Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 14, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Stereotaip dalam drama melayu apabila menjelang hari raya!

Waktu saya tengah makan malam semalam, tiba-tiba topik ini jadi perbualan. Stereotaip dalam drama melayu, especially waktu hari raya. Boleh dikatakan, walaupun cerita yang berbeza, tapi babak yang sama, atau yang lebih kurang sama mesti akan muncul. Tak tau la, ni semua berlaku secara kebetulan atau memang dah di rancang.

 

Sembang punya sembang, akhirnya kami dapat come out dengan beberapa babak yang memang klise habis. Nak tau apa dia? Ok jom baca…

 

(1) Mak ayah duk kalut paksa anak-anak bersiap pakai sampin, pakai baju melayu sebab nak pergi sembahyang raya

“Adik, cepat la pakai sampin tu. Kita dah lambat ni nak pergi sembahyang raya!” 

Ok… tak ada apa pun. Beriya-iya nak pergi solat sunat aidilfitri kat Masjid, err tapi… macam mana dengan solat subuh ye? Agak-agak ada solat subuh tak? Atau cuma semangat nak solat sunat aidilfitri, tapi solat subuh tak begitu ditekankan.

Ini yang jadi PELIK dalam masyarakat kita. Benda yang sunat terlalu digembar-gemburkan, tetapi benda yang wajib macam endah tak endah. Apa contoh yang wajib tu? Antaranya solat fardhu 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan ramadhan, zakat, dan yang paling obvious, tutup aurat! Ada ke patut nak pergi sembahyang raya, tapi tak pakai tudung pun. Failed! 

(Hukum mengerjakan solat sunat aidilfitri adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut)

 

(2) Takbir raya yang sayu dan mendayu-dayu

Boleh menitik air mata bai kalau dengar takbir raya kat Malaysia ni. Walhal, bila kita bertakbir tu sepatutnya kita bertakbir dengan penuh semangat bagi meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan. Takbir dengan penuh semangat.

Tapi kalau dibuat dengan penuh sedih dan sayu, kat mananya semangat tu ye?

 

(3) Ziarah kubur di pagi raya

Asal pagi raya je mesti nak kena ziarah kubur. Macam raya tu tak lengkap kalau tak pergi ziarah kubur. Ok tak ada apa isu pun. Tak salah pun kalau nak ziarah kubur. Cuma yang jadi stereotaipnya ialah, waktu ziarah kubur tu, akan ada babak dari masjid berdekatan sedang bertakbir.

Eh apa korang buat kat kubur waktu masjid sedang bertakbir. Bukan ke korang sepatutnya berada kat Masjid waktu ni!

 

(4) Waktu takbir bergema tu la watak dalam cerita akan meninggal dunia

Seingat saya ada beberapa cerita melayu yang akan mematikan watak penting dalam cerita pada tarikh 1 syawal! Timing dia memang hebat. Waktu tengah bertakbir tu la waktu penting nak meninggal dunia. Waktu lain tak ada ke?

Maka jadinya waktu 1 syawal tu la semua orang akan bersedih dan berteriak.

Sama ada watak ibu yang akan dimatikan. Watak ayah yang akan dimatikan. Watak anak yang akan dimatikan. Semuanya akan berlaku pada tarikh 1 syawal. Langsung tak kena. Tak kena dengan semangat hari raya yang menuntut supaya semua orang bergembira menyambut hari raya. Entahlah… mungkin pengarah memang nak kita sedih-sedih kot.

 

(5) Lagu “balik kampung” akan dimainkan walhal ini bukan lagu raya pun!

Perasan tak? Lagu “balik kampung” nyanyian Sudirman ni, bukannya lagu raya pun! Tapi ada banyak betul drama melayu yang mainkan lagu ni semasa hari raya.

Klise betul.

Sekarang ni… bukan semua orang akan balik kampung waktu hari raya. In fact, ramai je yang tak dapat cuti pada 1 syawal. Kena kerja. Raya kat bandar je.

Trend sekarang ni, bukan orang bandar yang akan balik kampung, orang kampung akan turun ke bandar pun biasa je berlaku. Tapi itulah… saja nak dijadikan ceritakan…

.

..

…

Betul ke tak betul? Perasan ke tidak?

kad-raya-custom-made

Nak hidupkan balik amalan mengutuskan kad raya? Apa kata anda buat kad raya custom made yang boleh letak gambar anda dan keluarga macam kat gambar atas ni. [Kad raya custom made boleh letak gambar sendiri]

 

 

Filed Under: Personal Tagged With: drama melayu, kad raya custom made

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Cara TERBUKTI Berkesan hasilkan income dari Program Affiliate Klikjer
    Cara TERBUKTI Berkesan hasilkan income dari Program Affiliate Klikjer
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance
    Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Cari kerja kosong kini lebih mudah dengan laman web Maukerja
    Cari kerja kosong kini lebih mudah dengan laman web Maukerja

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in