Pada hari saya melangkah masuk, ke Fakulti Pengurusan Perniagaan, saya tahu yang satu hari nanti, saya akan bekerja dalam bidang perniagaan. Sama ada menguruskan perniagaan sendiri, ataupun menguruskan perniagaan milik orang lain.
Bagi orang yang baru habis belajar, memang agak sukar untuk terus memulakan bisnes sendiri. Pada waktu tu, modal memang tak ada. Kalau setakat nak mulakan sesuatu bisnes dengan modal kecil-kecilan, itu boleh dilakukan.
Misalnya,
(1) Berniaga secara online menerusi platform ebay
Pada masa saya, salah satu perniagaan online yang popular adalah menjual melalui ebay. Saya sempat belajar selok belok perniagaan di ebay dan pernah menyenaraikan beberapa barang di laman web ebay.
Setelah lakukan bisnes ini, saya dapati perniagaan di ebay tak begitu kena dengan jiwa saya. Jadi saya buat keputusan untuk berhenti. Kalau anda tak pernah cuba melakukan jual beli di ebay, anda mungkin nak cuba lepas ini. Ini panduan tentang bisnes ebay yang anda boleh rujuk.
(2) Berniaga online menggunakan platform percuma mudah.my
Melalui portal ebay, kita akan berurus niaga dengan pembeli dari seluruh dunia. Memang seronok, apabila membayangkan, yang kita bakal uruskan tempahan dari pelanggan UK, US, Canada dan sebagainya. Namun, pada saya yang tak banyak pengalaman ini, saya kurang selesa berbuat demikian.
Kalau boleh, diperingkat permulaan, saya nak fokus pada pasaran tempatan. Maka, laman web mudah.my menjadi pilihan saya.
Baca juga:
1. Cara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.my
2. Membongkar RAHSIA KEJAYAAN Usahawan Online Mudah.MY
3. Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
Melalui portal mudah.my juga saya tak begitu berjaya. Kenapa agaknya? Saya berpendapat, mungkin sebab ia bukan untuk saya. Tak sesuai, tak minat dan sebagainya.
Entahlah. Bila memikirkan, kena layan pelanggan, kena bungkus barang elok-elok, kena bawa pergi pejabat pos, kena buat itu ini, rasa lemah je.
Tapi, kalau buat affiliate marketing, yang tu saya ok. Setelah mempertimbangkan banyak perkara, saya rasa lebih baik saya fokus kepada benda yang memang saya seronok nak buat. Untung yang boleh dihasilkan bila buat affiliate marketing pun boleh tahan juga sebenarnya.
Pada waktu saya jalankan bisnes online, menjual pelbagi jenis barang melalui portal mudah.my dan juga ebay, saya masih lagi bekerja. Saya rasa, agak mencabar untuk jual produk fizikal, sambil bekerja. Orang lain mungkin boleh buat tanpa sebarang masalah, tapi bagi saya… ianya agak sukar untuk dilakukan.
Peringkat awal terlibat dalam bidang perniagaan dan jualan
“Saya tak suka menjual tapi saya suka bidang perniagaan.”
Saya pernah ada anggapan, bahawa bidang perniagaan dan jualan, adalah dua benda yang berbeza. Bila dikatakan, saya buat bisnes, bunyinya kedengaran lebih sedap, berbanding apabila dikatakan saya jadi jurujual.
Hakikatnya, orang yang buat bisnes kena tahu cara nak menjual. Kalau dia tak mampu nak menjual, dia kena fikirkan alternatif lain. Carilah orang yang mampu untuk buat jualan bagi pihak anda.
Kejayaan syarikat dan perniagaan anda, berkait rapat dengan betapa hebatnya pasukan jualan yang anda miliki.
Bagi syarikat yang baru dibina, dengan modal yang terhad, sudah tentu, satu-satunya orang yang boleh diharapkan untuk bawa masuk jualan, adalah anda sendiri.
Kalau anda sendiri tak mampu nak buat jualan, tak perlulah berangan-angan nak bina empayar perniagaan yang besar, kukuh dan legasinya boleh diwarisi untuk keturunan seterusnya.
Maknanya, kalau saya betul-betul nak ceburi bidang perniagaan, saya kena mula dari bawah. Kena bermula dengan belajar cara-cara nak menjual.
Semasa saya di universiti, saya tak pernah belajar cara nak menjual. Tapi saya belajar, serba sedikit cara untuk menguruskan perniagaan. Saya belajar cara untuk merekod akaun, cara membuat analisis akaun, cara buat pelaburan, ilmu tentang kewangan, ekonomi dan sebagainya.
Namun demikian, ilmu untuk jual barang, tidak diajar.
Mungkin, untuk pelajar lepasan ijazah sarjana muda, jalan hidup yang paling logik dan rasional adalah untuk menyertai syarikat yang dah well establish dan seterusnya menjawat jawatan sebagai seorang eksekutif. Kenapa tiba-tiba nak belajar menjual pulak… kan?
Walaupun ilmu menjual tidak diajar secara formal ketika di universiti, namun sebenarnya ilmu tersebut boleh dipelajari, apabila anda aktif menyertai aktiviti persatuan. Pendidikan dan ilmu tersebut akan diperolehi, cuma ia bukan melalui satu proses formal.
Maksud saya, anda tak akan belajar dalam kelas.
Ilmu menjual juga ada pelbagai. Lain golongan sasaran, lain juga cara jualan yang akan digunakan. Misalnya, jualan kepada organisasi, biasanya kita akan gunakan teknik presentation atau persembahan jualan. Teknik menjual kepada individu juga menggunakan kaedah yang lebih kurang sama, cuma ia lebih santai.
Mujurlah, kat luar sana, ada banyak buku-buku yang telah ditulis oleh penulis-penulis yang hebat-hebat belaka. Melalui pembacaan, saya percaya, orang yang sebelum ini langsung tak pandai menjual, juga akan jadi seorang yang pandai menjual, kalau baca buku-buku tersebut.
Salah satu buku tentang menjual, yang saya beli dan pernah menjadi rujukan saya adalah buku berjudul The Psychology of Selling – Psikologi Menjual yang ditulis oleh Brian Tracy.
Buku ini berjaya mengubah persepsi dan pandangan saya terhadap bidang jualan. Sampai sekarang ini, saya cari makan sebagai seorang jurujual… of course dengan sedikit spin off.
Kalau nak ikut 100% apa yang ditulis dalam buku The Psychology of Selling – Psikologi Menjual, saya rasa saya tak mampu. Dalam buku itu, kebanyakkan formula yang dibincangkan adalah untuk lakukan jualan secara berdepan.
Buat temujanji dengan bakal pelanggan, jumpa bakal pelanggan, buat persembahan jualan, minta pelanggan buat tempahan, dan seterusnya minta tempahan tambahan.
Saya tak ada masa nak buat semua tu.
Satu lagi alasan, untuk tak nak ikut 100% apa yang saya baca dalam buku tu. Satu hari, saya terjumpa satu kaedah yang saya rasa lebih kena dengan jiwa saya.
“Melakukan jualan dengan cara penulisan!”
How’s that sound?
Daripada saya susah payah, pergi jumpa orang, dan ulang-ulang skrip jualan yang sama, walaupun dengan individu yang berbeza, saya berpendapat, lebih baik saya tulis sekali artikel yang mengandungi ayat-ayat jualan, dan seterusnya saya biarkan bakal pelanggan yang temui saya.
Ini step yang saya lakukan.
- Tulis artikel iklan
- Siarkan dalam blog
- Promosikan artikel tersebut menggunakan teknik SEO
- Biarkan bakal pelanggan masuk sendiri ke blog saya
- Proses jualan, tempahan dan penghantaran produk berjalan secara automatik
Seterusnya, saya boleh fokus kepada menghasilkan seberapa banyak artikel jualan yang boleh. Saya harap, satu hari nanti, saya akan dapat hasilkan sekurang-kurangnya 10,000 artikel jualan di internet.
Saya gunakan serba sedikit ilmu yang saya pelajari dari buku The Psychology of Selling – Psikologi Menjual, dan lain-lain, saya gunakan ilmu copywriting untuk memudahkan saya hasilkan artikel iklan dengan pantas.
Ya, kena invest sikit. Saya pun invest untuk dapatkan ilmu menjual atau ilmu copywriting ini. Ini antara yang saya dapat rekemen
Lain cikgu, lain teknik copywritingnya. Apa yang penting, selain nak dapatkan ilmunya, kita nak cari juga, teknik-teknik penulisan yang best dan kena dengan jiwa.
Itulah dia, serba sedikit perjalanan saya dalam bidang jualan, menerusi penulisan ini. Alhamdulillah, pada hari ini, saya boleh katakan, apa yang saya tulis memang boleh memberi jualan kepada pelanggan saya.
Produk yang saya promosikan, memang ada jualan. Dulu, mungkin saya tak yakin. Tak yakin dengan bidang jualan, tak yakin yang melalui penulisan juga boleh buat jualan. Tapi sekarang ni, persepsi saya dah mula berubah.
Apa yang penting, dapatkanlah ilmu yang betul, dan In Shaa Allah tindakan kita juga akan menghasilkan keputusan yang memang kita harapkan.