Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 30, 2019 by Sabree Hussin 2 Comments

Jana Pendapatan Pasif melalui Program Affiliate

Apa yang anda faham dengan istilah pendapatan pasif?

 

Saya merujuk kepada laman web wikipedia maksud bagi pendapatan pasif.

Pendapatan Pasif ini adalah satu bentuk pendapatan yang anda akan terima untuk kerja-kerja yang telah anda lakukan sebelumnya, namun pendapatan ini anda akan terus dapat walaupun anda telah berhenti melakukan kerja-kerja tersebut.

 

Terdapat pelbagai cara untuk kita wujudkan pendapatan pasif kita sendiri. Antaranya adalah pendapatan yang diterima menerusi pelaburan hartanah. Kita beli sebuah hartanah lalu kita sewakan. Duit hasil daripada bayaran sewa itu boleh dikira sebagai pendapatan pasif.

 

Pendapatan pasif juga boleh terhasil menerusi perniagaan yang menggunakan kaedah pemasaran berbilang tingkat atau Multi Level Marketing. Setelah rangkaian perniagaan anda cukup luas dan anda sudah memiliki downline, ketika itu anda akan dapat income walaupun anda sudah tidak menjalankan kerja pemasaran secara aktif.

 

Saya sendiri pernah rasai sendiri pengalaman mempunyai pendapatan pasif melalui bisnes MLM. Pada waktu itu, saya aktif mempromosikan simkad buat duit Tone Excel.

 

Dalam salah satu buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki, beliau ada beri nasihat lebih kurang macam ini. Apabila pendapatan pasif kita lebih besar daripada komitmen kita, pada waktu itu kita boleh bersara dan tak perlu lagi nak fikir tentang kerja.

 

Kalau kita nak teruskan bekerja, kita akan jadi makin kaya. Tapi kalau kita memilih untuk tak nak kerja, ianya tetap tidak akan mengubah dan menjejaskan kedudukan kewangan mahupun gaya hidup kita.

 

Orang yang ada pendapatan pasif ini juga tak perlu terlalu risau dengan perkara-perkara seperti kena buang kerja mahupun hilang punca pendapatan aktif. Bagi dirinya, kerja dengan tak kerja, sama sahaja.

 

Duit tetap akan masuk walaupun dah tak buat kerja.

pendapatan-pasif

Boleh bayangkan perumpamaan air yang mengalir dari paipnya. Setelah dibuka, air tersebut akan terus mengalir sehingga penuh bekas yang menampung air tersebut.

 

Perbincangan dekat sini, saya nak fokus pada skop penjanaan pendapatan pasif menerusi program affiliate. Kalau nak cerita pendapatan pasif secara umum, memang terlalu banyak dan mungkin artikel ini akan jadi begitu panjang.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan program affiliate, jana pendapatan pasif, pendapatan pasif, program affiliate

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Cara TERBUKTI Berkesan hasilkan income dari Program Affiliate Klikjer
    Cara TERBUKTI Berkesan hasilkan income dari Program Affiliate Klikjer
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
    Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance
    Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in