Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 17, 2017 by Sabree Hussin 2 Comments

Hasil buat duit dengan Program Pengiklanan Mobicow bagi bulan Mac 2017

Adakah anda sudah sertai Program pengiklanan Mobicow? Jika masih belum, bolehlah sertai sekarang dengan mengisikan borang pendaftaran di laman web ini sekarang.

 

Jika pautan pada web tersebut tidak membawa anda ke halaman yang sepatutnya, anda boleh terus sahaja tekan pautan daftar sebagai publisher.

duit-dari-mobicow

1. Bagi para blogger yang telah sertai program pengiklanan Mobicow, sepatutnya anda telahpun menerima bayaran anda.

 

2. Dalam situasi saya, bayaran telahpun dikreditkan ke akaun Paypal pada tarikh 16 Mac 2017. Rupa-rupanya, ini merupakan bayaran ketiga yang saya terima dari pihak Mobicow.

 

3. Ini dia bukti bayaran yang saya terima. Saya menerima emel notifikasi ini menerusi emel saya.

bukti-pendapatan-mobicow

4. Oh saya harap anda tidak rasa jemu dengan update seperti yang saya kerap buat. Pada pandangan saya, benda yang baik, kita kena hebahkan kepada seramai yang mungkin. Setuju?

 

5. Pendapatan yang saya perolehi ini adalah dalam matawang USD. Seperti biasa, kalau nak tau berapa jumlah yang saya terima dalam matawang RM, kita kena lihat berapa kadar tukaran matawang sekarang.

 

6. Kalau ikut yang lepas-lepas, saya tak tukar pun kepada RM. Sebabnya? Saya akan perlukan duit ini untuk lakukan transaksi dengan seller dari luar negara yang menerima bayaran menerusi PayPal.

 

7. Biasanya, saya akan beli software, plugin, ebook ataupun beli domain dan hosting. Walaupun tahun ini merupakan tahun yang ketujuh (atau mungkin kelapan) saya bergiat aktif dalam bidang penulisan blog, namun dari masa ke masa, saya masih tetap akan beli ebook.

 

8. Kadang-kadang ebook yang saya beli tu memang ada kaitan dengan topik belajar buat blog. Almaklumlah, bidang ini pun sentiasa berkembang dan akan sentiasa ada benda baru yang perlu kita tahu. Jadi, kenalah melabur sikit untuk dapatkan ilmu.

 

9. Saya suka share kepada pembaca sekalian tentang program-program buat duit terutama sekali program yang terbukti membayar.

 

10. Kalau saya nak ajak orang untuk join program buat duit tertentu, sudah tentu saya perlu buktikan yang saya pernah merasa pendapatan dari program tersebut. Kalau saya sendiri pernah dapat income, ia akan jadi lebih mudah untuk saya bercerita tentang program tersebut.

 

11. Kalau melihatkan kepada bayaran yang saya terima pada bulan Mac 2017 ini, ianya lebih rendah berbanding bulan lepas. Boleh lihat pencapaian bulan lepas menerusi artikel berjudul Program Pengiklanan Mobicow ada potensi jadi sumber pendapatan pasif.

 

12. Pada mulanya saya beranggapan, dengan program pengiklanan Mobicow ini, pendapatan yang saya bakal perolehi akan naik naik dan terus naik.

 

13. Ternyata saya silap ha3.

 

14. Ada juga kebarangkalian untuk pendapatan saya jatuh. Sebenarnya, naik atau turun ia bergantung kepada beberapa faktor.

 

15. Faktor trafik adalah salah satu penyumbang kepada tinggi atau rendah pendapatan yang bakal diperolehi. Blog ini juga dipasang dengan iklan dari Mobicow.

 

16. Namun, disebabkan trafik blog ini tidak begitu tinggi, maka purata pendapatan yang berjaya dihasilkan blog ini hanyalah sekitar USD0.02 sahaja.

 

17. Itu tandanya, saya perlu usaha dengan lebih gigih dan lebih kuat lagi. Kena tarik lebih banyak trafik dari search engine untuk masuk ke blog ini.

 

18. Selain itu, saya berpendapat, ada faktor lain iaitu bilangan advertiser yang iklankan perniagaan mereka menggunakan medium Mobicow juga main peranan.

 

19. Duit yang kita terima sebagai publisher, sumbernya adalah dari pihak advertiser yang mengiklankan perniagaan mereka menerusi platform yang dibangunkan oleh Mobicow.

