Satu pagi, ketika anda sedang duduk termenung selepas siap bersarapan pagi, tiba-tiba ada rasa nak buat solat sunat dhuha. Alhamdulillah. Bagus tu.
Teruslah bangun dan bersiap sedia untuk ambil wudhu, dan terus mendirikan solat sunat dhuha tersebut. Jangan bertangguh. Sebabnya bila anda dah mula bertangguh, nanti dengan tak semena-mena, ada je benda lain nak kena buat sampai buatkan anda terlupa, yang awal-awal tadi anda nak solat sunat.
Begitu juga halnya ketika tersedar yang pada waktu tertentu, telahpun masuk waktu solat fardhu. Walaupun sesetengah waktu solat, masanya agak panjang… namun janganlah dilengah-lengahkan.
Sebaik-baiknya, waktu dah teringat nak solat tu, terus buat. Sudah tentu, lebih afdhal kalau solat tersebut boleh dilakukan diawal waktu, dan berjemaah di masjid ataupun surau.
Saya pun bukan baik sangat. Kadang-kadang lalai juga. Terutama sekali solat isya’. Mentang-mentanglah masanya agak panjang, kadang-kadang saya lambat-lambatkan ia, dengan menonton tv dulu, siapkan satu dua kerja dulu, ataupun tidur sekejap.
Akhirnya, lewat juga lakukan solat tersebut.
Semasa anda sedang duduk-duduk berehat depan tv pada hari cuti, anda terfikir untuk mula bisnes secara sambilan dan buat pendapatan tambahan. Ini juga bagus. Bila ada duit lebih nanti, macam-macam yang boleh dibuat.
Sama ada nak beli rumah, mendirikan rumah tangga, atau ingin menyumbang kepada kegiatan kebajikan dan menolong orang-orang yang dalam kesusahan.
Apabila dah terlintas dalam hati, nak mula berniaga, teruslah buat. Sesetengah bisnes, langsung tak perlukan modal yang mahal. Mulakan dulu bisnes secara kecil-kecilan dan seterusnya, apabila bisnes dah mula dapat pelanggan, dari situ baru mula kembangkan modal.
Ada macam-macam cara, yang anda boleh lakukan untuk kumpulkan modal untuk perniagaan anda. Disini ada beberapa cara yang anda boleh praktikkan.
Klik untuk baca: Bagaimana mengumpul modal untuk memulakan perniagaan pertama anda?
Bila berbicara soal nak buat bisnes, saya lebih suka buat bisnes secara online. Ada macam-macam bisnes yang boleh saya mulakan apabila buat secara online.
Jadi ejen affiliate juga adalah salah satu tindakan yang baik, untuk menjana pendapatan menerusi perniagaan. Kalau anda masih belum jadi affiliate untuk mana-mana syarikat atau program, saya cadangkan anda daftarlah program affiliate Involve Asia.
Sila klik sini untuk buat pendaftaran secara percuma sekarang.
Apabila dah terlintas dalam hati nak lakukan kebaikkan, bersegeralah. Bila nak buat benda baik ni, yang saya perasan la kan, mesti akan ada bisikan-bisikan halus yang akan menyuruh kita tangguhkan dulu.
Bila kita ikut bisikan tersebut, alamatnya tak jadilah kita nak buat benda baik tersebut. Kita beri alasan, ala… esoklah tunggu ada masa yang sesuai baru buat. Akhirnya, masa yang sesuai tu tetap tak kunjung tiba.
Lebih buruk lagi, kita terus terlupa nak buat benda baik tersebut. Semangat nak buat juga makin lama makin kurang… Itu sebab jangan bertangguh.
Bila teringat nak buat benda baik, terus buat ya. Nasihat ini, juga ditujukan buat diri ini yang menulis.
(Saya teringat nak tulis something yang berisi nasihat, lalu saya terus buat. Maka tercetuslah ilham untuk menulis artikel ini. Mudah-mudahan yang baca, dan yang tulis ini, dapat manfaat.)