Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 10, 2017 by Sabree Hussin 1 Comment

Tawaran menarik sempena Lazada Online Revolution 2017 dan Blogger Contest

Kempen Lazada Online Revolution kembali lagi untuk tahun 2017.

online-revolution-lazada

Rasanya baru hari tu (bulan lepas) Lazada turut serta dalam kempen promosi besar-besaran sempena MyCybersale 2017, bulan ni rupanya ada satu lagi berita gembira buat para pelanggan setia Lazada.

 

Ada promosi Lazada Online Revolution pulak. Layari https://www.lazada.com.my/online-revolution untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini.

 

Sila tandakan kalendar masing-masing, sebabnya bermula 11.11 hingga 12.12 akan ada macam-macam tawaran menarik dan harga yang sangat menjimatkan bakal menanti anda. Serius, kalau cari kat luar dari laman web Lazada, anda mungkin tak akan jumpa tawaran sedemikian.

 

Pengalaman PERTAMA beli barang secara online

Seingat saya, produk pertama yang saya beli secara online adalah ebook. Sekitar tahun 2009 atau mungkin 2010 kalau tak silap, masa tu saya baru mula nak belajar cara-cara nak menulis dan menghasilkan blog sendiri.

 

Waktu tu, memang susah nak cari panduan yang up to date, yang boleh ajar secara step by step macam mana nak hasilkan blog dan cara nak jana pendapatan menggunakan medium blog.

 

Jadi nak tak nak, kenalah beli ebook. Mula-mula tu, memang rasa takut jugak nak beli barang secara online. Takut kena tipu, takut rugi dan macam-macam lagi.

 

Tapi bila dah melepasi pengalaman yang pertama, terus dah tak risau kalau nak beli ebook lagi secara online. Cuma sekarang ni, saya dah kurang beli ebook sebabnya kebanyakkan ebook yang ada di pasaran, tak berapa relevan dengan apa yang saya perlukan.

 

Produk apa yang saya suka beli secara online?

Memandangkan saya bela kucing, jadi saya suka beli barang-barang kucing secara online. Biasanya, saya akan buat perbandingan harga dulu.

 

Kalau harga yang ditawarkan secara online lebih murah berbanding beli kat pet shop, barulah saya akan beli secara online sahaja.

 

Makanan kucing ni, kalau beli, saya kena beli yang 20kg terus. Biasa kalau beli kat pet shop, saya kena angkat sendiri makanan kucing yang berat ni naik ke rumah.

 

Tetapi, kalau beli online, ada pekerja dari syarikat kurier akan tolong angkat dan bawa sampai ke depan rumah. Best la tu kan.

 

Pasir kucing pun berat jugak haha. Kalau nak beli pasir kucing, kena beli sekali tiga beg pasir. Baru berbaloi.

 

Apa yang buatkan saya suka dengan online shopping?

Online shopping ni pada saya sangat mudah. Lebih-lebih lagi kalau kita dah tau apa benda yang kita nak beli nanti. Contohnya, kalau sebelum ni memang dah biasa beli makanan kucing jenama Button and Bow, kali ni kalau nak beli secara online, boleh terus pergi halaman jualan dan tekan je butang order.

 

Klik sini untuk order.

Kalau beli terus kat kedai pun ok. Cuma tenaga tu nak kena pakai lebih banyak la. Biasanya kalau tak urgent, saya lebih suka beli online sahaja.

 

Apa barang yang saya minat nak beli sempena Lazada Online Revolution 2017 ini?

Handphone saya pun tengah problem sekarang ni.

 

Sekarang ni tengah risik-risik phone yang baru. Rasa berkenan la pulak nak pakai phone ni. Kali pertama saya tengok phone ni, masa majlis pelancaran samsung Galaxy S8 oleh Senheng Malaysia.

 

Kalau ada diskaun lagi, rasa nak dapatkan satu 🙂

 

Dalam tempoh satu bulan ni, akan ada macam-macam promosi. Saya difahamkan, setiap hari akan ada promosi yang berlainan. Jadi kena selalu alert dengan tawaran-tawaran yang disajikan oleh pihak Lazada Malaysia.

