Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 16, 2020 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kerja dari rumah secara part time sebagai Jurujual Online – Apa yang anda perlu tahu?

Buat pertama kali dalam sejarah, kita di Malaysia perlu duduk rumah untuk satu tempoh masa yang agak lama. Mereka yang bekerja diberikan cuti, kecuali individu yang bekerja dalam bidang yang dikategorikan sebagai essential service.

 

Mereka yang berniaga tak dibenarkan untuk berniaga. Kilang-kilang diarahkan tutup. Sekolah tak dibenarkan untuk beroperasi dan banyak aktiviti ekonomi perlu dihentikan disebabkan oleh perintah kerajaan untuk rakyatnya duduk di rumah sahaja.

 

Semua ini dilakukan bagi mengelakkan virus Covid-19 merebak dan menular dengan kadar yang lebih teruk.

 

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan atau singkatannya PKP ini dijalankan, kita boleh lihat macam-macam reaksi daripada larangan ini. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan tetap, mereka ini tak perlu risau tentang duit. Kerja tak kerja, gaji tetap jalan macam biasa. Cuma bila duduk rumah tak buat apa-apa, jadi bosan pula.

 

Kemudian ada pula kelompok masyarakat yang dibayar berdasarkan gaji harian. Kalau kerja baru ada gaji. Masalahnya, sepanjang PKP ini, banyak kilang, restoran dan premis perniagaan yang tak dibenarkan untuk beroperasi. Maka, mereka ini adalah antara yang terjejas teruk disebabkan PKP.

 

Saya menerima banyak pertanyaan berkaitan dengan peluang-peluang untuk bekerja dari rumah. Ada soalan yang diajukan kepada saya, ditanya oleh mereka yang dah mula rasa kekok untuk sambung bekerja dipejabat setelah PKP tamat nanti.

 

Boleh jadi mereka mula rasa seronok luangkan masa dirumah bersama dengan anak-anak. Masa yang ada dapat digunakan dengan sebaiknya untuk melihat perkembangan anak-anak, boleh ada masa lebih untuk mengemas rumah, masak, dan buat sebarang aktiviti yang sebelum ini nampak mustahil untuk dilakukan.

 

Maklumlah, kalau dulu sewaktu belum ada Covid-19, selepas subuh dah kena keluar rumah. Ya, kena keluar awal sebab nak elakkan traffic jam. Bila balik sekali lagi kena hadap traffic jam.

traffic-jam

Kalau nak masak dekat rumah tu memang tak sempat. Nak tak nak, kena makan dekat luar.

 

Sekarang bila situasi dah berubah, dengan adanya “new normal”, kita mula ada masa untuk keluar shopping barangan keperluan dapur, boleh masak sendiri, siap boleh cuba pelbagai jenis resipi yang sebelum ini kita cuma sempat save dan share sahaja di media sosial.

 

Keadaan ini pastinya lebih menyeronokkan berbanding dengan rutin harian kerja di pejabat.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit online, jurujual online, kerja part time jurujual online, kerja part time online seller

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in