Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 29, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Dunia Internet adalah suatu lautan luas yang penuh dengan duit!

Pada mulanya, saya nak berikan tajuk “internet adalah lubuk duit” untuk posting ini.

 

Kemudian saya rasa macam ada yang tak kena dengan tajuk tersebut. Ye la… sesuai ke nak gunakan istilah lubuk?

 

Bila fikir balik, rasanya macam terlalu kecik pulak perumpamaan tersebut. Jadi, saya tukar kepada istilah lautan! 

buat-duit-di-internet

Ya, dunia internet ini ibarat suatu lautan yang sangat luas, dan yang paling bestnya ialah, lautan tersebut dipenuhi dengan duit! 

 

Ada duit-duit yang tersembunyi, dan ada juga duit-duit yang jelas kelihatan.

 

Kalau dalam dunia sebenar, dalam laut ni kita sedia maklum ada banyak ikan. Kadang-kadang ada ikan yang sengaja berenang-renang ketepian dan menampakkan dirinya.

 

Kalau itu kita dah rasa banyak, sebenarnya dekat bahagian laut yang lebih ke tengah dan lebih dalam, ada banyak lagi ikan-ikan yang berkumpul disana.

 

Apa bukti di internet ni ada banyak duit?

Mestilah ada buktinya.

 

Ini salah satu ikan kecil yang saya berjaya naikkan dari lautan internet.

payment-bidvertiser

Jumlahnya adalah sebanyak USD11.04 atau bersamaan dengan lebih kurang RM46 kalau duit Malaysia.

 

Ini cuma sebahagian daripada ikan-ikan kecil, yang banyak terdapat di internet sana. Kalau dalam situasi saya ini, ini saya perolehi melalui program bidvertiser. Anda juga boleh sertai program ini jika berminat nak dapatkan bayaran seperti yang saya perolehi ini.

Sila ke halaman ini untuk pendaftaran Program Bidvertiser.

 

Kemudian lepas anda sertai program ini, boleh ikuti tutorial mengenai cara sebenar nak buat duit menggunakan blog yang pernah saya tulis dalam blog saya.

 

Sekiranya anda dah pandai tulis blog, dan dah ada strategi penulisan anda sendiri, maka saya kira anda boleh skip sahaja tutorial yang saya tulis tersebut. Fokus sahaja dengan kaedah dan strategi penulisan yang anda rasa selesa.

 

Namun saya tahu, masih ada orang yang blur dan tak tahu apa nak buat, apabila melibatkan bidang penulisan blog, jadi saya kongsikan juga sedikit buah fikiran saya.

Anda boleh mulakan dengan membaca posting ini: Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog

 

Posting tentang nak buat duit dengan blog tu sebenarnya adalah posting bersiri. Jadi anda ikut sahaja perkongsian tersebut sampai habis.

 

Kalau internet itu saya buatkan perumpamaan seperti ianya adalah sebuah lautan, manakala duit itu ibarat ikan dalam lautan, maka kita ini seperti nelayan yang mencari rezeki di lautan.

 

(no wonder kita gunakan istilah melayari internet, sama kan seperti melayari lautan)

 

Banyak mana ikan (duit) yang kita boleh naikkan dari lautan (internet) bergantung kepada sejauh mana kepandaian dan tinggi mana ilmu kita. Jika ilmu kita banyak, In Shaa Allah duit yang kita boleh hasilkan juga banyak. Tapi kalau ilmu tak seberapa, ia akan menjadi batasan terhadap berapa banyak pendapatan yang bakal kita hasilkan.

 

Jadi sama-samalah kita timba ilmu, mudah-mudahan kita juga akan dapat pendapatan yang makin bertambah banyak satu hari nanti.

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: buat duit di internet, duit di internet, duit interner

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
    Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara kerja seorang Internet Marketer
    Cara kerja seorang Internet Marketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in