Sebelum nak cerita panjang-panjang mengenai sistem marketplace, rasanya lebih baik kita fahamkan dulu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem marketplace ini?
Sistem marketplace atau online marketplace merupakan sebuah website atau applikasi telefon yang membantu memudahkan pengguna untuk membeli belah secara dalam talian dan boleh melakukan transaksi dengan pelbagai penjual melalui satu sistem.
Pemilik laman web atau applikasi marketplace boleh juga menjadi salah seorang penjual dan mempunyai inventori atau stok produk.
Pada masa yang sama, ada juga pemilik sistem marketplace yang tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual. Mereka hanya menyediakan sebuah sistem (atau pasaran) supaya penjual boleh mendapatkan pelanggan melalui sistem yang mereka bangunkan, dan pada masa yang sama, pembeli dapat memperolehi barang yang diinginkan tanpa perlu susah payah.
Ada beberapa sistem marketplace yang popular, yang biasa digunakan oleh para pengguna di Malaysia. Contohnya,
1. Lazada
2. Shopee
3. Lelong
4. Zalora
5. Ebay
Apa yang saya senaraikan diatas ini, adalah yang popular dan saya percaya anda juga mungkin pernah beli barang daripada salah satu laman web yang saya nyatakan.