Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

June 29, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pengalaman bekerja dari rumah dengan Jobdirumah

Apabila anda menyertai program LATIHAN bekerja dari rumah dengan pihak Jobdirumah, anda tak akan mendapat sebarang tawaran kerja dengan pihak Jobdirumah.

 

Perkara ini memang ada dinyatakan oleh pihak jobdirumah menerusi laman web mereka. Saya sarankan, sebelum anda buat sebarang keputusan untuk sertai, baca dulu keseluruhan isi kandungan laman web mereka.

 

Ini jawapan mereka, tentang sama ada anda akan diberi kerja oleh jobdirumah atau tidak.

jobdirumah-boleh-percaya-ke

Kerja yang bakal anda mohon, langsung tak ada kena mengena dengan pihak Jobdirumah. Anda tak akan bekerja dengan Jobdirumah. Sebaliknya, anda akan terus bekerja dengan majikan yang tawarkan peluang kerja.

 

Majikan ini datangnya dari seluruh dunia dan mereka ini ada pelbagai latar belakang. Ada yang pemilik syarikat besar, sederhana dan kecil. Ada juga majikan yang merupakan orang perseorangan, yang memerlukan khidmat freelancer untuk lakukan tugasan mudah.

 

Saya beri contoh kerja transcribing.

kerja-dari-rumah-yang-boleh-dipercayai

Anda mungkin akan jumpa seorang bakal majikan yang sebelum ini pernah pergi mana-mana ceramah. Dalam ceramah tu, dia ada buat rakaman suara si penceramah.

 

Sekarang ini, dari fail audio ceramah tu, dia nak minta seseorang yang boleh tolong taip semula supaya jadi dalam bentuk dokumen. Mungkin dia nak buat ebook supaya mudah baca kemudian hari.

 

Individu macam ni, akan iklankan kerja tersebut di laman carian kerja untuk freelancer. Siapa yang minat dengan kerja seperti itu, bolehlah buat permohonan kerja nanti.

 

 

Kenapa perlu bayar Jobdirumah sedangkan mereka tak beri tawaran kerja!

Soalan ini pun dah ada jawapannya. Ini jawapan pihak Jobdirumah.

adakah-jobdirumah-boleh-dipercayai

Yuran yang anda bayar itu adalah untuk dapatkan panduan latihan bekerja di rumah yang lengkap dengan tutorial langkah demi langkah. Duit yang anda keluarkan untuk bayar pihak Jobdirumah adalah untuk mengikuti latihan tersebut.

 

Ada ke tempat lain yang jual panduan seperti ini? Saya tak tau. Biasanya orang yang sanggup bayar untuk benda-benda macam ni, hanyalah orang yang serius nak belajar dan dapatkan ilmu yang betul.

 

Kerja dari rumah bukannya untuk orang yang nak buat duit senang. Ianya adalah kerja yang memang real, cuma bezanya, anda bekerja hanya dari rumah.

 

 

Tapi saya betul-betul minat nak bekerja dari rumah dengan Jobdirumah!

Dulu pihak Jobdirumah pernah buka tawaran untuk sertai mereka sebagai ejen jualan. Tak lama lepas tu, tawaran untuk menyertai sebagai ejen jualan ditutup. Mungkin pihak Jobdirumah nak kawal jumlah ejen sambilan yang bekerja dengan mereka.

 

Bukan apa, jika tak dikawal, akan ada ejen yang menggunakan cara tipu helah untuk buat jualan (mungkin). Susah juga nanti.

 

Tapi baru-baru ini, saya lihat pihak Jobdirumah sekali lagi buka tawaran untuk jadi ejen jualan mereka.

bekerja-dengan-jobdirumah

Sampai bila tawaran ini akan dibuka? Saya pun tak tahu. Kalau waktu anda baca posting ini, tawaran telah ditutup, anggap sahajalah tak ada rezeki ya.

 

Kerja sebagai ejen jualan ini, mudah sahaja. Anda kena cari pelanggan yang minat nak sertai program ini. Asalkan anda dapat bawa masuk pelanggan baru, anda akan dibayar.

