Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

June 8, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Copywriting tu ibarat kita nak memikat orang yang kita suka!

Sesetengah orang, beri perumpamaan yang copywriting ni ibarat kita nak mengorat wanita yang kita suka.

 

Bila kita berkenan atau suka dengan seseorang tu, kita tak akan terus datang kat dia dan terus ajak dia kahwin. Bukan tak ada yang buat, dah tentu ada.

 

Tapi berkesan ke cara tu?

 

Orang yang kita suka tu belum tentu suka jugak pada kita. Malahan dia mungkin tak kenal siapa kita. Kita ni ibarat complete stranger pada diri dia.

 

Tiba-tiba dengan tak semena-mena, kita berdiri depan dia, (atau duduk pun boleh) terus kita ajak dia kahwin. Agak-agak orang tu akan terima lamaran kita ke?

 

Most likely, jawapannya adalah tidak.

 

MELAINKAN…

 

Kalau anda seorang yang sangat kaya, boleh beri dia segala-galanya dan apa sahaja yang dia inginkan. Dalam keadaan ini, mungkin peluang untuk anda dapatkan wanita tersebut lebih tinggi.

 

Itupun, tak semestinya berlaku.

 

Bukan semua orang memandang harta kan.

 

Begitulah juga dengan skil copywriting ni.

 

Tanpa skil copywriting ini, ibaratnya kita nak memikat bakal pelanggan, tetapi along the way, kita tak cuba pun untuk menarik perhatian mereka dan membuat mereka terpikat dengan apa yang kita tawarkan, tahu-tahu kita nak suruh dia beli je apa yang kita jual.

 

Strategi jualan macam tu, bukannya langsung tak berkesan.

 

Ia berkesan. Cuma tak berapa sesuai untuk digunakan dalam semua keadaan dan untuk semua jenis pelanggan.

 

Ada masanya bakal pelanggan kita tu perlu dibelai dan dimanja-manja. Perlu diberi janji manis dan perlu juga dipujuk.

 

Skil memujuk dan beri janji (baca sebagai jaminan) ini perlukan latihan. Kalau anda menjual menggunakan ayat dan teks artikel, ada tempatnya dimana ayat-ayat tersebut perlu diletakkan.

 

Ia bukannya boleh diletakkan sesuka hati.

 

Kiranya ada susun atur yang anda perlu ikuti.

 

Sebab tu saya kongsikan kepada anda sebelum ni, Koleksi contoh skrip copywriting terbaik yang anda boleh terus guna dalam perniagaan anda.

koleksi-ayat-copywriting

 

Hanya perlu copy dan paste sahaja.

 

Ada juga bahagian-bahagian tertentu yang perlu di edit terlebih dahulu. Edit itu pun sebab nak kena sesuaikan dengan jenis perniagaan yang anda jalankan.

 

Kalau anda berniaga tudung, kenalah tukar perkataan tertentu supaya ia lebih mesra untuk pelanggan yang nak beli tudung tu.

 

Ok la.

 

Ada dua template yang anda boleh pilih.

(1) Kamus Copywriting Raja Kamil – Klik sini untuk download

(2) Template Copywriting Zyan – Klik sini untuk download

 

Terima kasih kerana membaca dan semoga lepas ni bisnes anda akan jadi bertambah baik.

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: contoh ayat copywriting, contoh ayat power, skrip ayat copywriting

June 7, 2017 by Sabree Hussin 1 Comment

Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda

Proses untuk menghasilkan copywriting yang menarik dan sedap dibaca bukanlah sesuatu yang mudah.

 

Ia memerlukan serba sedikit kajian dan pemahaman yang baik terhadap target audience atau kelompok sasaran yang kita mahukan. Serba sedikit kita perlu tahu, apa yang mereka suka, apa yang mereka harapkan, dan bagaimana untuk mengekalkan minat mereka ni untuk terus baca apa yang kita tawarkan.

