Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 24, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online

Sebelum ini, kalau nak shopping online, saya lebih gemar gunakan servis dari laman web Lazada. Saya memang tak pernah beli barang dari pemilik fanpage ataupun dari instagram.

 

Mungkin sebab saya ni agak paranoid dan tak nak ambil risiko kena tipu. Tetapi pengecualian boleh dilakukan. Kalau saya betul-betul percaya dan yakin pada penjual, saya sanggup untuk ambik risiko dan beli dari penjual tersebut.

 

Tak apalah. Itu perkara nombor dua.

 

Hal yang saya nak cerita dalam ini ialah, tentang buat perbandingan harga barang, antara beli di Shopee ataupun Lazada. Mana satu yang lebih murah?

 

Saya terfikir untuk beli seutas jam tangan untuk dijadikan hadiah.

sanda-watch-review

Ini adalah jam dari jenama Sanda.

 

Saya rasa dari segi reka bentuk, ianya agak menarik. Masa mula-mula saya jumpa jam tangan ni, saya gunakan kata kunci “military watch“. Akhirnya keluar jam tangan dari jenama ini.

 

 

Perbandingan harga jam di laman web Shopee dengan Lazada

Saya dapati, harganya lebih kurang SAMA sahaja!

 

Mungkin penjual di Lazada dengan penjual di Shopee sebenarnya ada yang merupakan individu yang sama. Lagipun apa yang menghalang seseorang itu untuk menjadi penjual di dua tempat yang berbeza?

 

Kalau saya jadi penjual, saya juga akan menjual di seberapa banyak platform jualan yang ada diluar sana. Lagi pantas barang jualan tu dapat dijual, kan lagi bagus!

cara-jual-di-shopee

Pada masa catatan ini saya tulis, anda sebenarnya boleh muat turun panduan untuk berniaga di Shopee dan untung besar!

 

 

Maklumat yang boleh dijadikan rujukan dari Shopee dengan Lazada

Oleh sebab dari segi harga, ianya lebih kurang sama sahaja, maka untuk buat keputusan, di platform mana patut saya beli barang tersebut, ada satu bahagian penting yang saya jadikan rujukan.

 

Bahagian yang saya maksudkan adalah di bahagian review dan testimoni pembeli terdahulu.

 

Melalui kedua-dua platform shopping online ini, hanya mereka yang membeli produk sahaja yang boleh tulis review. Ini sudah tentu sangat berbeza dengan jual beli di media sosial. Review dan testimoni yang disiarkan boleh jadi hanya satu penipuan semata.

 

Orang yang pegang produk tu, belum tentu dia beli produk tu. Agaknya, kalau disuruh beli, belum tentu dia sanggup nak keluarkan duit.

 

Produk yang ada dalam tangan tu pun, mungkin adalah pemberian daripada penjual itu sendiri, sebagai ganti, individu tersebut mesti bagi review positif. Wallahua’lam.

 

Apa yang saya cerita ini, adalah satu teknik marketing. Saya bukanlah nak menuduh semua peniaga online buat macam tu, atau nak pukul rata, tapi memang ada peniaga yang tak berapa jujur yang guna trik macam ni.

 

Kesimpulannya, kemunculan kedua-dua platform ini, memberikan kita sebagai pengguna lebih banyak pilihan untuk berbelanja. Pada masa yang sama, kita lebih mudah untuk buat keputusan yang cerdik sebelum nak keluarkan duit.

 

Kita boleh buat perbandingan harga.

Kita boleh tahu apa pengalaman pembeli terdahulu, sama ada terhadap produk mahupun terhadap penjual.

 

Siapa tahu, satu hari nanti, instead of kita hanya jadi pembeli, kita pula jadi penjual.

Baca juga: Perkara perlu tahu apabila nak menjual barang di Laman Web Shopee

 

Peringkat permulaan, tak perlulah nak letakkan sasaran yang terlalu besar, sampai kita tak mampu nak urus bisnes. Kalau target sebulan nak jual 5 – 10 barang pun dah cukup. Pendapatan yang bakal dihasilkan tu nanti, boleh dijadikan pemangkin dan pembakar semangat untuk usaha yang lebih besar.

 

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: cara berniaga di shopee, jual produk di shopee, laman web online shopping, lazada atau shopee

Top Posts & Pages

  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Makanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahaja
    Makanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahaja
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in