Pejam celik pejam celik… akhirnya bulan Ramadhan kembali lagi. Terasa cepat betul masa berlalu. Dalam masa 30 hari atau kurang, bergantung kepada anak bulan sama ada akan kelihatan lebih awal atau mengikut perkiraan tarikhnya, akan muncul pula bulan Syawal.
Hari raya. Ok… puasa belum pun habis, dah sibuk nak menyambut hari raya. Apa cerita pulak ni kan.
Bulan puasa, sepatutnya kita gunakan dengan sebaik-baiknya untuk tambah amal ibadah. Akan tetapi, bulan puasa ini juga, adalah peluangnya untuk kita tambahkan pendapatan, selain untuk tambahkan pahala dengan amal ibadah.
Saya perasan, ada ramai juga yang mencari “resipi air balang” untuk dijual pada bulan puasa ni. Mungkin sebab sebelum ni, saya pernah tulis tentang bisnes yang sesuai dijalankan pada bulan puasa, jadi sebagai tempiasnya ada yang inginkan maklumat lebih lanjut tentang bisnes yang sesuai untuk dijalankan.
Klik untuk baca: Bisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasa
Agaknya la.
Saya nak kongsikan dengan anda. Jika anda ke laman web ini, iaitu laman web bisnes air balang, ada macam-macam resipi air yang anda boleh pelajari.
Menurut penulis ebook tu sendiri, yang telah berpengalaman mengaut keuntungan sehingga RM7,000 dalam bisnes air balang di bazar ramadhan, ada beberapa resipi air balang yang sesuai dan terbukti terjual dengan begitu laris.
Antaranya
(1) Jus Mangga
(2) Jus Tembikai Susu
(3) Jus Tembikai
(4) Jus Carrot Susu
(5) Jus Asam Boi dan Limau Kasturi
(6) Jus Mata Kucing
(7) Jus Air Jagung
(8) Jus Nenas Madu
Kesemua 8 jenis jus ini memang mendapat permintaan yang sangat baik apabila dijual di bazar-bazar ramadhan.
“Bagaimana kalau pada bulan Puasa ini anda tidak mendapat tempat untuk berniaga di bazar ramadhan?”
Adakah anda masih lagi berminat untuk berniaga dan rebut peluang yang datang setahun sekali ini untuk buat duit? Jika jawapan anda masih lagi ya, anda mungkin perlu jadi lebih kreatif. Ambil alternatif untuk berniaga di depan rumah sahaja.
Itupun kalau kedudukan rumah anda memang cukup strategik. Of course kena pastikan tak ada siapa yang akan ganggu anda berniaga.
Apa dia? Kurang praktikal? Kalau begitu, apa kata anda “tumpang” berniaga dengan kenalan yang anda memang tahu akan berniaga dan berjaya dapat tapak di bazar ramadhan? Mungkin anda boleh buat kerjasama dengan rakan anda tu. Siapa tahu… kan.
Apa pun, tak perlu risau. Setiap hari manusia akan minum air. Kalau tak dapat nak berniaga pada bulan ramadhan ni, anggap sahajalah ianya adalah satu anugerah dari Allah. Dia nak kita fokus pada ibadah.
Anda boleh gunakan resipi yang anda bakal pelajari dari laman web ini untuk berniaga di lain masa. Hari-hari biasa pun, orang akan tetap beli dan minum air.
Bisnes air balang memang ada kelebihannya. Nampak macam biasa-biasa, tapi hakikatnya, boleh kaut untung yang agak banyak sebenarnya.