Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 25, 2017 by Sabree Hussin 2 Comments

10 Langkah menghasilkan blog yang mampu memberikan pendapatan dari internet

Setiap orang, pasti ada tujuan dan motif tertentu, kenapa dia nak buat blog. Begitu juga saya.

 

Menulis blog adalah passion saya. Pada masa yang sama, blog juga adalah salah satu sumber pendapatan saya. Pada masa lepas, saya hanya ada satu blog sahaja yang menyumbangkan pendapatan kepada saya.

 

Kemudian pada satu hari, saya berfikir sendiri… kenapa perlu puas hati dengan hanya ada satu blog? Bukankah dah terbukti bahawa dari blog, memang boleh buat duit!

 

Benda boleh buat duit, kenapa tidak perbanyakkan blog tersebut, supaya setiap blog boleh menyumbangkan pendapatan! Maka bermula dari saat itu, saya mula membuka satu blog demi satu blog.

 

Ya, memang betul. Ada blog yang tidak begitu berjaya. Ada blog yang gagal dan ada banyak juga blog yang terpaksa saya tutup.

 

Namun, dari setiap usaha tersebut, saya mula nampak ada satu formula atau langkah yang boleh saya ulang, bagi setiap projek blog yang saya jalankan.

 

Dari langkah tersebut, saya harapkan ia dapat menyumbang kepada pertambahan pendapatan.

 

Jadi dalam posting ini, saya nak kongsikan beberapa langkah atau idea yang pembaca diluar sana juga boleh praktikkan bagi menghasilkan blog yang berjaya.

 

Berjaya dalam konteks perbincangan kat sini ialah, berjaya hasilkan income. Almaklumlah, lain orang lain kefahaman dia tentang konsep kejayaan kan. Jadi saya nak bawa fokus anda untuk melihat kejayaan tu dari segi penghasilan pendapatan.

bekerja-dari-rumah-bina-blog

 

1. Pilih domain dan hosting yang sesuai dengan projek blog anda. Tak kisahlah sama ada anda nak guna hosting yang berbayar ataupun yang percuma. Masing-masing ada kelebihan dan kegunaannya.

 

Kalau nak pilih yang berbayar, saya syorkan anda dapatkan pakej domain dan hosting dari NetKL dan kalau anda pilih platform yang percuma, saya syorkan anda guna wordpress.com sebabnya dari pemerhatian saya wordpress.com ada banyak domain yang menarik yang masih belum diambil orang.

 

Berbeza dengan blogspot yang memang dah cukup popular. Banyak nama-nama domain yang best dah diambil orang kalau di blogspot, tetapi kalau guna wordpress, ada banyak lagi domain yang masih belum didaftarkan.

 

2. Pilih topik yang ingin dikembangkan dan seterusnya stay pada topik. Fokus pada topik tersebut sahaja dan sebaik-baiknya tulislah semua benda yang berkaitan dengan topik tersebut.

 

3. Cipta identiti dan jenama sendiri. Walaupun lebih mudah untuk terikut-ikut dengan style dan cara penulisan orang lain yang lebih berpengalaman dan yang dah berjaya, sebenarnya cara yang lebih baik adalah bina identiti sendiri.

 

4. Hasilkan konten atau penulisan yang unik dalam blog anda. Anda tak perlu jadi orang yang pertama yang menulis tentang sesuatu perkara, cukuplah anda menjadi orang yang mampu menerangkan sesuatu perkara dengan cara yang paling mudah untuk difahami oleh pembaca.

 

5. Lancarkan blog anda. Beritahu kepada satu dunia, bahawa anda ada blog dan blog anda itu adalah sangat awesome. Tak kisahlah kalau orang kata anda syok sendiri sekalipun.

 

6. Promosikan setiap konten yang dihasilkan secara berasingan. Setengah orang, dia cuma promosikan homepage blog dia sahaja. Sebenarnya, cara yang lebih baik ialah promosikan post yang spesifik atau laman web yang spesifik yang ada dalam blog anda.

