Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 14, 2017 by Sabree Hussin 5 Comments

Cari kerja kosong kini lebih mudah dengan laman web Maukerja

Adakah anda masih belum ada kerja tetap dan masih lagi mencari-cari peluang kerja?

 

Ada satu laman web yang mula meningkat dari segi populariti dan kini laman web ini mula menyenaraikan peluang-peluang kerja dari macam-macam jenis syarikat.

 

Macam-macam jenis kerja juga ada dalam laman web ini. Laman web yang saya maksudkan ini laman web Maukerja.MY

cari-kerja-kosong-online

Menerusi laman web maukerja.my ini, ada macam-macam jenis kerja yang anda boleh pohon. Anda boleh klik sini kalau nak ke laman web Maukerja ini.

 

Laman web Maukerja ini menyenaraikan banyak peluang-peluang kerja kosong yang terkini.

 

Tak kiralah anda baca post ini pada tahun bila. Selagi mana laman web maukerja ini masih wujud, selagi itulah laman web ini akan menyenaraikan peluang kerja kosong yang paling terkini.

 

Adakah anda ingin bekerja di singapura?

 

Ada berita baik untuk anda. Menerusi laman web maukerja.my ini juga, anda boleh memohon kerja di singapura. Pada waktu catatan ini saya tulis, saya ada temui beberapa iklan kerja di Singapura.

 

Boleh lihat pada screenshot iklan dibawah ni ya.

iklan-kerja-singapura

Iklan pertama adalah iklan kerja sebagai cleaner di Singapura.

 

Hanya dengan bekerja sebagai tukang cuci di Singapura, anda berpeluang untuk menerima bayaran upah sekitar SGD500 – SGD1,200 atau kalau dalam duit kita, ianya bersamaan dengan RM1,566 – RM3,758 sebulan.

 

Ok juga tu kan?

 

Jika anda minat nak mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara bagaimana rakyat Malaysia macam kita ni boleh bekerja di Singapura, silakanlah baca posting ini.

 

Betapa sekarang ni sangat mudah nak cari kerja kosong.

 

Nak cari kerja kosong boleh guna laman web seperti Maukerja.my atau laman web jobstreet. Tak perlu lagi nak ke satu kedai demi satu kedai, semata-mata untuk tahu sama ada kedai tersebut ada kerja kosong atau tidak.

 

Oh ya, seperti yang anda perasan, saya guna istilah kedai.

 

Satu lagi yang saya perasan dan benda ni memang agak ketara, laman web Maukerja.my ini banyak menyenaraikan peluang-peluang kerja di kedai-kedai seperti Guardian, Watson, KFC dan sebagainya.

 

Saya rasa ini sangat bagus, terutama sekali bagi mereka yang mencari kerja part time atau yang tidak merancang untuk kerja dalam satu tempoh masa yang lama. Mungkin sekitar 6 bulan ke satu tahun sahaja, maka sesuailah kerja di tempat seperti yang saya nyatakan tu tadi.

 

Apa pun, jika anda masih belum pernah dengar tentang laman web maukerja.my ni, boleh cuba layari laman web mereka dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Manalah tau, anda terjumpa peluang kerja yang lebih menarik!

 

 

 

Filed Under: Personal Tagged With: cari kerja kosong, cari kerja kosong terkini, kerja kosong terkini, laman web maukerja, maukerja

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in