Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 21, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Laman web untuk borong barang secara murah bagi online seller

Laman web apa yang kerap dijadikan sumber untuk borong barang dengan harga murah? Kita sedia maklum, untuk hasilkan lebih banyak untung, kita mempunyai dua cara.

 

Cara pertama, kita naikkan harga supaya margin keuntungan dapat jadi lebih tinggi. Cara ini, akan menyebabkan tawaran kita kurang menarik, sebabnya prospek mungkin akan pilih penjual lain yang mampu tawarkan harga yang lebih rendah.

 

Cara kedua, kita cari pembekal yang mampu untuk berikan harga yang lebih rendah! Dengan cara ini, kita tak perlu naikkan harga, sebaliknya dengan memperolehi bekalan dengan harga yang rendah, kita masih boleh tingkatkan keuntungan kita.

borong-dari-china-dengan-selamat

 

1. Laman web yang paling kerap disebut-sebut oleh para online seller yang mampu untuk berikan harga yang rendah dan murah ialah laman web TaoBao.com

 

2. Satu-satunya yang menghalang untuk kita berbelanja dan memanfaatkan harga murah yang ditawarkan oleh Taobao mungkin ialah faktor bahasa.

 

3. Laman web Taobao adalah dalam tulisan cina.

 

4. Namun, itu bukan satu penghalang yang terlalu besar. Sebabnya ada cara bagaimana untuk “alih bahasa” laman web Taobao menjadi tulisan roman.

borong_china_taobao

5. Malahan, jika anda mahu, anda boleh muat turun panduan khas yang disediakan khusus untuk para online seller mendapatkan bekalan murah dari laman web borong China ini. Boleh klik sini untuk muat turun panduan ini.

 

6. Selain taobao, memang ada banyak juga laman web borong yang ada diluar sana.

 

7. Laman web ini semua berpusat di negara China dan menerusi laman web ini, anda boleh beli macam-macam barang dari China dengan harga yang murah dan mampu milik.

 

8. Apabila anda sudah memperolehi barang yang murah, ada boleh pilih sama ada nak jual ikut harga pasaran atau nak jual dengan satu harga yang lebih murah.

 

9. Walaubagaimanapun, jual dengan harga yang lebih murah bukanlah satu strategi perniagaan yang baik, sebabnya ia berpotensi untuk merosakkan pasaran.

 

10. Jika anda terdesak nak dapatkan pelanggan dan mahukan jualan sekalipun, sebaik-baiknya jangan amalkan langkah buang harga.

 

11. Ciptalah keistimewaan atau sesuatu yang lain daripada yang lain.

12. Mungkin, anda tawarkan hadiah percuma. Contohnya harga pasaran ialah RM200. Anda boleh jual dengan harga RM170 dan masih untung lagi. Daripada anda berbuat demikian, cara yang lebih baik ialah, anda cari barang lain yang boleh dijadikan bonus pembelian yang harganya dalam lingkungan RM30.

 

13. Anda masih lagi jual dengan harga RM200.

 

14. Cuma bezanya, kali ini dengan nilai RM200 tu, pembeli akan dapat barang tersebut beserta dengan hadiah percuma.

 

15. Di mata peniaga lain, anda masih lagi jual produk tersebut dengan harga yang sama dengan harga pasaran. Cuma bezanya kali ini, anda telah menawarkan sesuatu yang lain daripada yang lain.

 

16. Jangan rosakkan pasaran, sebabnya dengan merosakkan pasaran, akan ada ramai orang yang akan terkesan dengan tindakan tak bertanggungjawab tersebut.

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: beli borong dari china, laman web borong

Top Posts & Pages

  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?
    Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Casio G-Shock
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in