 

7. Sentiasa tambahkan pelawat-pelawat baru. Mereka ini adalah penting dalam perkembangan blog yang anda bakal hasilkan. Tanpa pelawat, iaitu orang yang sama yang akan membaca penulisan anda, maka manfaat blog anda tidak dapat disebarkan kepada lebih ramai umat manusia.

 

8. Monetize blog anda sama ada menerusi program pengiklanan mahupun program affiliate. Jadikan blog anda sebagai mesin buat duit menerusi dua program ini. Sebenarnya tak perlu terburu-buru nak buat duit dengan blog, sebabnya langkah awal sepatutnya adalah fokus kepada pembinaan blog dan tarik seberapa banyak pelawat untuk datang ke blog.

 

Sesetengah program affiliate dan juga program pengiklanan membekalkan statistik yang agak baik. Untuk program sebegitu, tak salah kalau nak join dari awal-awal lagi.

 

Walaubagaimanapun, apa yang saya perhatikan ada banyak program pengiklanan dan program affiliate yang meletakkan syarat bahawa anda mesti ada blog dulu baru boleh join.

 

9. Disamping kita syok menulis dan tarik trafik dengan topik-topik yang hot, kena selalu beringat dan menjaga sensitiviti. Ada banyak topik yang hot, namun kita tak digalakkan untuk tulis topik tu. Silap percaturan, kena saman la pulak. Sia-sia je nanti.

 

10. Kena pastikan ada interaksi antara anda dengan pelawat blog anda. Mereka ni mungkin akan menghubungi anda sama ada menerusi blog komen, emel dan sebagainya. Rajin-rajinkanlah jawab pertanyaan mereka.

 

Ada kalanya, dari soalan yang mereka tanyakan tu nanti, anda boleh jadikan ia sebagai idea untuk next artikel anda.

 

Itu sahaja.

 

Semoga anda dapat manfaat dari artikel ni.

 

 

Filed Under: Blogging Tips Tagged With: bina blog yang menghasilkan pendapatan, blog yang berjaya, cara bina blog

October 26, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Apa petanda yang menunjukkan kita berjaya dalam bidang penulisan blog?

Bagaimana kita nak tahu sama ada kita dah berjaya atau belum, jika kita sendiri tak tau, apa dia kriteria-kriteria yang menunjukkan kita dah berjaya.

 

Bagaimana agaknya rupa sebuah kejayaan? Kalau dalam konteks bidang penulisan blog ini pula, bagaimana agaknya baru layak dikatakan sebagai seorang penulis blog yang berjaya. Sepatutnya kita perlu tahu apa dia petanda yang menunjukkan kita sedang berada di landasan yang betul.

 

blog-yang-berjaya

Setidak-tidaknya kita boleh lakukan check and balance.

 

Kalau apa yang kita lakukan selama ini sebenarnya langsung tak menyumbang kepada kejayaan kita, kita boleh tinggalkan dan fokus untuk buat benda lain. Pada saya, ada beberapa poin yang boleh dilihat sama ada kita berada di landasan yang betul untuk mencapai ambang kejayaan atau sebaliknya.

 

Senaraian ini adalah berdasarkan pendapat dan pandangan saya sahaja. Mungkin goals ataupun matlamat kita dalam menulis sesebuah blog tidak sama. Jadi, mungkin ada sebahagian daripada pembaca blog ini yang mungkin tak begitu bersetuju dengan apa yang saya catatkan disini.

 

Perbezaan pendapat itu satu rahmat.

 

Dari perbezaan itu kita boleh saling bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Sesuatu pendapat itu tak semestinya betul sentiasa ataupun salah setiap masa.

