Apa persiapan yang anda sediakan bagi menghadapi tahun baru 2018? Secara jujurnya, saya agak takut. Takut sebab saya tak tahu apa akan berlaku pada tahun 2018.
Ura-ura mengatakan, tahun 2018 adalah tahun untuk diadakan pilihanraya. Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan dari parti yang memerintah, apa yang akan berlaku? Jika tiada sebarang pertukaran, apa pula yang bakal terjadi?
Dari segi pertumbuhan ekonomi, adakah akan berlaku peningkatan dari segi pendapatan? Atau akan ada antara kita yang terpaksa alami saat-saat sukar, dimana dia terpilih menjadi salah seorang yang bakal kehilangan punca pendapatan?
Selepas meninggalkan alam pekerjaan, saya kini menghasilkan pendapatan menerusi jalan perniagaan. Apa yang saya suka dengan berniaga ni ialah, pendapatan yang boleh dihasilkan adalah tanpa had. Setiap pendapatan yang dihasilkan, kita sendiri yang letakkan hadnya.
Kalau kita cuma sanggup berusaha untuk dapatkan RM1 ribu setiap bulan, maka itulah hadnya. Jika sanggup usaha lebih, maka In Shaa Allah, pendapatan yang bakal diperolehi juga lebih.
Cukuplah rasanya kita bicarakan tentang perkara-perkara yang diluar kawalan dan jangkauan kita. Apa kata, kita cerita tentang hal-hal yang kita boleh ubah dan kawal.
Pada tahun 2009, saya mula lancarkan blog saya yang pertama. Blog ini lebih kepada sebuah eksperimen untuk melihat, sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang buat duit secara online. Sudah tentu, sepanjang saya mengendalikan blog tersebut, ada banyak juga cerita kejayaan mahupun kegagalan yang telah saya catatkan.
Malahan, saya juga pernah kehilangan nama domain tersebut, disebabkan kecuaian saya kerana tak renew nama domain tersebut setelah ia hampir tamat tempoh.
Dalam situasi saya, saya menerima banyak tawaran untuk bekerja hanya dari rumah menerusi blog saya. Pembaca blog saya terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada antaranya yang memang merupakan seorang pemilik perniagaan.
Mereka baca blog saya, dan somehow, mereka berkenan untuk mengupah saya untuk bekerja dengan mereka dalam bidang pemasaran. Ya, saya banyak ambil upah untuk lakukan kerja-kerja berbentuk pemasaran untuk pembaca blog saya, yang juga merupakan seorang pemilik perniagaan.
Salah satu yang saya boleh sebutkan kat sini, adalah tentang seorang klien saya yang mempunyai perniagaan kereta sewa di Kota Kinabalu, Sabah. Saya pernah menulis tentang bisnes milik beliau dalam salah satu blog saya. Anda boleh baca posting tersebut yang bertajuk perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu yang anda patut cuba beserta dengan diskaun tambahan.
Ya, saya ada banyak terima tawaran bekerja dari rumah, disebabkan oleh blog-blog yang saya miliki. Klien sendiri yang hubungi saya untuk beri tawaran kerja.
Adakah anda patut tiru apa yang saya buat untuk dapatkan tawaran kerja dari rumah pada tahun 2018 nanti? Semuanya terpulang kepada anda. Anda boleh tiru segala teknik dan strategi saya, namun anda belum tentu dapat hasil sama seperti yang saya perolehi.
Peluang kerja dari rumah secara online dalam bidang JUALAN!
Peluang untuk bekerja dari rumah sebenarnya ada sangat banyak. Terlalu banyak! Persoalannya ialah, adakah anda sanggup untuk bekerja keras untuk menjayakannya, ataupun tak sanggup?
Saya bukannya nak berlagak seolah-olah saya tahu semua perkara. Ada banyak juga yang saya tak tahu, terutama sekali dengan hal-hal yang melibatkan peluang kerja dari rumah.
Namun, saya tahu ada beberapa tempat (laman web) yang kita boleh tuju kalau nak cari peluang kerja yang melibatkan kerjaya dalam bidang jualan. Setakat nak bantu dapatkan RM100 – RM300 extra setiap bulan, In Shaa Allah memang boleh.
Pendapatan sedemikian mungkin tidak datang dari satu laman web sahaja, tetapi kombinasi dari kesemua laman web yang bakal saya kongsikan dibawah ini nanti.
Sebelum tu, saya nak beritahu terlebih dahulu. Saya bukannya peminat kerja-kerja seperti data entry, kerja lipat sampul surat dari rumah, atau kerja-kerja pasang barang. Jadi, kalau anda mencari peluang bagi kerja-kerja sedemikian, saya memang tak dapat nak bantu.