 

20. Daripada duit yang dibayar oleh advertiser kepada Mobicow, ada peratusan yang akan masuk ke poket publisher (kita la tu) sebagai upah kerana menyiarkan iklan dari Mobicow.

 

21. Kalau kita andaikan USD1 bersamaan dengan RM4, maka USD10 yang saya terima ini nilainya adalah lebih kurang bersamaan dengan RM40.

 

22. Saya berpandangan, ianya masih lebih baik berbanding program pengiklanan tempatan oleh Nuffnang.

 

23. Adakah anda patut join Mobicow dan buat duit menerusi program pengiklanan ini?

 

24. Semuanya terpulang pada anda. Selagi boleh buat duit, saya syorkan anda join sahaja program ini. Siapa tahu, mungkin in future program ini akan dihentikan, atau lebih baik lagi, akan diperkembangkan lagi program pengiklanan seumpama ini.

 

25. Selagi program ini masih ada, kita manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa tahu, duit dari Mobicow ni, satu hari nanti boleh digunakan untuk beli sebuah rumah banglo.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: belajar buat blog, belajar buat duit dari blog, buat duit dengan mobicow, bukti pendapatan dari mobicow, cara buat duit dengan blog

February 21, 2017 by Sabree Hussin 2 Comments

Program Pengiklanan Mobicow ada potensi jadi sumber pendapatan pasif

Blogger dengan program pengiklanan memang satu kombinasi yang sukar untuk dipisahkan. Sepanjang saya berkecimpung dalam bidang penulisan di blog ini sendiri, memang jarang saya jumpa penulis blog yang langsung tak menyiarkan sebarang iklan dalam blog miliknya.

 

Sekurang-kurangnya mesti akan ada satu iklan.

 

Kalau penulis blog kat Malaysia, at least mereka akan join program pengiklanan Nuffnang. Blog ini pun ada siarkan iklan dari Nuffnang.

 

Cuma kadang-kadang tu saya rasa program pengiklanan dari Nuffnang ni macam boring sikit. Earning dia tak berapa nak jalan.

 

Sebelum ini, ada juga pembaca dan pelawat blog ni yang tanya kat saya, kenapa earning Nuffnang dia langsung tak naik-naik? Oh saya faham perasaan tu… kita dah susah payah letak iklan, bangunkan laman web, tarik trafik bagai… tiba-tiba income langsung tak ada.

 

Bagi sesetengah blogger, mereka mungkin tak kisah dengan hal-hal macam ni. Tetapi, bagi blogger yang memang menjadikan bidang penulisan blog sebagai satu-satunya sumber pendapatan, benda ni memang boleh bikin stress tau.

 

Jadi, kalau ada sesiapa yang ada masalah yang lebih kurang sama, income dari program pengiklanan Nuffnang langsung tak gerak, bolehlah baca perkongsian saya yang ini.

Klik untuk baca: Kenapa Iklan Nuffnang dalam blog saya tidak hasilkan sebarang Income?

 

Generally, saya berpendapat program-program pengiklanan yang kita sertai ini, memang ada potensi untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan pasif.

 

Kita hanya perlu join program-program tersebut, dapatkan kod iklan dan seterusnya kita hanya perlu masukkan kod iklan tersebut dalam laman blog milik kita. Bila sampai masanya, kita akan dapat bayaran dari program tersebut.

 

Dalam banyak-banyak program pengiklanan yang saya sertai, saya boleh katakan buat masa ini, program pengiklanan Mobicow masih lagi yang terbaik dan merupakan penyumbang pendapatan paling tinggi setakat ini.

duit-dari-mobicow

Penyumbang pendapatan paling tinggi dalam kategori program pengiklanan yang saya sertai. Itu maksud saya.

 

Ala sebenarnya, saya cuma pernah join beberapa program pengiklanan sahaja, iaitu

  1. Nuffnang – Income masih jalan cuma sangat slow.
  2. Adverlets – Pernah join tapi tak sempat la nak rasa sebarang income. Program ni pun dah tak wujud rasanya.
  3. Says.com – Tak pasti pernah dapat income ke tak.
  4. 8share – Pernah cash out beberapa kali. Lepas tu dah lupa nak login.
  5. Bidvertiser – Pernah dapat beberapa kali komisen. Dalam USD.
  6. Google Adsense – Awal-awal belajar buat blog dulu, saya belajar cara nak buat duit dengan Google Adsense dulu. Tapi sayangnya, jodoh dengan Google Adsense tak panjang.