 

Pada saya la kan, untuk mengetahui sama ada kita berada di landasan yang betul atau tidak untuk berjaya dalam bidang penulisan blog ini, beberapa poin berikut boleh kita perhatikan, antaranya

 

(1) Jumlah trafik yang masuk ke blog kita semakin meningkat dan terus meningkat

Trafik ini mewakili manusia sebenar yang melayari laman blog kita. Tak kisahlah sama ada dia baca ataupun tidak apa yang kita siarkan dalam blog kita.

 

Mereka ni mungkin terjumpa laman blog kita secara tak sengaja ataupun mereka jumpa blog kita kerana mereka sedang mencari maklumat tertentu menggunakan kata kunci tertentu menerusi perkhidmatan enjin carian seperti google.

 

Cuba tengok statistik blog anda.

 

Adakah ia makin bertambah atau makin berkurang. Atau mungkin ada naik ada turun? Atau konsisten. Semua ini ada maksud tertentu.

 

Trafik ini bergantung juga kepada jenis penulisan yang kita siarkan dalam blog kita. Kalau seseorang tu jenis yang suka tulis topik-topik yang tengah hot atau yang tengah viral, mungkin dia akan dapat lihat jumlah trafik yang masuk ke blognya sangat tinggi pada waktu-waktu tersebut.

 

Setelah topik yang viral tu mula basi, maka dia mungkin akan nampak pengurangan trafik secara drastik.

 

Apa pun, untuk memudahkan penerangan bagi konteks “macam mana nak tahu sama ada blog kita berjaya atau tidak” maka saya akan sebut secara ringkas sahaja. Jika trafik yang masuk ke blog kita tu tinggi, maka itu salah satu pentanda bahawa kita berada di landasan yang betul untuk mencapai kejayaan.

 

Seterusnya?

 

(2) Jumlah follower, likes, friend kita di media sosial meningkat

Sampai satu tahap, anda tak kenal langsung orang yang add anda di media sosial. Tetapi mereka ini (strangers) makin bertambah dari hari ke hari, dan makin ramai pulak yang nak berkawan dengan anda.

 

Cuba tanya pada mereka, dari mana mereka kenali diri anda. Anda mungkin akan dapati ada antara mereka yang kenal anda melalui blog yang anda tulis.

 

Surprise… surprise… surprise… 

 

(3) Komisen anda makin meningkat! (walaupun anda tak buat apa-apa promosi)

Dari mana datangnya komisen ini semua kalau anda tak buat promosi?

 

Jawapannya adalah dari pertambahan trafik yang masuk ke laman blog anda. Macam yang saya dah sebutkan tadi, trafik ini kan mewakili orang sebenar yang masuk ke laman blog anda.

 

Kadang-kadang trafik yang tercatat dalam statistik blog kita ni, termasuk trafik yang dijana oleh robot. Ia bukannya manusia sebenar. Contohnya kalau dalam sehari blog kita menerima 3,000 trafik, mungkin 400 adalah robot.

 

Akan tetapi, kalau kita lihat, ada pertambahan dari segi komisen, maka kita dapat tahu bahawa yang masuk ke laman blog kita tu bukannya robot semata-mata. Lagipun, robot tak akan beli barang dan buat transaksi secara online. Hanya manusia sahaja yang akan shopping secara online.

 

Bukan itu sahaja.

 

Jika anda sertai program pengiklanan, anda juga akan dapati pendapatan anda dari program tersebut juga makin bertambah.

bukti-nuffnang-buat-duit

Salah satu program pengiklanan yang saya sertai ialah Nuffnang. Atas ini adalah salah satu bukti pendapatan yang pernah saya perolehi hasil daripada menyiarkan iklan Nuffnang di blog saya.

Klik untuk baca:Menulis di Facebook boleh buat duit ke? Ini alternatifnya

 

Apabila blog yang kita bina dengan susah payahnya berjaya menjana pendapatan, saya kira itu satu bentuk kejayaan yang patut dihargai dan diraikan. Betul tak?