Malahan, saya sebenarnya agak meragui, adakah kerja-kerja seperti itu benar-benar wujud atau ia sekadar penipuan semata-mata?
Awal-awal tadi, saya ada sebutkan yang saya menggunakan kemahiran penulisan untuk buat duit secara online. Saya mula dengan buat blog pada tahun 2009. Jika anda juga ingin dan sanggup buat benda yang sama, macam yang saya buat, ini adalah senarai laman web yang anda boleh terjah dan lakukan kerja sama untuk buat duit secara online.
Sekiranya anda berminat nak mencuba, jomlah sertai saya dalam program-program dibawah ini.
(1) Program Klikjer
Anda boleh sertai program affiliate klikjer menerusi link ini.
Ada macam-macam jenis ebook yang anda boleh promosikan menerusi program ini. Harga ebook dari serendah RM20 hinggalah yang berharga ratusan ringgit. Menariknya, anda berpeluang untuk nikmati komisen jualan sehingga 70%.
Andai kata harga ebook tersebut RM200. Dengan komisen sebanyak 70%, anda akan dapat komisen sebanyak RM140. Ok kan?
(2) Program Visondata
Dalam program Visondata ini, kita akan promosikan pakej data kepada mereka yang bakal travel ke luar negara.
Saya rasa anda juga setuju dengan saya, bila kita travel ke luar negara, kita perlukan talian internet untuk kekal berhubung dengan keluarga yang kita tinggalkan ataupun dengan pekerja mahupun rakan niaga kita.
Jika beli pakej data dari negara yang kita bakal kunjungi, harganya pasti tak sama kalau dibandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh pihak Visondata. Anda boleh klik pada pautan ini untuk ke laman web Visondata.
(3) Program Adhance
Saya dah banyak kali ceritakan tentang program adhance ni dalam blog ini. Dalam program ini, kita akan promosikan peluang kerja yang disenaraikan dalam laman web carian kerja Maukerja.my
Jika ada yang memohon kerja dari laman web tersebut, menerusi link unik anda, anda akan menerima bayaran komisen, tak kiralah sama ada individu tersebut diterima bekerja ataupun tidak.
Anda boleh baca lain-lain perkongsian saya tentang program ini menerusi posting berikut
- Cara buat duit dengan Adhance by Ajobthing
- Review dan idea komprehensif untuk buat duit dengan Program Adhance
(4) Program Sushivid
Saya mula join program sushivid ini pada tahun 2017. Masih belum banyak pencapaian yang saya kecapi menerusi program ini. Namun, saya kira ini adalah salah satu program yang tak sepatutnya kita pandang sebelah mata.
Apa yang bestnya dengan program ni ialah, disamping kita boleh buat duit dengan menulis tentang produk tertentu, kita juga boleh dapat barang-barang yang bakal ditulis tu secara percuma sahaja. Melainkan kalau pihak sushivid kata, kena pulangkan barang tersebut, maka kita kenalah pulangkan ya.
Kalau minat dengan program Sushivid ni boleh terus ke laman web mereka disini.
(5) Program Involve Asia
Dalam program Involve Asia ni, ada macam-macam lagi syarikat dan produk yang boleh kita promosikan. Termasuklah laman web Lazada, Zalora, Agoda, Trivago dan banyak lagi.
Saya rasa baik anda ke laman web ini dan terus lihat sendiri, mana satu syarikat atau jenama yang sesuai dengan jiwa anda untuk dipromosikan.
(6) Program Lazada
Lazada Malaysia juga ada lancarkan program affiliate mereka sendiri. Anda boleh promosikan produk-produk lazada, sama ada menerusi platform Involve Asia, ataupun daftar menjadi ejen secara eksklusif terus dengan pihak lazada.
Untuk pendaftaran, boleh ke laman web utama lazada atau klik pada pautan ini.
(7) Program Bookcafe
Program bookcafe… apa yang perlu kita lakukan?
Jual buku. Seperti namanya, kita akan bantu pemilik laman web ini untuk mendapatkan jualan bagi beribu-ribu buku pelbagai tajuk yang dijual di laman web ini. Sesetengah buku yang dijual disini memang senang untuk dapat jualan.
Pandai-pandailah anda pilih, sama ada nak promosikan buku yang dijual disini mengikut kategori genre, penulis atau nak promosikan sesuatu tajuk buku secara spesifik.
Ok nah, inilah dia bekalan yang saya kira anda boleh bawa ke tahun 2018 nanti. Sertailah program-program ini semua, dan In Shaa Allah jika anda lakukan pemasaran dengan betul, anda juga pasti boleh jana pendapatan dari program-program ini semua.
Kurangkan bercakap, dan lebihkan tindakan! Nak lagi ke? Saya rasa 7 ni pun dah cukup kot.