Saya merupakan salah seorang peminat jam tangan jenama G-Shock. Memandangkan anda berada dekat blog saya ini, saya rasa tak salah kalau saya teka, yang sebenarnya anda juga merupakan seorang peminat jam tangan G-Shock, betul tak?
Biasanya kalau nak beli jam, saya lebih suka beli jam yang original. Walaupun harganya mungkin agak tinggi, namun saya rasa lebih puas hati. Maklumlah, jam yang original kita tahu kualitinya boleh dipercayai dan diyakini.
Berbeza sama sekali dengan kita beli jam yang tiruan, copy ori atau premium gred. Saya pun kadang-kadang jadi keliru juga, sebab jam tiruan ni didatangkan dengan pelbagai nama. Cuma satu je la yang saya nak ingatkan, barang tiruan tak akan dapat menyamai kualiti barang yang original.
Walaupun bentuknya sama, warnanya lebih kurang sama, dan modelnya sama dengan original, namun anda sendiri pun tahu, yang barang tiruan tetap tiruan.
Bagi mengelakkan daripada tertipu dan terbeli jam G-Shock yang copy ori, saya syorkan anda beli dari kedai-kedai jam ternama. Kedai-kedai jam seperti ini biasanya terletak di shopping mall yang besar. Lazimnya mereka hanya menjual jam tangan original sahaja. Salah satu kedai jam yang biasa saya kunjungi untuk beli jam ialah City Chain. Kedai ini ada banyak cawangan di shopping mall.
Spesifik untuk jam tangan dari jenama G-Shock, anda boleh pergi ke mana-mana kedai bernama G Factory untuk dapatkan jam tangan G-Shock original anda.
Harga G-Shock original
Ini adalah satu perkara yang anda perlu berikan perhatian. Jangan terlalu seronok apabila ditawarkan jam G-Shock dengan harga yang sangat murah. Pada pendapat saya, kalau perbezaan harga setakat RM20 – RM70 lebih murah, itu masih lagi boleh dipertimbangkan.
Boleh jadi penjual tersebut dapat stok dari supplier dengan harga borong. Harga borong ni mungkin sangat jauh beza dengan harga runcit.
Jadi sempena hari perayaan, atau hari peristiwa, penjual ini tawarkan dengan harga yang murah, tapi tak terlalu murah. Tujuan dia tawarkan harga yang menarik, sebab dia nak clearkan stock dan juga sebab dia nak tarik bakal pembeli untuk datang dan lihat barang-barang lain yang dijual dikedai jam miliknya.
Jual dengan harga rendah, tak menjadi satu masalah, asalkan ia masih lagi masuk akal, dan ditawarkan untuk masa terhad. Kalau kedai tersebut sentiasa jual dengan harga murah, dan harga murah tersebut langsung tak masuk akal, itu kita kena berjaga-jaga.
Sebagai langkah berjaga-jaga, saya amat menggalakkan anda untuk sentiasa merujuk ke laman web rasmi Casio G-Shock bagi mendapat gambaran, berapakah harga runcit yang dicadangkan untuk jam tangan keluaran mereka.
Laman web yang anda boleh rujuk adalah
Dekat laman web rasmi G-Shock ini, anda boleh lihat apakah model-model jam tangan G-Shock yang pernah dikeluarkan. Ada beberapa model yang dipaparkan dilaman web rasmi ini, yang masih belum sampai di pasaran Malaysia.
Satu hari nanti, mungkin anda ingin jadikan jam G-Shock sebagai koleksi. Bila dah beli banyak jam, sampai satu masa, anda mungkin dah tak ada idea, nak beli model apa pula selepas ini. Justeru, bila ada masa bolehlah belek-belek model jam G-Shock yang tersenarai di website tersebut.