 

Apa lagi ya?

 

(4) Anda akan banyak menerima tawaran Job

Ada ramai usahawan di luar sana yang masih lagi belum mengiklankan perniagaan mereka secara online. Mereka mungkin tak ada masa, tak tau bagaimana caranya, ataupun atas sebab-sebab lain yang hanya mereka sendiri sahaja tahu apa sebabnya.

 

Sebenarnya bukan mudah untuk konsisten mempromosikan perniagaan kita secara online. Lebih-lebih lagi kalau selama ini kita cuma biasa buat secara offline sahaja. Maksud saya, kalau seseorang itu biasanya hanya guna kain rentang, banner, edar fliers, guna bill board dan sebagainya.

 

Tiba-tiba nak beralih kepada medium online, memang agak kekok jadinya.

 

Jadinya, sesetengah usahawan ini lebih suka untuk lakukan outsource. Ia lebih mudah dan jimat masa dan wang berbanding semua benda nak kena buat sendiri.

 

Usahawan ini pula mungkin hanya perlukan satu artikel sahaja untuk mempromosikan perniagaan yang mereka sedang jalankan.

 

Kalau pada saya la kan, tak berbaloi untuk langgan hosting, beli domain semata-mata nak tulis satu artikel sahaja. Nampak sangat laman web tu macam laman web yang tak siap.

 

Jadi sebagai alternatif, lebih baik mintak je mana-mana penulis blog untuk bantu promosikan perniagaan anda tu. Just in case anda tertanya-tanya, saya juga ada menawarkan khidmat pengiklanan tersebut. Boleh klik sini untuk lihat info lanjut.

 

Sebagai penulis blog, katakanlah satu hari nanti, anda mula dihubungi oleh orang perseorangan mahupun syarikat swasta untuk tujuan pengiklanan, maka ini satu lagi petanda yang boleh anda lihat yang menunjukkan anda semakin berjaya.

 

(5) Ada orang minta kita jadi penulis jemputan

Terpulang pada anda sama ada nak letakkan bayaran atau tidak. Jadi penulis jemputan ini pun sebenarnya ada kebaikkannya juga. Untuk jangka masa panjang, ia dapat melonjakkan nama kita dan dapat memperkenalkan siapa diri kita kepada segmen pembaca yang baru.

 

Cuba bayangkan kalau anda dijemput untuk menulis di 10 buah blog yang berbeza. Ini akan membuatkan diri anda dikenali oleh pembaca-pembaca blog tersebut.

 

Not a bad idea kan.

 

(6) Ranking kita makin meningkat

Salah satu ranking yang saya suka lihat ialah ranking Alexa.

 

Jika ranking kita makin bertambah baik, maka itu satu perkembangan yang positif.

 

(7) Orang sanggup bayar untuk membaca penulisan kita

Cuba wujudkan satu segmen khas yang mana dalam segmen tersebut, hanya pembaca premium sahaja yang boleh baca perkongsian tersebut.

 

Saya percaya, jika anda benar-benar bagus dengan apa yang anda lakukan selama ini, pasti akan ada orang yang sanggup bayar untuk baca apa yang anda tulis. Mungkin anda adalah seorang pakar dalam bidang tertentu, dan anda hanya ingin kongsikan kepakaran anda kepada orang yang sanggup membayar sahaja.

 

Silakan.

 

Ini mungkin dapat dijadikan satu lagi sumber untuk anda jana pendapatan tambahan.

 

Jadi ini dia 7 cara atau poin yang anda boleh perhatikan untuk mengetahui sama ada anda bakal menjadi seorang penulis blog yang berjaya atau sebaliknya.

 

Ya, bukan mudah untuk capai semua ini. Namun ia juga bukannya mustahil.

 

 

Filed Under: Blogging Tips Tagged With: apa dia blog yang berjaya, blog yang berjaya, penulis blog yang berjaya

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in