Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

September 11, 2015 by Sabree Hussin 1 Comment

Cara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.my

“Adakah bisnes anda ada masalah untuk hasilkan jualan atau ada masalah untuk tingkatkan jualan?”

 

Saya doakan semoga bisnes anda semuanya OK. Sales setiap hari paling kurang ada 100 unit. Setiap bulan pulak, bila dikira keuntungan hasil daripada aktiviti jualan, jumlahnya berlebih-lebih pulak tu. Sampaikan dengan lebihan yang ada tu, anda mampu untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi orang lain.

 

TETAPI… kalau bisnes anda suam-suam. Tak perlu gusar. Hari ni saya nak share serba sedikit satu tips bagaimana anda boleh tingkatkan jualan produk anda. Apa yang menariknya ialah, anda sebenarnya boleh tingkatkan jualan bagi produk anda tanpa anda perlu keluarkan sebarang kos langsung. Ya. Tanpa modal.

 

Adakah anda suka kaedah yang boleh naikkan jualan anda, dan pada masa yang sama, anda tak perlu bayar apa-apa pun?

 

Cerita dia begini. Ada sebuah laman web ni, fungsinya adalah untuk kita lakukan jual beli. Proses untuk lakukan transaksi juga sangatlah mudah. Mungkin… sebab itu kot laman web ni pun dinamakan sebagai Mudah.MY

buat_duit_di_mudah

Atas ni la laman web yang saya maksudkan.

 

Tahukah anda, lazimnya terdapat 3 sebab kenapa orang mengunjungi laman web mudah.my ni? Tak tau? Ok ini saya nak kongsikan dengan anda, 3 sebab kenapa orang suka bukak laman web mudah.my

Sebab pertama: Nak beli barang!

Mereka nak beli barang. Tahukah anda, kita boleh dapat servis dan perkhidmatan ataupun membeli produk-produk tertentu dengan harga yang jauh lebih murah berbanding kita beli di tempat lain?

Lazimnya, peniaga di Mudah.my adalah orang perseorang yang beroperasi sama ada dari rumah ataupun dari tempat kerja. Mereka tidak mempunyai premis perniagaan, justeru kos operasi mereka adalah berkali ganda lagi rendah berbanding mereka-mereka yang ada kedai sendiri.

Jika mahu, kita sebenarnya boleh tawar menawar lagi dengan penjual.

 

Sebab kedua: Nak jual barang…

Kalau tadi, orang masuk ke web mudah.my sebab nak beli barang, kali ni sebab nak jual barang. Kenapa mereka pilih untuk berniaga di laman web mudah.my? Mudah sahaja. Sebabnya kat sini terdapat berjuta-juta potential buyer.

Menurut kajian yang dibuat oleh Pro Mudah.my, terdapat sekurang-kurangnya 5.2juta pelawat yang mengunjungi laman web mudah.my setiap bulan.

 

Sebab ketiga: Nak survey harga pasaran 

Mereka ni bukan pembeli dan bukan juga penjual. Namun mereka ni ada potensi untuk ditukarkan kepada pembeli jika kena dengan citarasa mereka.

 

Anda tak perlu bayar apa-apa untuk berniaga di Mudah.my

Tak ada kos pengiklanan. Tak ada sebarang bayaran jadi tiada lah sebarang kos tambahan.

 

Inilah yang menjadikan laman web mudah.my sebagai pilihan ideal buat para usahawan yang ingin menambahkan channel jualan produk-produk mereka dan pada masa yang sama tak perlu untuk keluarkan sebarang kos tambahan. Anda boleh hasilkan seberapa banyak iklan untuk produk anda. Anda nak hasilkan 10, 20, 100 iklan pun boleh.

 

Syaratnya ialah anda kena daftarkan akaun Pro Niaga secara percuma.

 

Tak pandai bina laman web pun tak ada masalah

Jika anda suka berniaga di Facebook sebab anda tak perlukan kemahiran untuk bina laman web, begitu juga jika anda berniaga di laman web mudah.my

 

Anda hanya perlu tahu macam mana cara nak upload gambar-gambar produk anda, masukkan serba sedikit diskripsi berkenaan dengan produk anda, kemudian anda dah boleh tekan post. Tunggu sahaja team mudah.my untuk approve iklan-iklan anda.

 

Saya tahu, anda juga mungkin agak skeptikal, sama ada masih ada lagi ke yang bergantung pada laman web mudah.my untuk hasilkan jualan? Jawapannya memang ada. In fact, bukti kewujudan laman web ini adalah bukti yang konkrit bahawa masih ramai lagi yang bergantung pada laman web ini.

 

Saya sendiri pun masih lagi bergantung pada laman web mudah.my

 

Terutama sekali apabila saya nak dapatkan gambaran, kat mana ada rumah sewa yang masih kosong, kat mana ada rumah nak dijual. Kat mana ada kereta sewa dengan harga yang lebih murah. Kat mana ada tawarkan sewa motor harley davidson dan sebagainya. Senang kata, laman web ini sememangnya masih lagi popular dan masih lagi relevan sampai ke hari ini.

 

Berbalik kepada topik kita, iaitu kita nak tingkatkan jualan produk kita tanpa mengeluarkan sebarang kos tambahan. Adakah anda sudah bersedia untuk tingkatkan jualan produk-produk anda?

 

Agak sukar saya nak katakan yang anda gerenti boleh dapat sales jika beriklan di laman web ini. Ada banyak juga faktor yang akan mempengaruhi kejayaan anda. Sama juga halnya apabila anda beriklan di lain-lain platform selain di laman web mudah.my ini.

 

Cuma saya syorkan, anda manfaatkanlah medium pengiklanan yang PERCUMA seperti laman web mudah.my ini. Lagipun, anda tak akan rugi apa-apa, sebaliknya jika iklan anda dijumpai oleh golongan sasaran yang betul, anda juga yang akan untung besar dan tak mustahil telefon anda akan selalu berbunyi menerima panggilan daripada bakal pelanggan.

review_panduan_mudahmy

 

Anda masih tak yakin dan perlukan rujukan lanjut macam mana nak meniaga di laman web mudah.my?

Tonton video tutorial Panduan Mudah.My ni

 

Selamat menonton dan saya doakan semoga anda berjaya!

 

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit di mudah.my, cara tingkatkan jualan, panduan mudah

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Bagaimana Mengekalkan Motivasi Untuk Terus Bekerja Sebagai Freelancer
    Bagaimana Mengekalkan Motivasi Untuk Terus Bekerja Sebagai Freelancer
  • Kehidupan selepas zaman belajar - Kerja atau berniaga?
    Kehidupan selepas zaman belajar - Kerja atau berniaga?
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Jadi BOSS untuk diri anda sendiri - Apa pandangan anda?
    Jadi BOSS untuk diri anda sendiri - Apa pandangan anda?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in