Program ekursus Jobdirumah ini bukannya PERCUMA.
Kalau anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli, yang mengikuti latihan untuk bekerja dari rumah secara online, ada yuran yang anda perlu bayar.
Nasihat saya,
- Kalau anda bukannya seorang yang serius nak belajar
- Kalau anda bukannya seorang yang suka membaca
- Kalau anda bukannya seorang yang benar-benar minat nak mendalami kehidupan sebagai seorang freelancer
- Kalau anda bukannya seorang yang betul-betul kuat dari segi mental dan emosi
- Kalau anda jenis yang berkira untuk belajar
… tak perlulah anda susah payah nak join program ini. Saya bimbang, kalau-kalau pelaburan yang anda keluarkan tu nanti, tidak memberikan anda pulangan yang setimpal atau seperti yang anda harap-harapkan.
Saya ingin tekankan disini. Kehidupan sebagai seorang freelancer, atau seorang pekerja bebas yang bekerja dari rumah sahaja, bukanlah mudah. Ia ada cabarannya yang tersendiri.
Sesetengah orang, dia beranggapan yang bekerja dari rumah tu mudah. Yela, memang ada benarnya. Kerja dari rumah tu tak perlu keluar dari rumah. Asalkan ada komputer dan internet dah boleh buat kerja. Asalkan tempat tu ada sambungan internet, anda dah boleh mula bekerja disitu.
Tetapi, anda kena ingat, kalau dah namanya bekerja, maka dah tentu dia ada tahap kesusahan dia yang tersendiri. Saya nak berikan anda antara contoh-contoh kerja yang popular jika anda ingin bekerja dari rumah.
Antaranya ialah
Pembantu pentadbiran
- Data Entry Specialists
- Email Handlers
- Google Search Agents
- Internet Researchers
- Typing Agents
- Virtual Assistants
Penulisan & Kandungan
- Blog Articles
- Copywriters
- Microsoft Word
- Proofreaders
- Powerpoint
- Translators
Pengurusan Perniagaan
- Accounting
- Bookkeeping
- Customer Service
- Data Management
- Human Resources
- Microsoft Excel
Rekabentuk & Kreatif
- AutoCAD Design
- Corporate Branding
- Graphic Design
- Web Design
- Mobile Apps
- Video Editing
Sumber: Laman web rasmi ekursus Jobdirumah
Semua orang boleh mula untuk memohon bekerja dari rumah dan melakukan kerja-kerja secara online. Persoalannya ialah, adakah anda mempunyai kemahiran dan skil yang diperlukan oleh bakal majikan?
Apabila anda ingin bekerja dari rumah, dan mengikuti program latihan yang ditawarkan oleh Jobdirumah, hampir semua kerja yang ditawarkan adalah dalam bahasa Inggeris. Ianya ditawarkan oleh syarikat atau orang perseorangan yang beroperasi dari luar negara.
Itu sebab bayaran yang ditawarkan juga dalam matawang USD. Bagi kita, USD10 tu mungkin nilainya dah cukup besar, sebab bila tukar kepada RM, nilainya setara dengan RM42.
Tetapi, bagi orang putih, USD10 tu apa la sangat, Mungkin mereka lihat USD10 tu lebih kurang sama macam cara kita lihat duit kertas RM10 kot.
Adakah anda akan confirm dapat kerja lepas dah ikuti program Jobdirumah?
Tiada sebarang jaminan. Tak ada siapa yang boleh bagi jaminan yang anda pasti akan dapat kerja lepas tamat belajar.
Tetapi, jika anda ada ilmu yang betul, anda mempunyai peluang yang lebih baik berbanding orang lain yang tak ada ilmu seperti anda. Dengan ilmu, anda lebih mudah dapat kerja berbanding orang yang tak berapa ada ilmu.
Dalam bidang freelancing ni, saya sebenarnya lebih fokus kearah penulisan artikel blog dan juga copywriting. Dalam banyak-banyak senarai tu, saya rasa saya lebih sesuai kerja dalam bahagian ini.
Saya pernah cuba nak masuk ke arena data entry. Tetapi tak pernah dapat kerja tu. Mujurlah. Saya rasa saya bukan orang yang sesuai dalam bidang data ni.
Saya pernah kerja dalam bidang customer service sebelum ni. Awal-awal saya join jobdirumah ni dulu, saya pernah fikir nak apply job yang berkaitan dengan customer service and relations. Kemudian bila ingat balik pengalaman lalu masa saya kerja dulu, terus tak jadi.
Rasanya cukup la kot kerja dalam bidang customer service ni. Pening kepala nak layan ragam pelanggan ni. Jadi, saya rasa baik saya buat benda yang saya memang tahu, ada sedikit kepakaran dan yang saya minat.
Oleh sebab saya minat menulis, maka saya fokus dalam blogging dan copywriting.
Adakah ada peluang kerja menanti saya setelah saya join program ini?
Apa yang boleh saya katakan, peluang kerja tu memang sentiasa ada dan ianya SANGAT BANYAK. Jangan salah faham tentang peranan Jobdirumah.
Jobdirumah, yang dimiliki oleh Kliks Solution tidak menawarkan sebarang pekerjaan kepada ahlinya. Sebaliknya, kerja adalah datang dari sumber laman web carian kerja antarabangsa.