 

Memandangkan, bagi sesetengah orang, mereka memang akan memerlukan masa yang agak lama untuk menyiapkan satu teks artikel copywriting, maka bagi menjimatkan masa, amatlah sesuai untuk kita gunakan cara short cut.

 

Apakah cara short cut atau jalan pintas menulis ayat copywriting yang saya maksudkan ini?

 

Memang ada caranya.

 

Caranya adalah dengan merujuk kepada swipe file atau cheat sheet yang biasa digunakan oleh para marketer yang ada diluar sana.

 

Tahukah anda, swipe file ini biasanya mengandungi koleksi ayat-ayat copywriting yang anda boleh terus gunakan untuk sebarang perniagaan yang anda jalankan.

 

Anda tak perlu lagi bersusah payah untuk fikirkan ayat yang baru, sebabnya telah ada ayat yang memang dah terbukti berjaya untuk menarik perhatian pelanggan dan prospek untuk buat pembelian.

 

Ada beberapa sumber yang boleh saya cadangkan untuk anda jadikan rujukan.

 

Pertama, kamus copywriting oleh Raja Kamil.

Anda boleh klik sini untuk download.

koleksi-ayat-copywriting

 

Selain dari kamus copywriting ini, satu lagi yang saya boleh cadangkan untuk anda muat turun ialah template copywriting 10k edisi 2016 oleh zyan.

Anda boleh klik sini untuk muat turun.

koleksi-ayat-power

Jika anda minat nak miliki contoh-contoh dan koleksi ayat copywriting power tersebut, bolehlah klik pada link yang telah saya berikan tu ya.

 

Adakah anda banyak menggunakan teks dalam iklan anda?

Saya rasa kebanyakkan usahawan yang menggunakan medium internet sebagai platform untuk pemasaran, pasti akan menggunakan teks untuk iklankan perniagaan masing-masing.

 

Sebagai contoh kalau guna Facebook.

 

Selepas dah upload gambar produk yang kita nak jual tu, dah tentu kita kena tulis serba sedikit ayat penerangan atau kata-kata yang nak mengajak orang ramai untuk beli.

 

Kalau setakat tulis beli… beli… beli… mesti lama kelamaan orang dah tak minat lagi nak baca.

 

Sebenarnya ada cara macam mana kita nak buatkan orang minat baca iklan kita. Cara tersebut adalah dengan menggunakan pendekatan bercerita tentang produk yang kita jual.

 

Kadang-kadang, kita tak perlu letak gambar produk pun untuk bercerita pasal produk tersebut.

 

Kata-kata atau ayat-ayat yang kita gunakan itu, apabila disusun dengan baik, bakal membuatkan bakal pelanggan kita secara automatik menggunakan daya imaginasi masing-masing untuk membayangkan produk yang kita jual tu.

 

Bukan mudah untuk bermain dengan fantasi dan imaginasi bakal pelanggan. Serba sedikit, kita perlu tahu bagaimana cara seseorang tu berfikir, dan kalau anda pernah baca buku-buku tentang neuro linguistic programming, ianya pasti sangat membantu anda untuk hasilkan ayat iklan yang power.

 

Namun demikian, anda mungkin tak mempunyai banyak masa untuk buat kajian sendiri atau membaca buku-buku tentang cara tulis iklan berkesan.

 

Jadi, cara paling cepat adalah dengan merujuk kepada contoh ayat copywriting yang dah siap dibina dan seterusnya kita cuma perlu edit sahaja untuk disesuaikan dengan perniagaan yang kita jalankan.

 

Sekali lagi saya kongsikan link untuk anda muat turun contoh ayat copywriting tersebut.

(1) Kamus Copywriting Raja Kamil – Klik sini untuk download

(2) Template Copywriting Zyan – Klik sini untuk download

 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi membaca ya.

Baca juga: Koleksi Ayat Power untuk perniagaan online

 

 

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: contoh ayat copywriting, contoh ayat power, skrip ayat copywriting

Top Posts & Pages

  • Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
    Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
    Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
    Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in