 

Kali ini, bila dah kenal dengan program pengiklanan Mobicow ni… kenalah jaga betul-betul. Kena buat dengan bersungguh-sungguh dan kalau boleh, kenalah “perah susu” Mobicow ini supaya dia dapat beri pendapatan dalam USD secara konsisten setiap bulan.

 

Ini merupakan pendapatan kedua yang saya perolehi dari Mobicow.

pendapatan-dari-mobicow

Baca juga:

(1) Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!

(2) Komisen Mobicow Februari 2017

(3) Komisen Mobicow Januari 2017

 

Jumlah yang saya terima adalah sebanyak USD20.45 dan kalau kita tukarkan dalam matawang RM, nilainya adalah lebih kurang RM90.

 

Saya akui, memang ada macam-macam cara yang kita boleh gunakan untuk buat duit dengan blog yang kita miliki tu. Tapi pada saya, program pengiklanan seperti ini tetap ada keistimewaannya. Lebih-lebih lagi jika blog anda memang mempunyai jumlah trafik yang besar.

 

Trafik tersebut boleh di convert menjadi income. Ala-ala pendapatan pasif juga la kan. Kita masukkan iklan Mobicow ke dalam blog, kemudian kita biarkan sahaja. Tak perlu buat apa-apa pada iklan tersebut. Hanya perlu update blog seperti biasa.

 

Fungsi lain Program Pengiklanan

Pada saya, program pengiklanan seperti ini, fungsinya bukan semata-mata untuk buat duit semata-mata. Ada banyak lagi yang fungsi dan peranannya.

 

Macam saya sendiri, daripada program-program pengiklanan seperti ini, saya boleh belajar banyak benda baru tentang blog saya sendiri. Program pengiklanan selalunya akan menyediakan statistik dan data tentang blog kita.

 

Dari situ kita boleh tahu, berapa banyak trafik yang kita perolehi setiap hari? Apa kata kunci yang kerap masuk dalam laman blog milik kita? Dari mana kebanyakkan pembaca blog kita? … dan banyak lagi perkara lain.

 

Dalam hal ini, fungsi program pengiklanan tidaklah terhad untuk buat duit sahaja. Jika anda tahu apa yang anda lakukan, dari program pengiklanan ini juga, kita boleh cantikkan dan hias blog.

 

Tapi feature yang paling saya suka adalah data dan statistik tu la.

 

Belajar buat blog sebab nak buat duit dengan program pengiklanan

Saya masih ingat lagi, awal-awal dulu, saya belajar buat blog semata-mata sebab saya terpesona dan tertarik dengan potensi pendapatan yang boleh diperolehi dari program pengiklanan. Sekali tengok, macam senang je nak buat duit dengan program pengiklanan ni.

 

Tapi sekarang ni, bila dah ada pengalaman sikit, apa yang saya boleh katakan, dari segi teori, buat duit dengan program pengiklanan ni memang tidak begitu sukar.

 

Namun dari segi praktikal… agak mencabar. Rupa-rupanya bukan senang tau nak bangunkan sebuah blog yang diminati ramai dan mampu untuk menerima trafik yang banyak setiap hari.

 

Pada hari ini, saya tidaklah begitu menaruh harapan yang tinggi pada program pengiklanan. Saya berpendapat, jika pendapatan yang dijana dari program seumpama ini dapat bantu saya untuk bayar bil internet, bayar kos domain dan hosting, itu sudah memadai.

 

Jika dapat lebih dari itu, syukur Alhamdulillah.

 

Pada saya la kan, kalau nak income yang tinggi, macam mana pun kena tau macam mana cara nak menjual. Ya, menjual menerusi blog.

 

Kebanyakkan blog yang saya tulis, memang saya manfaatkan sepenuhnya untuk lakukan jualan. Malahan, kebanyakkan jualan yang berjaya saya hasilkan, sumbernya adalah berpunca dari medium blog.

 

Bila kita dah tau macam mana nak buat duit dengan blog ini, dan tahu cara nak tulis artikel blog yang boleh menjual, ia jadi makin seronok untuk update blog dengan lebih kerap. Kalau boleh memang saya nak update blog ni setiap hari. Apa kan daya, kadang-kadang tu masa memang amat mencemburui.