Contohnya laman web freelancer.com dan juga upwork.com
Setiap hari, akan ada kerja baru yang ditambah dan terus bertambah. Semua orang boleh apply kerja di laman web ini, namun bukan semua orang akan diterima bekerja.
Sama macam kita cari kerja di luar sana. Apply la seberapa banyak kerja yang anda mahukan. Namun, belum tentu anda akan diterima bekerja. Melainkan anda adalah seorang yang betul-betul ada kemahiran dan skil yang diperlukan oleh majikan.
Faham?
Lagi satu, ilmu yang anda bakal pelajari setelah ikuti program ini, still applicable untuk anda praktikkan dalam bidang lain.
Pada asasnya, panduan ini akan mengajar anda cara-cara untuk dapatkan kerja. Bermula dari penyediaan resume, cover letter, proposal, siapkan kerja, penghantaran kerja, meminta bayaran upah dan sebagainya.
Sudah tentu, semua ini anda boleh belajar sendiri, jika anda tahu dimana nak belajar. Apa yang saya perasan, sumber untuk belajar tu memang ada, namun ia agak berterabur. Kalau nak belajar secara sistematik, belajarlah dari sumber yang memang komited untuk hasilkan modul latihan yang mudah diikuti.
Kalau tak faham jugak? Bertanyalah… jangan diam je. Saya juga banyak bertanya kepada owner jobdirumah ni masa awal-awal dulu. Cuma kena pastikanlah apa yang kita nak tanya ni, bukannya dalam kategori soalan bodoh.
Soalan bodoh tu macam mana? Apabila benda yang kita nak tanya tu memang dah diceritakan secara details dalam modul. Kita yang tak baca, tiba-tiba sibuk nak tanya. Kalau anda ada sikap macam ni, tak payah la susah payah nak join jobdirumah ni.
Semasa saya buat kerja-kerja penulisan artikel dan copywriting, saya dapati, kebanyakkan majikan mahukan saya untuk hasilkan sebuah artikel yang tujuan utamanya adalah untuk mempromosikan sesuatu produk, servis atau syarikat.
Walaupun yang bayar upah tu lain-lain, tapi matlamat dia lebih kurang sama sahaja.
Akhirnya saya buat keputusan untuk cari sendiri bakal majikan, tanpa melalui laman web carian kerja. Kalau cari majikan melalui laman web carian kerja ni bukannya tak bagus. Cuma saya rasa tak berapa seronok sebab nak kena share sedikit upah dengan pemilik laman web.
Konsep dia macam ni. (lebih kurang)
Katakanlah kita tetapkan kadar upah yang kita mahukan ialah USD100.
Pemilik laman web carian kerja, akan ambik sedikit yuran. Contoh 5%. Jadi dari USD100 tu, saya akan dapat USD95 sahaja, manakala pemilik laman web tu akan dapat USD5 tanpa perlu susah payah buat apa-apa. Saya yang pening kepala cari idea nak menulis, dia senang-senang je buat.
Katakanlah, saya nak upah bersih USD100. Maka saya kena letakkan bayaran saya kepada USD105 lebih kurang. Dengan ini, apabila pemilik laman web carian kerja mengenakan caj servis sebanyak 5%, saya masih ada lagi USD100.
Walaubagaimanapun, dengan berbuat demikian, ini akan membuatkan bakal majikan yang membayar upah melihat bayaran upah yang saya demand jadi sangat mahal. Nanti dia pilih freelancer lain pulak! Oleh sebab saya dah faham selok belok bekerja dari rumah sebagai freelancer, dan saya dah fokus bidang saya kepada penulisan dan copywriting, maka saya ambil keputusan untuk cari sendiri pelanggan.
Kalau saya tak dapat pelanggan yang nak dapatkan servis saya, teknik yang sama, saya masih boleh gunakan untuk hasilkan artikel-artikel blog yang mampu untuk menjual macam-macam produk. Ya, kaedah ini dipanggil sebagai affiliate marketing.
Dari satu kemahiran (iaitu penulisan) ia boleh digunakan untuk macam-macam tujuan.
Kalau dah tak tau sangat nak buat apa, join je program affiliate Involve Asia ni, dan seterusnya mula buat artikel promosi. Serius saya cakap, tak akan habis kerja-kerja penulisan artikel ni. Klik sini untuk join program Involve Asia.
Pendapatan dia macam mana pulak?
Sampai satu tahap, duit akan masuk sendiri tanpa henti. Setiap hari, akan ada transaksi. Cuma nilai dia sahaja yang berubah-ubah. Serius, buat macam ni, kalau rajin mesti boleh buat banyak duit.
Apa pun, anda kena be creative.
Belajar dulu benda-benda asas. Saya dulu belajar dari macam-macam sumber, sebab nak tahu dan nak fahamkan betul-betul, macam manalah cara nak buat duit dengan bekerja dari rumah sebagai freelancer.
Salah satu sumber tempat saya belajar, dah tentu dari panduan Jobdirumah ni. Awal-awal tu, memanglah pening. Rasa macam susah nak buat duit, ada benda tak faham lagi.
Tapi bila hari-hari kita duk buat benda yang sama, Alhamdulillah, sekarang ni saya dah tak perlu rujuk panduan tu lagi, dan masih lagi boleh buat duit. Anda juga boleh jadi dan lalui macam yang saya sedang lalui sekarang ni.
Anda boleh klik sini untuk join Jobdirumah.