 

Saya dah buat kerja ni, dah agak lama. Dulu saya rajin update berapa komisen yang saya terima daripada buat kerja-kerja pemasaran macam ni disini, tapi sekarang dah malas. Boring juga kan, asyik update berapa upah yang berjaya dapat.

 

Jadi sekarang ini, terpulang pada anda.

 

Nak kerja sebagai freelancer dan belajar cara jadi freelancer dengan JDR, atau kalau nak jadi ejen pemasaran pun boleh. Pilihlah mana-mana satu yang menguntungkan anda nanti ya.

 

 

 

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: jobdirumah boleh percaya ke, jobdirumah penipu, kerja dari rumah, kerja dengan jobdirumah

June 6, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Apa yang buatkan saya percaya dengan program Jobdirumah?

Apabila saya kerap menulis tentang program Jobdirumah, ada masanya saya akan menerima macam-macam soalan yang berkaitan. Sesetengah soalan yang saya dapati terlalu kerap ditanyakan, saya akan tuliskan jawapannya dalam sebuah blogpost, supaya orang yang google soalan tu, boleh terus jumpa jawapan saya.

 

Walaupun saya dah siapkan artikel dalam bentuk blogpost, saya masih menerima soalan seperti “boleh percaya ke jobdirumah ni?” 

 

Bagi saya, saya PERCAYA dengan program ini. Itu sebab saya sendiri join program ni, sekitar tahun 2013 yang lalu. Sekarang ni, dah tahun 2018. Hampir 5 tahun berlalu, dan Alhamdulillah, pelaburan yang saya keluarkan untuk dapatkan ilmu bekerja dari rumah, telahpun memberi pulangan berganda.

 

Ini bukti saya join pada 20 Februari 2013.

bekerja-dari-rumah-dengan-jobdirumah

Kebetulan pada masa ini, baru berhenti kerja. Bagi menggantikan pendapatan dari duit gaji sebelum ini, saya berniaga kedai runcit kecil-kecilan dan pada masa yang sama, saya buat kerja-kerja pemasaran secara online.

 

Saya pun tak menyangka dan tak rancang nak kerja dari rumah secara sepenuh masa. Saya ada juga pertimbangkan untuk cari kerja dengan mana-mana company yang sudi untuk terima saya bekerja dan manfaatkan kemahiran dan skil yang saya ada.

 

Obviously, sampai sekarang ini, saya masih meneruskan kehidupan sebagai seorang freelancer. Saya rasa lebih selesa begini. Apa pun, itu pilihan hidup masing-masinglah.

 

Ada orang suka cari nafkah dengan cara bekerja dengan majikan atau kerja dengan orang. Ada orang lebih suka berniaga. Kalau semua orang nak kerja makan gaji, siapa yang nak jadi majikan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain, betul tak?

 

Walaupun begitu, saya melihat apa yang saya buat sekarang ini, adalah kombinasi bagi kerja makan gaji dengan perniagaan. Ada ketikanya, saya perlu jadi seorang jurujual, bagi mendapatkan klien yang mahu dapatkan khidmat dari saya.

boleh-percaya-ke-jobdirumah

Belajar tentang cara bekerja dari rumah

Pada mulanya, saya juga tak berapa tahu tentang cara nak mula bekerja, etika kerja, dan disiplin kerja dari rumah. Sebelum nak terus terjun dalam bidang ini, ada baiknya kita pelajari dan fahami terlebih dulu macam mana nak bekerja dari rumah.

 

Untuk itu, saya memilih untuk baca seberapa banyak panduan yang membincangkan tentang perkara ini. Boleh je kalau nak cari di internet, atau di FB, individu yang memang bekerja sendiri sebagai freelancer.

 

Lepas dah jumpa, nak buat apa? Tak kan nak terus interview dia dan nak mintak dia ajar cara-cara nak bekerja satu per satu. Saya rasa perkara ini langsung tak praktikal.

 

Bukan itu sahaja, malahan ianya MENYUSAHKAN!

