Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 30, 2019 by Sabree Hussin 2 Comments

Jana Pendapatan Pasif melalui Program Affiliate

Apa yang anda faham dengan istilah pendapatan pasif?

 

Saya merujuk kepada laman web wikipedia maksud bagi pendapatan pasif.

Pendapatan Pasif ini adalah satu bentuk pendapatan yang anda akan terima untuk kerja-kerja yang telah anda lakukan sebelumnya, namun pendapatan ini anda akan terus dapat walaupun anda telah berhenti melakukan kerja-kerja tersebut.

 

Terdapat pelbagai cara untuk kita wujudkan pendapatan pasif kita sendiri. Antaranya adalah pendapatan yang diterima menerusi pelaburan hartanah. Kita beli sebuah hartanah lalu kita sewakan. Duit hasil daripada bayaran sewa itu boleh dikira sebagai pendapatan pasif.

 

Pendapatan pasif juga boleh terhasil menerusi perniagaan yang menggunakan kaedah pemasaran berbilang tingkat atau Multi Level Marketing. Setelah rangkaian perniagaan anda cukup luas dan anda sudah memiliki downline, ketika itu anda akan dapat income walaupun anda sudah tidak menjalankan kerja pemasaran secara aktif.

 

Saya sendiri pernah rasai sendiri pengalaman mempunyai pendapatan pasif melalui bisnes MLM. Pada waktu itu, saya aktif mempromosikan simkad buat duit Tone Excel.

 

Dalam salah satu buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki, beliau ada beri nasihat lebih kurang macam ini. Apabila pendapatan pasif kita lebih besar daripada komitmen kita, pada waktu itu kita boleh bersara dan tak perlu lagi nak fikir tentang kerja.

 

Kalau kita nak teruskan bekerja, kita akan jadi makin kaya. Tapi kalau kita memilih untuk tak nak kerja, ianya tetap tidak akan mengubah dan menjejaskan kedudukan kewangan mahupun gaya hidup kita.

 

Orang yang ada pendapatan pasif ini juga tak perlu terlalu risau dengan perkara-perkara seperti kena buang kerja mahupun hilang punca pendapatan aktif. Bagi dirinya, kerja dengan tak kerja, sama sahaja.

 

Duit tetap akan masuk walaupun dah tak buat kerja.

pendapatan-pasif

Boleh bayangkan perumpamaan air yang mengalir dari paipnya. Setelah dibuka, air tersebut akan terus mengalir sehingga penuh bekas yang menampung air tersebut.

 

Perbincangan dekat sini, saya nak fokus pada skop penjanaan pendapatan pasif menerusi program affiliate. Kalau nak cerita pendapatan pasif secara umum, memang terlalu banyak dan mungkin artikel ini akan jadi begitu panjang.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan program affiliate, jana pendapatan pasif, pendapatan pasif, program affiliate

July 16, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Program affiliate yang membayar komisen sehingga 3 level

Anda rasa program affiliate yang membayar komisen hingga 2 level tu dah bagus?

 

Ha mungkin sebab anda masih belum jumpa program affiliate yang membayar komisen hingga 3 level! Dalam posting ini, saya ingin kongsikan kepada pembaca sekalian mengenai satu program affiliate yang menawarkan komisen affiliate yang sangat menarik.

 

Saya ingin perkenalkan, program affiliate yang ditawarkan oleh Visondata Always Online.

program-affiliate-3-level

Anda boleh klik sini untuk ke laman web mereka.

 

Apa yang menarik dan bagusnya dengan program affiliate yang menawarkan struktur komisen hingga 3 level?

 

Sebelum tu, saya nak tunjukkan kepada anda, struktur komisen yang ditawarkan terlebih dahulu. Lihat pada screenshot dibawah ya.

cara-buat-duit-dengan-program-affiliate

Seperti yang anda boleh lihat pada screenshot diatas, akan anda menerima komisen mengikut peratusan berikut

Level 1 – 15%

Level 2 – 2%

Level 3 – 0.5%

 

Bagi setiap jualan yang terhasil menerusi direct link affiliate anda, anda akan menerima komisen sebanyak 15%

 

Sebagai contoh, ada seorang bernama Azlan akan melancong ke negara Jepun untuk 5 hari dan memerlukan perkhidmatan sambungan internet. Dia pun buat sewaan dengan syarikat Visondata Wifi.

