Bermula hari ini, 25hb Ogos sampai 31Ogos 2017, Lazada Malaysia mengadakan kempen promosi Merdeka! Merdeka! Sale dengan tawaran harga diskaun sehingga 80%.
Boleh dikatakan, setiap tahun Lazada pasti akan adakan promosi sempena hari kemerdekaan.
Kalau pada tahun lepas, iaitu tahun 2016, kempen promosi Lazada ini dikenali sebagai Unity Sale. Tapi pada tahun ini, Lazada menggunakan nama Merdeka! Merdeka! Sale.
Anda boleh klik pada link ini untuk melihat apa tawaran yang sedang berlangsung sekarang ni.
Apa yang istimewa bersempena dengan Merdeka Sale kali ini?
(1) RM60 Mystery Box
Bersempena dengan 60 tahun kemerdekaan, Lazada memperkenalkan promosi RM60 Mystery Box. Ada pelbagai jenama yang anda boleh dapatkan seperti dalam gambar diatas.
Nilainya ada yang RM100++ tetapi anda hanya perlu bayar RM60 sahaja.
Apa yang terkandung didalamnya ada dinyatakan, cuma setiap orang mungkin akan dapat barang yang berbeza. Bagi mereka yang sukakan kejutan, bolehlah dapatkan mystery box ni.
(2) Flash Sale setiap dua jam
Flash sale ini adalah antara acara yang paling ditunggu-tunggu.
Ini peluang untuk dapatkan barang yang mahal dengan harga yang cukup murah. Namun kena bertindak cepat, sebabnya selepas dua jam, tawaran tersebut akan diturunkan dan diganti dengan offer lain.
Anda boleh lihat dari senarai kat atas tu, pada pukul berapa dan barang apa yang akan dijual dalam kempen flash sale ini.
(3) Lazada Brand Voucher
Ada banyak juga jenama produk pengguna yang kita guna setiap hari.
Cubalah semak dulu, mana tahu ada barangan yang anda boleh beli kat sini. Mungkin boleh dapat dengan harga lebih murah compare to beli kat tempat lain.
(4) Lazada Partner Voucher
Ini pun menarik juga. Ada tambahan voucher bagi pemegang kad tertentu, seperti kad Maybank, RHB, BSN dan sebagainya.
Kalau mengikut kebiasaannya, ofer seperti ini hanya diadakan mengikut hari-hari tertentu. Namun sempena dengan Merdeka Sale, anda boleh dapatkan voucher ini dari 25 – 31 Ogos ini.
Baca juga: Cara dapatkan harga murah apabila shopping di Lazada
Dengan adanya tawaran seperti ini, kalau ada yang minat nak beli Rose Face Serum Zeeta dengan harga yang lebih murah pun boleh!