 

Dah ada orang jual panduan untuk bekerja dari rumah, contohnya macam panduan ini, tapi anda memilih untuk menyusahkan orang lain, yang tak pernah ada terlintas niat dalam diri untuk jadi pengajar. Sebab apa? Sebab anda kedekut nak keluar duit nak belajar macam mana cara buat duit sebagai freelancer.

 

Fikirlah sikit.

 

Orang lain pun sibuk. Ada jadual yang ketat. Dia pun mungkin tengah pening. Orang yang jadi freelancer ni, biasanya ada dua benda yang akan buatkan dia rasa pening kepala.

 

Pertama, pening kepala sebab ada terlalu banyak job sampaikan dia tak tau nak utamakan yang mana satu.

Kedua, pening kepala sebab pada bulan tertentu, job sangat sedikit. 

 

Kalau setakat nak tanya sikit-sikit tu, OK LA. Tapi kalau dah sampai tahap nak mintak ajar, mintak tolong terangkan pasal sekian sekian, itu dah lebih.

 

Bukankah lebih baik, anda terus belajar dari sumber yang sepatutnya.

 

Pelbagai cabang untuk bekerja dari rumah

Anda mungkin lihat, individu A ini bekerja dari rumah dan dia terbukti berjaya dalam kerjanya. Sentiasa ada job. Tetapi, adakah anda juga nak buat kerja yang sama dengan apa yang dia buat?

 

Kalau anda nak buat kerja yang sama, bermakna anda akan jadi pesaing dia.

Kalau anda nak buat kerja yang berbeza, individu A tu tadi belum tentu mampu bantu anda sebab dia pun mungkin tak ada pengetahuan tentang kerja yang anda minat nak buat tu nanti.

 

Saya banyak menerima kerja jenis penulisan artikel pemasaran (Advertorial) dan juga Search Engine Optimization (SEO).

 

Pada satu hari, ada orang ni dia minat nak buat kerja data entry. Masalahnya saya pun tak pernah buat kerja-kerja data entry, macam mana saya nak bagi nasihat apa yang perlu dibuat?

Baca juga:

(1) Adakah kerja sambilan menaip dari rumah benar-benar wujud dan boleh dipercayai?

(2) Buat duit dengan menulis – Bagaimana caranya?

 

Memang tak dapat nak tolong. Saya rasa, better dia join Jobdirumah dan lepas tu, kalau ada apa-apa yang tak faham, mintak bantuan dari pemilik produk tu. Senang, kan? Anda dah beli produk tu, maka anda memang layak untuk dapatkan support.

 

TAPI…..

 

Berpada-padalah dalam nak mintak support tu. Pastikan dah baca semua panduan, kalau ada panduan dalam bentuk video, kena tonton semua. Kemudian buat seperti yang diajarkan. Bukannya, beli lepas tu banyak tanya. Ya, orang macam ni memang ada dan wujud!

 

Panduan tu untuk dibaca, untuk dihadamkan. Bukannya lepas beli simpan lepas tu tanya macam orang hilang pedoman.

 

Jadilah orang yang cerdik. Dapatkan panduan yang betul, contohnya seperti panduan ini, dan lepas tu, sila praktikkan. Selamat bekerja dan semoga anda juga nanti akan berjaya (walaupun nanti kita akan berada dalam bidang yang berbeza)

 

 

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: boleh percaya ke jobdirumah, jobdirumah boleh percaya ke

May 19, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Berapa harga yang perlu dibayar untuk mula bekerja dari rumah?

Ada tak sesiapa yang rasa soalan saya ni PELIK? Iye la… kita yang nak kerja, alih-alih kita pula yang kena membayar. Bukan ke sepatutnya kita yang dibayar untuk melakukan pekerjaan tertentu?

 

Ok tak apa. Kita tinggalkan sekejap soalan tu. Kejap lagi kita akan kembali kepada soalan ni, siap dengan jawapannya sekali ya.