 

Ilustrasi pengiraan adalah seperti dibawah

RM20 kadar sewaan sehari x 5 hari penggunaan = RM100

 

Komisen yang bakal kita perolehi sebagai affiliate pula adalah seperti dibawah

RM100 kos sewaan pelanggan x 15% komisen sebagai affiliate = RM15

 

Itulah dia komisen yang bakal diterima.

 

Macam mana nak daftar sebagai affiliate?

Mudah sahaja. Klik ke link ini. Kemudian cari butang “Become an Affiliate” seperti dibawah.

Lepas tu isikan sahaja borang pendaftaran yang terpapar pada skrin komputer anda.

 

Selepas anda isi borang pendaftaran, anda perlu tunggu beberapa jam hingga ke beberapa hari untuk akaun affiliate anda diaktifkan. Selepas itu, anda dah boleh mula mempromosikan produk ini dan juga mempromosikan program affiliate ini.

 

Jadi, apa yang boleh saya katakan, ada dua cara macam mana nak buat duit dengan program ini. Pertama, menerusi jualan produk yang ditawarkan oleh syarikat. Cara kedua, adalah menerusi komisen level dua yang juga terhasil daripada usaha jualan ejen affiliate yang mendaftar dibawah kita.

 

Orang yang biasa dengan bisnes MLM pasti dah biasa dengan level-level seperti ini.

 

Saya rasa, saya masih belum jawab lagi, kenapa atau apa yang menarik sangat dengan program affiliate yang menawarkan komisen hingga 3 level ini?

Baiklah.

 

Jawapannya ialah, kita boleh hasilkan pendapatan pasif. Kita cuma perlu buat kerja sekali sahaja, dan seterusnya, selepas kita berjaya dapatkan ramai affiliate berdaftar dibawah kita, atau menerusi link affiliate kita, seterusnya kita akan terus menerima pendapatan selagi mana ada jualan terhasil, walaupun usaha jualan dilakukan oleh orang lain.

 

Faham dah?

 

Jadi, kalau anda dah faham, bolehlah join hari ini juga, dan bina pendapatan pasif anda bermula hari ini juga.

Klik sini untuk daftar sekarang.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan program affiliate, program affiliate dua level, program affiliate tiga level

November 14, 2016 by Sabree Hussin 2 Comments

Punca sebenar kenapa gagal jana sebarang pendapatan dari Program Affiliate

Tahun ni merupakan tahun ketujuh saya buat duit dengan menyertai program Affiliate. Bermula dengan langsung tak pernah dapat sebarang income, hinggalah sekarang ni Alhamdulillah boleh konsisten dapat income.

 

Dalam program affiliate ni, kita akan dibayar apabila kita berjaya menghasilkan jualan. Ada jualan, maka adalah komisen. Lagi banyak jualan kita boleh hasilkan, maka lagi tinggilah komisen yang kita boleh dapat.

 

Konsep ini kita namakan sebagai Pay Per Sales. Anda dibayar kerana melakukan jualan bagi pihak pemilik produk. Selain konsep Pay Per Sales ni, ada beberapa lagi konsep bayaran yang biasa digunakan. Antaranya Pay Per Click, Pay Per Action, Pay Per View dan sebagainya.

 

Anda boleh baca perkongsian saya sebelum ini kalau minat nak tau dengan lebih lanjut.

Sila klik untuk baca: Konsep pay per click, pay per view dan pay per sales dalam program buat duit 

 

“Nak buat duit dengan program affiliate ni susah ke?”

Ye memang susah. Dia jadi susah bila orang yang nak buat duit tu tak ada ilmu, tapi nak buat jugak. Anggap macam seorang budak ni, dia nak kerja kat KFC. Tapi langsung tak diberi sebarang latihan terus kena masuk kerja. Kena jaga kaunter pulak tu.

 

Maka akan kelam kabut lah jadinya. Dengan tak tau nak cakap apa pada pelanggan, tak tau nak tekan butang apa, tak tau harga, tak tau macam mana nak terangkan pasal produk dan macam-macam lagi.

 

Akan tetapi, jika diberikan latihan dan orang tadi tu pun sedia untuk ambik ilmu tersebut, maka segalanya akan jadi lebih mudah.

 

Apa yang saya nak sampaikan ialah, asalkan anda ada ilmu, segala yang sebelum ini terasa sangat susah lagi mencabar, ia akan jadi lebih mudah.

share-link-dapat-duit

Kat atas ni adalah contoh pendapatan dari program affiliate yang menggunakan konsep Pay Per Sales. Memandangkan saya berjaya dapat jualan, maka saya pun menerima emel menyatakan bahawa saya layak menerima komisen sebanyak RM32.50

 

Ini baru komisen untuk satu jualan.

 

Cuba bayangkan kalau ada 100 jualan? Wow… lumayan juga kan!

 

Dari segi teori, buat duit dengan program affiliate ni memang nampak mudah. Tapi dari segi praktikal, boleh kata ramai juga yang masih belum berjaya untuk dapat sebarang income. Mungkin ada yang nak tau, kenapa agaknya masih susah sangat nak lekat sebarang komisen ni?

 

Ini punca sebenar kenapa anda masih gagal jana sebarang pendapatan dari program affiliate.

 

Jawapannya ialah link affiliate anda tidak mendapat bilangan klik yang mencukupi atau tiada orang klik langsung!

 

Sebenarnya, untuk memastikan kejayaan dalam program affiliate ini, syaratnya ialah kena dapatkan trafik yang mencukupi. Kalau dapat tarik banyak trafik lagi bagus. Itu sebabnya ada masanya anda kena melabur untuk dapatkan trafik.

 

“Tapi bro… aku dah banyak kali buat promosi. Aku dah promosikan kat banyak tempat. Kat FB dah, kat Instagram, dan macam-macam tempat lagi la… tapi kenapa sampai sekarang masih tak dapat komisen jugak?”

Buat promosi itu dah bagus dah.

 

Cuma kena lihat juga, adakah dari hasil promosi tu tadi, ada yang klik atau tidak pada link affiliate anda tu.

 

Sebagai contoh, kalau anda buat promosi menggunakan Facebook. Anda kena tau siapa kawan-kawan anda. Kalau anda promosikan produk tudung, dan kebanyakkan kawan-kawan anda tu pula adalah lelaki, jadi walaupun ada banyak komen, ada yang like, itu masih lagi belum cukup untuk membantu anda dapat klik.

 

Kalau klik tak ada, jadi jangan harap nak dapat sebarang sales.

 

Kena usaha lebih lagi supaya link affiliate anda menerima klik.

 

Sekali lagi saya ulang. Ada banyak komen, banyak like, kalau tak ada siapa yang klik pada link affiliate anda pun tak guna juga. Kena pastikan ada yang tekan klik pada link affiliate anda.

 

Walaubagaimanapun, belum tentu semua yang tekan klik pada link affiliate anda tu akan beli produk yang anda promosikan.

 

Kadang-kadang dari 100 orang yang klik, mungkin hanya ada 2 orang sahaja yang akan beli. Ini sebabnya anda perlukan banyak trafik untuk berjaya hasilkan pendapatan yang lumayan menerusi program affiliate.

 

Apa pun, kalau cuma ada dua orang yang klik sahaja pun tak ada masalah, sebabnya kalau satu jualan komisennya ialah RM32, kalau ada dua sales, anda dah berjaya dapat RM64.

 

Saya rasa RM64 tu pun masih lagi boleh dikira sebagai tinggi juga. Betul tak?

 

Jadi, punca orang tak berjaya dapat sales dari program affiliate ialah sebab kurang trafik dan juga kurang klik pada link affiliate. Mulai hari ini, kalau serius nak buat duit dengan program affiliate, kena mula dapatkan banyak-banyak trafik dan banyak-banyak klik pada link affiliate anda.

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya menjana pendapatan dari program affiliate.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan program affiliate, jana pendapatan dengan affiliate, share link dapat duit

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in