 

“Belajar cara tulis artikel blog yang boleh menjual”.

 

Itu resepi kejayaan kalau serius nak menjual menggunakan medium blog. Kalau saya boleh buat, saya pasti anda juga boleh buat.

 

Ok la… bagi mereka yang nak cuba program pengiklanan Mobicow ni, anda boleh join dengan menekan klik pada pautan ini. Isikan maklumat yang diperlukan dengan selengkapnya. Pendaftaran adalah PERCUMA sahaja.

 

Sementara program ini masih wujud, ada baiknya kita manfaatkan.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: belajar buat blog, buat duit dengan mobicow, contoh pendapatan dari mobicow, iklan mobicow

January 17, 2017 by Sabree Hussin 5 Comments

Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!

Percubaan untuk buat duit dengan Mobicow nampaknya BERJAYA membuahkan hasil! Rupa-rupanya nak buat duit dengan program pengiklanan ini tidaklah begitu susah seperti yang saya asyik bayangkan sebelum ini.

 

Segalanya bergantung kepada berapa banyak trafik yang masuk ke laman blog anda. Bukan sebarangan trafik, sebaliknya trafik yang datangnya daripada pengguna internet yang menggunakan smartphone atau peranti mobile untuk melayari internet.

 

Selama ini, saya dah rugi agak banyak, kerana membiarkan pelawat-pelawat dan pembaca blog saya yang menggunakan smartphone datang dan kemudian pergi begitu sahaja. Saya tidak ambil peluang untuk optimasikan pelawat tersebut dan menukarkannya kepada duit.

 

Sekarang, dengan adanya program pengiklanan Mobicow, setidak-tidaknya saya boleh buka satu lagi channel pendapatan.

buat-duit-dengan-mobicow

Dalam masa kurang dari dua bulan, saya berjaya buat duit dari program ini. Ini menandakan bahawa potensi untuk buat lebih banyak duit dari program pengiklanan Mobicow ini memang cukup luas terbuka.

 

Lepas ini, mungkin saya akan banyakkan lagi perkongsian tentang program pengiklanan ini dalam blog-blog yang saya miliki.

 

Almaklumlah, Mobicow ni juga menawarkan program referral, yang mana menerusi program ini saya layak untuk menerima overriding commision sebanyak 3% daripada jumlah komisen yang berjaya diperolehi oleh mereka yang mendaftar menerusi link referral saya.

 

Pengiraan mudahnya begini.

 

Katakanlah anda join menerusi link ini, iaitu link referral saya. Pendapatan yang anda berjaya perolehi ialah USD100. Saya akan dapat komisen referral sebanyak 3% atau dalam contoh ini ianya bersamaan dengan USD3.

 

Kalau setiap bulan anda dapat USD100, maka setiap bulan jugalah saya akan dapat USD3 tersebut. Wow! Saya rasa ini adalah salah satu contoh program referral yang TERBAIK dan bagus sekali. Hanya perlu buat kerja sekali sahaja, boleh dapat pendapatan berulang-ulang kali!

 

Ini pula adalah bukti pendapatan yang berjaya saya terima dari program pengiklanan Mobicow ini.

buat-duit-dengan-mobicow

Jumlah bayaran yang berjaya saya perolehi adalah sebanyak USD13.12. Untuk makluman anda, komisen Mobicow ini adalah komisen pertama yang saya perolehi sejak saya mula menyiarkan iklan Mobicow di laman blog milik saya.

 

Secara tak langsung, ini memberi gambaran bahawa,

 

1. Blog saya memang ada trafik yang ramai.

2. Blog saya turut dilayari oleh pengguna smartphone dan peranti mobile.

3. Jika anda iklankan perniagaan anda di blog saya, anda tidak akan rugi sebabnya memang blog saya mempunyai jumlah trafik yang agak konsisten.

 

Baiklah, jika anda ada blog dan sampai sekarang masih belum menjana sebarang income dari apa-apa program pengiklanan, bolehlah cuba untuk sertai program Mobicow ini.

 

Pendaftaran sebagai publisher adalah PERCUMA sahaja. Anda boleh klik sini untuk daftar.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan mobicow, cara mudah buat duit dengan mobicow, jana pendapatan tambahan dengan mobicow, program pengiklanan mobicow

  • 1
  • 2
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Beli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murah
    Beli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murah
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut