Adakah anda sempat ambil peluang untuk rebut tawaran diskaun sempena dengan kempen Lazada Malaysia Online Revolution 11.11 yang dijalankan tempoh hari?
Kalau tak sempat, memang rugi.
Ada macam-macam tawaran menarik sempena dengan Lazada Online Revolution 2017 ni tau. Saya masih ingat lagi, waktu saya datang ke sesi workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur tempoh hari, pihak lazada ada maklumkan yang salah satu produk yang cukup laku sepanjang Online Revolution dijalankan pada tahun lepas (2016) adalah smartphone.
Jadi pada tahun ini, saya mula tengok-tengok kalau ada smartphone murah.
Saya terjumpa tawaran menarik dari Xiaomi Redmi. Smartphone yang saya maksudkan ialah Xiaomi Redmi 4A. Saya pernah pergi ke Majlis Pelancaran Xiaomi Redmi 4A awal tahun hari tu, jadi saya tahulah yang phone ni juga mempunyai ciri-ciri yang menarik.
Tahukah anda, sempena dengan Kempen Lazada Online Revolution 2017 ini, phone ini dijual dengan harga promosi RM299 sahaja!
Lihat buktinya (yang saya dah tempah dan dah selamat sampai ke tangan saya)
Harganya yang ditawarkan adalah RM299 sahaja.
Menurut laman web Lazada, harga RRP phone ini adalah RM449. Memandangkan saya dapat dengan harga RM299, maknanya saya dah jimat sebanyak RM150. Ok ke tak? Saya rasa ok la kan.
Hari ini, bila saya semak balik harga termurah yang boleh diperolehi untuk model yang sama, nampaknya dah tak ada harga RM299 tu.
Apa yang tinggal ialah harga RM329.
Walaupun harga ni, masih lagi boleh consider “murah”, namun tak semurah yang saya berjaya dapatkan tempoh hari.
Sila klik sini untuk lihat lain-lain model smartphone Xiaomi
Apa pun, promosi Online Revolution ni masih belum tamat lagi tau. Masih ada banyak lagi tawaran menarik lepas ni. Satu lagi hari besar, adalah pada 12.12
Kita tengok, apa agaknya yang bakal ditawarkan pada hari tersebut ya. Saya dah dapat smartphone dengan harga yang lebih rendah, tak kan nak beli lagi kan.
Tunggu la smartphone ni buat masalah dulu baru beli yang baru.