Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

January 1, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Minat nak tau dengan lebih lanjut tentang Jobdirumah?

“Salam, boleh terangkan pada saya dengan lebih details tentang Jobdirumah?”

 

Setiap kali saya menerima soalan ini, sama ada menerusi emel ataupun melalui akaun Facebook saya, saya jadi berbelah bahagi. Terlintas juga dalam hati

“Kebodohan apakah ini, yang melanda generasi kita pada hari ini?”

bina-laman-web-perniagaan

Memang patut pun, ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah ayat tentang MEMBACA.

 

Rupa-rupanya, memang wujud manusia-manusia yang tak faham al-Quran malahan tidak menyambut seruan ayat pertama yang diturunkan, iaitu untuk MEMBACA.

 

Saya kira, penerangan yang dah diberikan dalam laman web utama Jobdirumah ni dah cukup details. Tak ada satu pun yang disembunyikan. Semuanya ada disitu. Tinggal lagi si penanya tu mahu ataupun tidak untuk baca sepatah demi sepatah perkataan yang terdapat disitu.

penerangan-tentang-jobdirumah

 

Kali pertama saya mendengar tentang peluang untuk bekerja dari rumah sahaja, saya juga dapati konsep ini agak sukar untuk diterima. Lagipun, terlalu banyak kes-kes penipuan terancang yang menggunakan nama bekerja dari rumah sebagai sandaran.

 

Saya juga menyangka, ia juga akan jadi perkara yang sama.

 

Namun itu cuma sangkaan saya semata-mata. Bila kita tak ada maklumat yang betul, memang cukup mudah untuk kita bersangka-sangka, dan mungkin apa yang kita sangkakan itu tak semestinya betul.

 

Sebenarnya tak susah nak cari info tentang Jobdirumah. Kalau anda ke laman web ini, anda boleh baca review tentang Jobdirumah. Baca secara perlahan-lahan, ambil masa anda dan cuba fahamkan.

 

Bukanlah satu rahsia lagi, untuk buat duit dengan bantuan Jobdirumah ni sebenarnya terdapat dua cara. Cara pertama adalah dengan mendaftarkan diri dilaman web freelancer dan mula memohon pekerjaan dari pelbagai pihak majikan dari seluruh negara. Sudah tentu, anda perlu diterima bekerja terlebih dahulu kemudian barulah boleh menerima upahnya.

 

Cara yang kedua adalah dengan menjadi ejen affiliate. Saya sendiri lebih gemar untuk menyertai program affiliate berbanding buat duit dengan melakukan kerja-kerja dari rumah. Rasionalnya ialah, dengan program affiliate saya boleh mempromosikan banyak program ataupun produk serentak, berbanding dengan bekerja menyiapkan kerja tertentu yang mana saya hanya dapat fokus untuk satu jenis pekerjaan saja dalam satu masa.

 

Tak ada satu program atau satu pekerjaan pun yang sesuai untuk semua orang. Setiap orang mempunyai kemahiran, skil dan pengetahuan yang berbeza. Justeru, amatlah penipu kalau saya katakan semua orang sesuai untuk bekerja dari rumah. Tetapi, kalau nak belajar macam mana nak bekerja dari rumah, saya kira itu semua orang boleh.

 

Maklumlah, bukan semua orang yang belajar skil baru tu akan praktikkan segala yang dipelajarinya. Saya teringat semasa zaman saya sekolah dulu. Saya ada ambik matapelajaran geografi. Sampai sekarang rasanya, masih banyak lagi ilmu-ilmu geografi yang saya langsung tak praktikkan.

 

Jadi, kalau anda baca panduan bekerja dari rumah ni, kemudian anda tak praktikkan pun apa yang anda pelajari tu, lebih kuranglah dengan saya yang belajar subjek geografi tapi tak praktikkan pun ilmu-ilmu geografi tu dalam kehidupan seharian saya.

 

Sebenarnya saya juga ada buat sebuah blog khas yang membincangkan tentang perihal bekerja dari rumah. Ini dia blog saya, iaitu Jobdirumah Review Blog. Anda boleh baca selebihnya tentang bekerja dari rumah disitu.

 

Dalam blog tu, saya cerita tentang hal-hal berkaitan dengan bekerja dari rumah sahaja. Bacalah. Mungkin ada satu dua ilmu dalam tu yang berguna untuk anda.

 

Apa pun, saranan saya, sebelum nak terus bertanya soalan-soalan yang jawapannya sudah terang-terang ada di laman web utama jobdirumah tu, bacalah dulu. Kemudian kalau masih ada yang tak faham, tanyalah soalan yang spesifik. Tanya soalan yang anda benar-benar tak faham sahaja. Bukannya tanya secara details. Letih la nak jawab.

 

Kang saya copy paste je kandungan website tu baru korang tau.

 

 

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: bekerja dari rumah, betul ke jobdirumah, details jobdirumah, jobdirumah, review jobdirumah

Top Posts & Pages

  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Kerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duit
    Kerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duit
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Bagaimana dengan menulis membantu saya hasilkan ribuan ringgit setiap bulan
    Bagaimana dengan menulis membantu saya hasilkan ribuan ringgit setiap bulan
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2019 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut