Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Lazada Malaysia sekali lagi mengadakan kempen promosi Riang Ria Raya.
Kempen promosi ini berlangsung dari 1hb hingga 4hb June sahaja.
Bermakna, hari ini merupakan hari terakhir kempen ini. Seperti biasa, bila ada kempen macam ni, maknanya akan ada beberapa barangan yang dijual di laman web Lazada akan diturunkan harganya.
Menariknya, kempen ini bermula pada 1 June 2018.
Kebetulan, tarikh yang sama, adalah tarikh dimana kadar GST ditetapkan kepada 0%! Jadi kelihatan seperti kempen raya ini, sekali harung dengan kempen kadar sifar GST.
Rakyat sepatutnya mendapat manfaat daripada penetapan kadar 0% GST ini. Barang-barang yang selama ini, MAHAL dan berlaku peningkatan harga disebabkan oleh GST 6%, maka selepas ini harganya akan turun.
Walaupun Ahmad Maslan pernah mengeluarkan kenyataan “GST boleh turunkan harga barang” pada satu ketika dulu, namun hakikatnya, apa yang berlaku ialah kebanyakkan barang makin naik harga.
Sekarang ni, TERBUKTI, dengan penetapan GST dengan kadar 0%, harga barang TURUN.
Tak apa lah, menteri ini pun dah diturunkan. At least sekarang ni, dah kurang dengar statement merapu dari beliau. Walaupun GST yang kononnya dapat menurunkan harga barang, tidak berlaku seperti yang dicanangkan, sekurang-kurangnya, ia mampu menurunkan menteri-menteri sedia ada dan digantikan dengan jemaah menteri yang baru.
Apa nak beli sempena dengan promosi Riang Ria Raya Lazada ni?
Anda silakan ke laman web Lazada dan lihat apa promosi istimewa yang dijalankan pada waktu ini.
Buat perbandingan harga, dan kalau anda dapati, anda boleh jimat berganda-ganda, bila beli online, ha… cepat-cepat borong barang tersebut. Ambillah peluang ini untuk jadi seorang pembeli yang bijak.
Namun, kena perhatikan juga berapa caj yang dikenakan untuk penghantaran, masa untuk anda terima barang tersebut dan beberapa lagi.
Kalau barang yang memang urgent nak pakai, mungkin tak berapa sesuai kalau nak beli online. Melainkan anda nak jadikan barang tersebut sebagai stok untuk kegunaan di masa akan datang.
Saya pulak, sepanjang kempen ni dijalankan, saya cukup berkenan dengan Jam tangan jenama G-Shock ini.
Anda boleh tengok pelbagai model jam tangan jenama G-Shock di halaman ini.
Jam ini, kalau dekat kedai-kedai jam, harganya memang MAHAL. Lepas tu, setiap kedai jual dengan harga yang berbeza. Cubalah pergi ke kedai jam seperti City Chain, dan tengok berapa harga yang mereka letak.
Saya pasti, range harga dia adalah sekitar RM600 – RM800 untuk model jam tangan G-Shock ini.
Model G-Shock ini ialah Casio G-Shock Vampire GA-400HR-1A. Warnanya ialah Hitam dan Merah. Sama macam dalam gambar dekat atas tu.
Walaubagaimanapun, bila nak beli secara online ini, kena berhati-hati. Jangan terlalu seronok bila dapat harga yang murah!
Saya dapat harga yang cukup murah untuk model ini! Cuba tengok screenshot kat bawah ni.
Harga asal RM799.
Sempena promosi raya ni, seller bagi diskaun sebanyak 51% dan harga baru ialah RM389
Kemudian, dapat lagi diskaun tambahan sebanyak 10% menjadikan harga yang perlu bayar cuma RM350.10
Wah! Dari RM799 sekarang ni cuma perlu bayar RM350.10 sahaja!
Kenapa murah sangat? Ada beberapa kemungkinan, antaranya
- Seller import sendiri jam ini dari luar negara
- Seller tak ada kedai fizikal, hanya jual online
- Seller memang jual jam model ini dengan sangat banyak
Satu lagi, yang anda perlu perhatikan dan tanya dengan seller ialah, adakah jam tangan g-shock murah ini original atau hanyalah Copy 1:1?
Ada banyak seller yang jual jam tangan g-shock tiruan di Lazada. Biasanya, mereka memang akan bagitahu, jam yang dijual itu adalah copy 1:1.
Selain dari itu, boleh lihat juga review dari pembeli lain. Adakah mereka dapat confirmkan, adakah jam yang mereka dapat tu, original dari Casio ataupun tidak.
Kalau anda nak lihat lebih banyak model jam jenama Casio G-Shock, anda boleh ke halaman ini. Ini yang saya suka dengan kempen raya kali ini.
Cuma sayangnya, saya tak dapat nak beli jam ni. (sedih)
Raya kali ini, (dan raya-raya sebelumnya) macam biasa kena pakai banyak duit. Nak travel, nak balik kampung dan sebagainya. Nampak gayanya, terpaksa lepaskan peluang ini. Lagipun, jam tangan saya yang saya pakai sekarang ini, masih elok lagi.
Terpaksalah, guna jam tangan yang sedia ada dulu.