Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

June 1, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Buat duit dengan menjalankan perniagaan seminar

Saya mengikuti secara dekat beberapa orang internet marketer di Malaysia.

 

Ada yang saya follow, sejak dari zaman mereka masih newbie dan tak dikenali lagi. Sekarang ni, hasil daripada kecekalan dan mungkin konsistensi mereka dalam bekerja, akhirnya sekarang mereka mula dikenali dan ada pengikut tersendiri.

 

Sebahagian daripada Internet Marketer yang saya follow, mereka bermula pada tahun yang sama dengan saya.

 

Walaupun mula pada masa yang sama, atau lebih kurang sama, namun tak bermakna kejayaan yang dikecapi juga sama.

 

Ada banyak yang lebih berjaya dari saya.

Ada juga yang tak jauh beza dengan saya.

Ramai juga yang dah hilang entah kemana.

 

Yang hilang entah ke mana tu… mungkin sebab mereka merasakan kerjaya sebagai internet marketer ni tidak membawa mereka ke mana-mana.

 

Kerjanya banyak.

 

Tetapi pulangannya tak seberapa. Kalau orang yang ada banyak komitmen tu, pasti tak boleh bertahan dengan cara kerja seperti ini.

 

Sesiapa sahaja boleh jadi seorang internet marketer.

 

Tak susah langsung. Asalkan ada internet, ada komputer. Anda dah boleh mula jadi seorang internet marketer.

 

Pada asasnya, istilah internet marketer itu sendiri adalah merujuk kepada seseorang yang menggunakan internet untuk memasarkan produk, barangan mahupun servis tertentu.

 

In fact, jika anda ada semua tu, (komputer dan internet) anda dah boleh bermula hari ini juga.

 

Cuma tak perlulah nak letakkan target yang begitu tinggi. Inikan baru peringkat permulaan. Anda letak sahaja target pendapatan bulan pertama sebanyak RM100.

 

Ianya lebih mudah untuk dicapai, pada pandangan saya lah.

 

Kat laman web ini ada beribu-ribu produk yang anda boleh pilih untuk dipromosikan!

 

Perniagaan jenis seminar.

Sebahagian internet marketer yang saya follow, dah mula menjalankan bisnes jenis seminar.

 

Bagi mereka yang kepakarannya adalah dari segi menulis blog, maka mereka ni buka kelas blogging.

Siapa yang pakar dalam email marketing, maka mereka jalankan seminar berkaitan email marketing.

Mereka yang pandai dalam bab-bab copywriting dan close sale, maka seminar yang berkaitan yang akan dijalankan.

 

Mungkin anda masih lagi mencari-cari tempat untuk jalankan seminar. Apa kata anda lihat bilik seminar di Shah Alam ini.

Baca juga: TheDeparment menawarkan khidmat sewa bilik seminar dengan Pakej yang menjimatkan 

buat-bisnes-seminar

 

Walaupun fokus seminarnya adalah berbeza, hakikatnya dari segi pengisian, ianya masih lagi lebih kurang sama. Lebih-lebih lagi kalau ia masih lagi dibawah topik pemasaran internet.

 

Cuma dari segi fokus sajalah yang berbeza.

 

Walaupun cikgu yang beri seminar tu bercerita tentang pemasaran emel, namun ini tak bermakna dia tak tau apa-apa pasal pemasaran menggunakan blog… begitulah seterusnya.

 

Untuk para internet marketer, bisnes jenis seminar ini BAGUS. Ia ada kebaikkannya.

 

Kita bukan sekadar nak buat duit, sebaliknya pada masa yang sama kita juga menyampaikan ilmu dan menunjukkan kepada orang lain, cara yang betul macam mana nak lakukan sesuatu perkara.

 

Adakah satu hari nanti, saya juga akan masuk ke arena seminar?

 

Wallahua’lam.

 

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: bisnes seminar, buat duit dengan seminar, cara buat bisnes seminar, ruang seminar untuk disewa

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
    Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara kerja seorang Internet Marketer
    Cara kerja seorang Internet Marketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in