Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

December 22, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Buat duit dengan Nuffnang memang cukup mudah kalau buat cara ni

Anda tak perlu jadi seorang yang PAKAR untuk buat duit dengan program pengiklanan Nuffnang.

 

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah daftar sebagai publisher. Dapatkan kod iklan dan seterusnya pasang kod tersebut di laman blog milik anda.

buat-duit-dengan-nuffnang

Kemudian bila iklan dah dipasang dalam blog, pendapatan dari program ini akan berjalan dengan sendirinya. Anda boleh fokus pada kerja-kerja harian yang biasa anda lakukan, seperti menulis artikel baru, buat blogwalking ke blog kawan-kawan dan promosikan link blog dengan apa sahaja cara yang anda mahir.

 

Itu sahaja.

 

Lihat screenshot diatas. Blog ni dah berjaya memperolehi pendapatan dari Nuffnang. Berapa yang saya dapat? RM0.25

 

Ya, 25 sen sahaja.

 

25 sen ni terhasil sebabnya ada pelawat yang masuk ke blog ini dah menekan klik pada salah satu iklan Nuffnang yang muncul di skrin komputer mereka. Kalau yang baca blog ni menggunakan smartphone, mungkin mereka tak akan nampak iklan dari Nuffnang.

 

Iklan yang akan muncul pada skrin mereka adalah iklan dari program pengiklanan Mobicow.

 

Iklan Nuffnang yang saya siarkan dalam blog ni, saya daftarkan atas nama orang lain. Bukan atas nama saya. Blog je saya punya, tapi iklan Nuffnang ni untuk orang lain.

 

Anggap macam ni je. Saya yang akan susah payah buat kerja-kerja tulis artikel, promosi blog dan sebagainya, tetapi pemilik akaun Nuffnang tu yang akan dapat manfaatnya. Itupun kalau ada orang klik pada iklan Nuffnang yang disiarkan dalam blog ni. Kalau tak, tak ada la income.

 

Sebenarnya apa yang saya nak kongsikan kepada anda adalah satu idea macam mana anda juga boleh buat duit dengan blog. Tak semestinya anda kena ada blog sendiri. Guna blog orang lain pun boleh.

 

Sebagai contoh, anda memang tahu dengan program affiliate, memang TERBUKTI boleh buat duit ratus-ratus ringgit setiap bulan. Tapi masalahnya ialah, anda memang cukup MALAS nak buat promosi. Kalau nak buat promosi guna blog memang wajib tulis artikel.

 

Bila ada artikel, maka akan ada trafik yang datang dari Search Engine. Tapi kalau tak ada artikel, susahlah nak dapat trafik. Jadi, jika anda juga seperti ini, nak buat duit tapi tak nak tulis artikel sendiri, apa yang saya boleh cadangkan ialah anda buat JV dengan mana-mana blogger yang anda kenal.

 

Pastikan blogger tersebut adalah seorang yang memang aktif dan TERBUKTI pernah buat duit dengan program affiliate. Kalau nak JV dengan saya pun boleh. Info lanjut boleh baca kat sini. Atau kalau ada apa-apa soalan, boleh emel saya.

 

Dengan cara ini, anda boleh buat duit dengan lebih mudah, sebabnya…

(1) Anda tak perlu susah payah nak beli domain dan hosting.

netkl_terbaik_hosting

(2) Anda tak perlu sentiasa kena renew domain dan hosting tiap-tiap tahun atau tiap-tiap bulan.

 

(3) Anda tak payah nak perah idea untuk tulis artikel

 

(4) Anda tak perlu susah payah nak fikir teknik pemasaran yang berkesan, tentang search engine optimization dan sebagainya

 

(5) Apa yang anda perlu buat hanyalah outsource dan tunggu sahaja duit masuk ke akaun bank anda.

 

Cukup mudah, bukan?

 

By the way, saya kata cara ini mudah. Bukannya PERCUMA.

 

Kalau nak MUDAH, kena bayar.

Kalau nak MURAH, buat sendiri.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: cara buat duit dengan nuffnang, cara senang buat duit dengan nuffnang, panduan buat duit dengan Nuffnang

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in