntungkan. Belajar teknik pilih produk yang memang confirm boleh laku di ebay!
Dari situ, anda akan dapat lihat, sebenarnya kebarangkalian untuk dapatkan banyak sales sangat luas. Memandangkan income yang bakal dihasilkan nanti adalah dalam matawang USD, jadi anda akan dapat duit yang lebih banyak bila convert kepada matawang RM.
Untung, kan? Buat hutang dalam RM, tapi bila nak bayar guna USD.
Itulah dia, teknik yang digunakan oleh En Zul dalam usaha beliau nak selesaikan hutang kad kredit. Kalau rasa nak tiru cara beliau, dan minat nak belajar, boleh mintak dia ajarkan.
Ataupun anda boleh terus ke sini untuk jadi anak murid En Zul ni nanti. Selamat mencuba dan semoga berjaya!