 

Jika pada waktu ini anda sedang bekerja untuk seseorang, ataupun bekerja untuk sesebuah syarikat, dan pada waktu ini, tak ada langsung keperluan yang mendesak untuk anda berhenti kerja dan bekerja dari rumah, saya syorkan untuk anda jaga baik-baik pekerjaan tersebut dan fokus pada kerja anda. Melainkan jika anda ada waktu terluang, barulah cuba berjinak-jinak dengan selok belok bekerja dari rumah dengan belajar dari Panduan Jobdirumah ini.

 

Tak perlu nak tergesa-gesa berhenti kerja semata-mata untuk bekerja dari rumah. Rumah anda tidak akan lari kemana, dan In Shaa Allah, selagi mana manusia masih lagi berhubung menggunakan internet, bermakna peluang anda untuk bekerja dari rumah di masa akan datang pasti akan tiba. Jadi buat masa ini, fokus sahaja pada pekerjaan anda yang begitu baik itu.

 

Ingatlah, kat luar sana ada ramai lagi orang yang tak begitu bernasib baik seperti anda. Saya percaya, kalau diberi peluang, ada ramai kat luar sana yang akan berebut-rebut untuk mendapatkan pekerjaan anda tu.

 

Bekerja dari rumah itu sebenarnya sangat MAHAL harganya. Ada sisi yang baik dan ada juga sisi yang kurang baik apabila bekerja dari rumah. Tahun-tahun pertama ia amat menyukarkan. Ada ramai yang tak mampu untuk bertahan daripada terus bekerja dari rumah, dan kesudahannya mereka TERPAKSA untuk kembali kepada alam pekerjaan.

 

Kenapa agaknya boleh jadi macam ni? Semuanya tertakluk kepada satu aspek yang selalu dipandang rendah oleh orang ramai, iaitu ASPEK PERSEDIAAN.

 

Ramai orang kata, apabila bekerja dari rumah, akan ada banyak perbelanjaan yang boleh kita jimatkan. Antaranya perbelanjaan untuk membeli pakaian kerja, perbelanjaan untuk transport ke tempat kerja, perbelanjaan makan diluar dan lain-lain lagi. Ya, semua ni memang betul. Apa tidaknya, perjalanan untuk ke tempat anda bekerja kini hanyalah beberapa langkah dari bilik tidur anda, dan tak ada siapa pun yang akan peduli, apa yang anda pakai ketika melakukan pekerjaan anda.

 

Namun, ini semua adalah benar, jika anda telah pun mempunyai sumber pekerjaan yang betul-betul dah steady. Bila anda buka sahaja laptop ataupun PC untuk anda bekerja, nah… dah ada berderet kerja kosong yang anda perlu siapkan. Bukan sekadar kerja kosong yang biasa-biasa, sebaliknya kerja kosong yang memang akan membayar anda setelah anda siapkan pekerjaan tersebut. Menarik, kan?

jobdirumah_buat_duit

 

Walaubagaimanapun, ini semua hanya akan jadi satu angan-angan sahaja jika aspek persediaan tidak anda titik beratkan. Bagaimana anda nak bekerja dari rumah, jika kerja yang anda boleh lakukan tiada ataupun tidak wujud? Oh ok… sebenarnya kerja ada banyak, namun sekarang ni kita sedang bercerita tentang suatu pekerjaan yang memang terbukti membayar. Bukan sekadar pekerjaan yang belum tentu lagi akan membayar upah setelah anda siapkan pekerjaan tersebut.

 

Ini adalah idea disebalik perkongsian kali ini. Saya nak anda tahu, bahawa hakikatnya, bekerja dari rumah sebenarnya MAHAL harganya. Ada harga yang perlu anda bayar. Ia mungkin bukannya dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya harga tersebut perlu dibayar dalam bentuk yang berbeza. Seperti, masa, tenaga, kesabaran, emosi, kekecewaan, dan banyak lagi. Semua ini adalah harga yang perlu anda bayar semata-mata ingin bekerja dari rumah.

 

Adakah ianya berbaloi? Saya tak tau. Saya tak ada jawapannya. Lagipun, saya tak tahu, kehidupan yang bagaimana yang sedang anda lalui sekarang ni. Untuk sesetengah orang, mungkin ianya memang berbaloi, namun kita sedia maklum, apa yang berbaloi untuk sesetengah orang, boleh jadi langsung tak bernilai pada pandangan dan tanggapan orang lain.

