Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

June 7, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Suasana bisnes air di bazar ramadhan

Catatan ni saya tulis pada hari kedua bulan Ramadhan tahan 2016. Tak banyak yang berubah berbanding tahun-tahun sebelum ni. Awal-awal ramadhan macam sekarang ni, memang dah jadi lumrah. Surau memang penuh ketika waktu solat maghrib, isya’ dan ketika solat sunat terawih.

 

Suasana kat bazar ramadhan pun macam tu juga. Orang terlalu ramai, dan makanan yang dijual seolah-olah tak cukup. Dah masuk hari kedua, dan saya masih belum ada peluang nak merasa murtabak atau roti john.

 

Seperti yang saya jangkakan, kebanyakkan yang buat bisnes air balang, memang tak risau dengan barang jualannya. Rata-rata gerai yang menjual air balang, memang licin.

 

Jual sebungkus RM4 orang beli. Kalau jual sebungkus RM3 pun orang beli. Orang yang jual sebungkus RM2 pun orang beli.

 

Kadang terlintas jugak dalam fikiran… kenapalah nak jual mahal-mahal. Jual sampai harga RM4 sebungkus, tak rasa macam mahal sangat ke? Atau itu memang harga pasaran untuk sebungkus air balang sekarang ni?

 

Kalau jual mahal sangat memang saya tak akan beli. Melainkan, ada sesuatu yang begitu special kat air tu. Something yang buatkan saya rasa memang berbaloi kalau beli air semahal tu. Yang penting kena SEDAP, lain dari yang lain, dan kalau jus tu, biarlah memang 100% jus, bukannya dicampur dengan air, pewarna apatah lagi dicampur dengan kordial.

 

Air jus tembikai misalnya. Kerap jugak saya dapat air jus tembikai yang rasa dia macam campuran air sirap. Saya pun tak pasti, sama ada penjual ada campur dengan air sirap untuk bagi jus tu nampak lebih banyak atau rasa dia memang macam tu.

 

Kalau pengalaman kali pertama dah tak berapa seronok macam tu, memang saya akan target gerai tu, kemudian memang tak akan datang lagi.

 

Rasa tak berbaloi.

 

Saya faham, orang yang meniaga ni, dia nak untung. Begitu juga dengan pembeli. Kita sebagai pembeli, kita juga nak untung. Kita sebagai pembeli akan rasa sangat-sangat beruntung, sebabnya kita tak perlu susah payah nak beli buah tembikai, nak blend untuk dapatkan jus, tapis dan sebagainya. Beli je dari penjual, kemudian bila sampai masa berbuka dah boleh terus minum. Sedap pulak tu. Itulah rasa kemenangan yang amat bermakna.

mesin-buat-jus

Bukan semua orang ada kemudahan untuk buat jus sendiri. Kena ada alat dia, Mesin buat jus yang khas. Contohnya macam yang kat sini. Kalau dah alat yang sesuai pun, masih belum tentu kita akan buat sendiri. Kena ada kerajinan. Kena ada kemahuan untuk buat.

 

Sampai satu tahap, kita akan kata, baik beli je. Lagi senang. Lagipun bukannya mahal sangat.

 

Apa pun, saya gembira bila orang kita berniaga. Saya doakan semoga kalian dapat buat banyak untung semasa berniaga di bulan ramadhan ni.

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: bisnes air, bisnes air balang, bisnes bazar, bisnes di bazar ramadhan, bisnes pasar, jus air tembikai, mesin buat jus

Top Posts & Pages

  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in