Rahsia buat duit dengan Uber. Bila kita kata tentang RAHSIA, bermaksud ianya adalah sesuatu yang disembunyikan. Ia bukan untuk dikongsi apatah lagi untuk didedahkan dengan sesuka hati. Namun demikian, jika betul cara kita bertanya, kita juga berhak untuk dapatkan rahsia tersebut.
Seorang pemuda telah berjaya menemui satu kaedah untuk buat duit dengan Uber. Apa yang menariknya ialah, kaedah yang beliau temui ini langsung tak memerlukan dia untuk memandu kenderaan dan mendapatkan penumpang. Satu kaedah yang berbeza untuk buat duit.
Ya, tak perlu keluar rumah pun untuk buat duit dengan Uber. Jika anda ingin menganggap Uber sebagai satu peluang untuk anda tambahkan lagi portfolio pendapatan, anda juga boleh. Anda boleh bekerja untuk Uber hanya dari rumah, jika itu yang anda mahukan.
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Uber sebenarnya?
Uber membangunkan sebuah aplikasi (apps) bagi menghubungkan seseorang yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dengan individu yang memiliki kenderaan dan pada masa yang sama berminat untuk buat duit dengan kenderaan yang dimilikinya sebagai seorang pemandu.
Dengan adanya Uber, ia menjadi satu lagi alternatif yang boleh kita gunakan selain perkhidmatan teksi. Mungkin tak semua orang suka guna perkhidmatan yang disediakan oleh pemandu teksi. Lain orang lain sebabnya. Mungkin sebab cara pemanduan, kondisi kenderaan dan kurangnya fleksibiliti untuk memilih kenderaan yang menepati selera dan citarasa individu tersebut.
Dengan Uber, anda boleh buat pilihan, inginkan pemandu yang bagaimana, dan model kenderaan apa. Dengan syarat tempat yang anda ingin tuju dan tempat anda berada sekarang terdapat ramai pemandu Uber yang sedia untuk berkhidmat.
Jadi, bagaimana Uber ingin menarik individu biasa seperti saya dan anda untuk jadi pemandu Uber?
Untuk meluaskan lagi jaringan perkhidmatan Uber, mereka perlu mempunyai pemandu yang ramai. Mungkin situasi yang berlaku sekarang ni ialah, ada ramai penumpang yang ingin dapatkan perkhidmatan dari Uber, tetapi kurang pemandu.
Aha… kat sinilah peluangnya untuk anda buat duit dengan Uber. Penerangan yang lebih mendalam boleh anda baca di laman web Rahsia Uber.
Saya akan berikan anda gambaran secara ringkas bagaimana anda boleh turut serta dalam peluang ini. Baiklah, kita sedia maklum, pihak Uber perlu mempunyai pemandu yang ramai bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan dapat berkembang di sesuatu kawasan.
Buat masa ini, Uber hanya popular di tempat-tempat tertentu. Bukannya sebab tempat lain tak ada permintaan, tetapi sebab tempat tersebut tidak mempunyai pemandu Uber. Kalau ada pun, bilangannya masih lagi sangat kurang.
Jadi Uber perlukan pemandu. Tak kiralah sama ada pemandu full time ataupun pemandu part time. Jika anda berminat untuk buat duit dengan Uber tanpa jadi pemandu, ini adalah peluang anda.
Caranya ialah dengan membantu Uber Malaysia mendaftarkan bakal pemandu yang berminat untuk menjadi pemandu Uber. Terdapat satu lagi aplikasi khas yang anda perlu tahu cara penggunaannya. Aplikasi tersebut diberi nama UberDOST.
Dengan menggunakan aplikasi ini, anda akan diberi komisen untuk setiap pemandu yang berjaya anda daftarkan untuk menjadi pemandu Uber. Anda tak perlu bawa kereta, tetapi masih boleh buat duit. Menarik, kan?
Mungkin anda berminat untuk mengetahui dengan lanjut. Mungkin anda ada banyak persoalan. Mungkin anda nak tahu bagaimana cara yang dilakukan oleh pemuda ini hingga beliau berjaya buat duit sampai puluhan ribu dengan Uber, walaupun beliau tidak memandu kenderaan? Ini bukti bayaran yang diterima dari Uber.
Ada bayaran sebanyak RM200, ada yang diterima sebanyak RM10,000 dan ada juga yang mencecah RM20,000 dan semua ini diterima pada bulan yang sama. Adakah anda berminat nak mengetahui rahsia ini?
Jika jawapan anda adalah YA, sila muat turun panduan ini hari ini juga. Anda kena bertindak segera sebabnya mungkin satu hari nanti pemuda ini akan berubah fikiran dan tak mahu berkongsi rahsia ini lagi dengan orang lain.