Masih ada lagi ke Usahawan Internet yang hanya menggunakan Whatsapp semata-mata, untuk dapatkan jualan dan menerima tempahan dari pelanggan?
Saya pasti, jawapannya sudah tentu ada.
Kita sedia maklum, whatsapp ni merupakan apps yang boleh dikatakan hampir semua orang guna. Jadi dekat situ, ia memang sangat membantu dalam memudahkan komunikasi. Lagipun, penggunaan Whatsapp adalah percuma sahaja.
Tahukah anda, bahawa membuat urusniaga melalui whatsapp adalah sangat leceh dan menyusahkan pelanggan! Saya akan beritahu, apa sebabnya saya berkata sedemikian.
Saya juga adalah seorang pelanggan, dan saya pun pernah berurusniaga dengan peniaga yang hanya menyediakan medium whatsapp sahaja.
Pada pandangan saya, urusniaga melalui whatsapp sangat membuang masa, dan agak sukar sekiranya kita nak beli lebih dari satu barang.
Kita baca iklan milik peniaga. Kemudian kita perlu hubungi peniaga tersebut melalui whatsapp. Lepas tu? Kita perlu tunggu. Tunggu sahajalah hingga dia balas mesej kita. Mungkin 3 minit, mungkin 10 minit, satu jam atau mungkin akan ambil masa berhari-hari.
Macam-macam ragam dan kerenah bakal kita saksikan, apabila urusan dilakukan melalui whatsapp.