Jika anda pernah menggunakan internet, untuk mempromosikan perniagaan yang anda jalankan, atau anda mempromosikan perniagaan milik orang lain yang anda kenali, maknanya anda sudah layak digelar sebagai seorang internet marketer.
Oleh kerana pada hari ini, kita boleh katakan yang hampir setiap rumah pasti mempunyai akses kepada jaringan internet, maka pada hari ini, semua orang boleh menjadi seorang Internet Marketer.
Persoalannya ialah, sama ada nak atau tak nak sahaja. Kalau nak, pasti boleh. In Shaa Allah akan ada hasilnya. Sama ada banyak atau sedikit, itu sedikit sebanyak bergantung kepada sejauh mana dan banyak mana usaha yang kita berikan.
Pendapatan yang bakal dinikmati oleh setiap orang juga ada perbezaan. Ini semua bergantung kepada pengetahuan, skill, kemahiran, kepakaran dan keselesaan setiap individu tersebut.
Jika anda ada kemahiran untuk buat live video di media sosial, namun anda kurang selesa menggunakan cara tersebut dalam kerja pemasaran secara online, besar kemungkinan anda juga tak akan dapat hasilkan pendapatan yang baik menerusi kaedah pemasaran tersebut.
Platform yang boleh digunakan untuk pemasaran online
Bila sebut tentang pemasaran secara online, kita perlu ada satu alat atau platform yang kita bakal gunakan dalam kegiatan pemasaran.
Platform tersebut boleh jadi dalam bentuk laman web (website), laman media sosial, ataupun menggunakan emel.
Ketiga-tiga yang saya senaraikan diatas, adalah kaedah yang biasanya digunakan oleh pengguna internet pada zaman ini untuk kekal berhubung antara satu sama lain.
Laman media sosial
Laman web
- Blog
- Portal berita
- Forum
Email sama ada emel percuma dari gmail atau yahoomail. Sekarang ini, orang masih lagi gunakan emel dalam urusan seharian. Kebanyakkan akaun media sosial masih lagi meminta kita untuk masukkan alamat emel kalau nak daftar akaun.
Jangka hayat platform pemasaran
Satu perkara yang kita perlu tahu, sesebuah laman web atau platform pemasaran yang bakal kita gunakan, bagi tujuan pemasaran online mempunyai jangka hayat yang tersendiri.
Saya ambil contoh, kalau anda ingin gunakan laman web facebook sebagai medium pemasaran.
Pada peringkat awal, mungkin setiap yang anda tulis di facebook mendapat banyak perhatian. Orang yang baca akan like, komen, share dan sebagainya. Tapi lama kelamaan, apabila citarasa dan pendapat umum dari pengguna lain terhadap anda mula berubah, perhatian yang selama ini anda perolehi akan mula berkurangan sedikit demi sedikit.
Orang ramai akan mula meninggalkan anda.
Cabaran apabila menggunakan media sosial ini adalah untuk memastikan, anda sentiasa memberikan satu bentuk posting yang menarik dan mampu menghasilkan engagement atau interaksi dalam kalangan pengguna yang lain.
Saya pula berpandangan, ianya agak sukar untuk menjadi kreatif dan menarik pada setiap masa, ia bukanlah satu perkara yang mudah.
Sampai satu tahap, kita pasti akan ketandusan idea dan tak tahu, nak kongsikan hal apa lagi dengan pengikut dan mereka yang likes pada fanpage atau fb milik kita.
Kalau dibiarkan terlalu lama, tanpa ada perkongsian yang baru, kita mungkin akan kehilangan pengikut. Masalahnya, kalau kita setiap masa cerita tentang produk, ini akan menjadikan fanpage kita jadi kurang menarik.
Sebenarnya isu mengenai jangka hayat sesuatu platform, bukan hanya terdapat pada media sosial semata-mata. Pada platform yang lain juga berdepan dengan isu yang sama.
Ini termasuk juga apabila kita buat pemasaran menggunakan medium emel. Atau dipanggil juga dengan nama email marketing.
Pada awal-awal, setiap emel yang kita hantar akan sentiasa dibuka dan dibaca oleh individu yang meminta untuk jadi subscriber kita.
Tapi selepas satu tempoh masa, apabila subscriber kita mula merasakan yang kita ni cuma nak jual barang semata-mata, dia akan mula bosan dengan emel yang kita hantar. Mereka ini, bukan sahaja malas nak baca emel yang kita hantar, malahan untuk buka emel pun mereka dah malas.
Saya juga begitu.
Saya banyak subscribe emel dari beberapa orang Internet Marketer. Pada awal-awal dulu, saya memang rajin buka dan baca. Tapi sekarang ini, saya dah malas nak baca. Kadang-kadang tu saya delete sahaja emel yang masuk tanpa saya baca isi kandungan emel tersebut.
Kalau nak, saya boleh je tekan butang unsubscribe supaya saya tak akan terima lagi emel dari internet marketer itu di masa akan datang. Tapi saya tak buat demikian. Mana tahu satu hari nanti, beliau akan buat tawaran yang saya betul-betul minat nak ambil, jadi saya tak unsubscribe.
Mana satu platform pemasaran yang anda patut gunakan, ianya bergantung kepada apa matlamat yang anda ingin capai. Jika anda mensasarkan sesuatu yang long term, maka anda juga perlu sesuaikan dengan medium pemasaran yang hendak digunakan.
Pada masa yang sama, kenalah banyak-banyak bersabar, jika dalam masa terdekat, anda masih belum nampak sebarang hasil daripada medium pemasaran yang digunakan.
Baiklah sekiranya anda minat nak baca dengan lebih mendalam mengenai cara kerja seorang internet marketer, saya jemput anda untuk baca di laman web dibawah ini ya.
Dengan mengisikan nama dan alamat emel anda, lepas ini anda akan dapat tahu, macam mana cara kerja dan rutin harian seorang internet marketer.
Semoga bermanfaat untuk anda.