 

Saya nak kongsikan kepada anda secara ringkas, apabila anda memilih untuk bekerja dari rumah, anda mungkin terpaksa berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini

(1) Pendapatan tak menentu

Ia sangat bergantung kepada berapa banyak job yang anda perolehi dan berapa banyak job yang anda berjaya selesaikan dengan jayanya. Saya doakan semoga anda berjaya dapat banyak job.

 

(2) Job tak menentu

Anda perlu jadi seorang yang mempunyai banyak skil ataupun anda perlu jadi seseorang yang SANGAT MAHIR dalam skil tertentu. Jika sebaliknya, memang agak sukar untuk dapat job yang anda sukai dengan konsisten.

 

(3) Anda perlu belajar cara menjual

Anda kena menjual. Perkara pertama yang anda perlu jual ialah skil dan kemahiran anda. Seterusnya, saya amat-amat sarankan anda belajar juga untuk menjual produk secara online. Ianya berbaloi dan In Shaa Allah akan dapat tampung mana-mana kekurangan.

 

(4) Anda tiada boss

Klien adalah bos anda. Suka atau tidak, sebelum ini anda mungkin hanya perlu bekerja dengan seorang bos, namun kali ini anda akan bekerja untuk banyak bos.

 

(5) Anda tiada rakan sekerja

Walaubagaimanapun, saya amat menyarankan untuk anda bina networking. Ianya membantu. Anda mungkin akan dapat satu atau dua job jika anda bina networking.

 

(6) Tiada istilah hari cuti

Atau mungkin saya patut katakan setiap hari adalah hari cuti. Namun awas, jika anda terlalu lama mengambil cuti, anda mungkin akan dapati tiada lagi wang yang masuk ke akaun bank anda.

 

(7) Tiada appraisal mahupun performance review

Orang yang bekerja dengan majikan, apabila melalui proses appraisal, mereka sama ada akan menerima kenaikkan gaji ataupun akan menerima bonus. Tapi bila bekerja sendiri dari rumah, semua itu tiada. Maka anda terpaksalah berpuas hati dengan apa yang anda miliki sekarang.

 

Senarai pendek kat atas ni adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada anda, apa dia yang anda akan terlepas apabila bekerja dari rumah. Sama ada sebagai seorang pekerja bebas ataupun bekerja sendiri.

 

Sanggupkah anda terlepas semua itu? Jika jawapan anda adalah Ya, saya percaya persekitaran bekerja dari rumah adalah baik dan sesuai untuk anda. Ianya mencabar, namun ia menyeronokkan. Tahukah anda, ketika saya menulis catatan ini, saya sebenarnya sedang melakukan lebih kurang 3 atau 4 kerja dalam satu masa? Inilah dia realiti apabila bekerja dari rumah. Saya sebenarnya boleh buat dua atau tiga kerja serentak dalam satu-satu masa. Jika anda berupaya untuk multitask seperti ini, maka bekerja dari rumah boleh jadi memang untuk anda.

 

Satu ujian buat anda. Peringkat permulaan ini, tak perlu fikir nak keluar modal yang begitu banyak. Melabur untuk dapatkan ilmu yang betul. Ilmu yang betul, akan membantu anda berada dilandasan yang betul dalam karier anda menjadi seorang pekerja dari rumah.

 

Tak mahal pun. Melabur untuk dapatkan panduan ini. Kalau anda tak sanggup, saya rasa anda perlu pertimbangkan semula niat anda untuk bekerja dari rumah tu. Bila anda dah ada panduan ini, at least kalau satu masa nanti anda tak tau nak buat apa lagi untuk hasilkan duit dengan bekerja dari rumah, anda boleh ikut sahaja apa yang diajarkan dalam panduan ni.

 

 

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: bekerja dari rumah sepenuh masa, buat duit dengan jobdirumah, cara buat duit dari rumah, jobdirumah boleh percaya ke

Top Posts & Pages

  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?
    Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Casio G-Shock
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in