 

Nak jimat? Sekarang inilah masanya.

 

 

Filed Under: Personal Tagged With: lazada online revolution, Lazada Online Revolution Blogger Contest, online revolution 2017, promosi lazada online revolution 2017

October 28, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Apa yang saya suka tentang sesi workshop yang dianjurkan oleh Lazada

Baru-baru ni, saya sempat ikuti program workshop yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia di Pullman Hotels Kuala Lumpur. Ini bukannya workshop macam tempat repair kereta tu, tetapi lebih kepada program latihan dalam bentuk seminar.

Bagi yang masih belum pernah lagi join program affiliate Lazada, bolehlah sertai program seperti ini secepat yang mungkin. Lagi cepat anda join, lagi cepat anda bermula, maka In Shaa Allah lagi awal anda boleh mula jana pendapatan.

 

Kalau nak join terus di laman web Lazada Malaysia pun boleh. Ataupun sebagai alternatif, boleh juga join menerusi laman web Involve Asia. Klik sini untuk join affiliate Network Involve Asia.

 

Bila join menerusi Involve Asia ni, kelebihannya ialah ada macam-macam lagi program, produk dan servis yang boleh kita promosikan. Tidak terhad hanya pada satu company, iaitu Lazada sahaja.

 

Dalam program seumpama ini, yang menariknya ialah, kalau kita dapat luangkan masa untuk join, ada beberapa perkara yang kita bakal perolehi. Antaranya

 

(1) Boleh bina networking sesama affiliate

Ada ramai affiliate yang akan datang. Masing-masing ada pengalaman dan kepakaran yang tersendiri. Teknik juga pelbagai. Masa ni kalau nak bincang-bincang dan berkongsi teknik pun bagus. Saya bukanlah pandai sangat. Lagipun, kebanyakkan sales affiliate saya datang dari blog.

 

Kalau nak belajar macam mana guna blog untuk buat sales dari program affiliate tu, bolehlah tegur-tegur saya kalau jumpa.

 

(2) Makanan mesti best

Buat kat hotel kot… bila lagi nak merasa makan kat hotel. Free pulak tu. Datang je la.

 

(3) Biasanya pihak penganjur akan bawa bersama wakil dari syarikat yang menjadi penaja

Contohnya dalam program kali ini, dua syarikat yang mewakili jenama Panasonic turut serta dalam program. Pada masa ini, kita boleh berkenal-kenalan dengan mereka, tanya pasal produk, dan juga boleh cuba skil untuk review produk yang mereka bawa.

 

Ini adalah kamera mirror-less jenama Panasonic Lumic DC-GF9. Anda boleh dapatkan tawaran terbaik disini.

 

Harga kamera ni pun boleh tahan jugak. Saya sebenarnya dah lama mencari kamera digital yang saiznya kecik sahaja. Senang di bawa kemana-mana.

 

Boleh masuk dalam poket seluar, atau letak dalam beg galas. Senang cerita, kalau ada kamera kecik macam ni, tak rasa kekok nak bawa kamera pergi mana-mana.

 

Lagipun, sekarang ni saya dah ada blog berkonsepkan travel and exploration, yang mana saya harapkan pada satu hari nanti, blog tersebut dapat jadi sebuah blog travel terbaik di Malaysia. Ya, angan-angan tu kena besar. Bila kita pasang angan-angan yang besar, barulah kita nampak, sebesar mana usaha yang perlu kita berikan.

 

Ini bukan angan-angan Mat Jenin. Ini angan-angan yang disertai dengan usaha yang menuju kearahnya.

 

Untuk hasilkan blog berkonsepkan travel yang terbaik, dah tentu saya akan perlukan kamera yang bagus juga. Ada rezeki lebih, In Shaa Allah nak dapatkan kamera macam ni.

 

Basically, kamera ini saya suka sebab

  1. Saiznya yang kecil
  2. Kualiti gambar yang baik

 

Next time, kalau ada program macam ni lagi, In Shaa Allah saya akan join lagi.

 

 

 

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: lazada online revolution, lazada workshop, online revolution 2017

Top Posts & Pages

  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer
    Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in