Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

June 21, 2018 by Sabree Hussin 1 Comment

Orang kerja sendiri kena tetapkan sendiri berapa gaji yang dimahukan

Ini satu kelebihan yang terdapat pada individu yang bekerja sendiri. Orang lain, bila kita kata bab gaji, kebanyakkan gaji dah ditetapkan oleh majikan.

 

Sama ada mereka usaha lebih, usaha kurang, mengelat, ponteng kerja, gaji tetap sama. Kalau dah dalam kontrak kata, gaji RM2,000 sebulan, maka itulah dia pendapatan yang bakal diperolehi.

 

Tetapi, orang kerja sendiri ni special. Berapa yang dia nak, dia sendiri tentukan. Kalau rasa bulan tu nak dapat banyak income, maka kenalah buat kerja banyak-banyak. Kalau kerja melibatkan aktiviti jualan, kenalah dapatkan seberapa banyak jualan yang boleh.

 

Perkara yang menjadi keistimewaan ini juga, boleh jadi satu kekurangan.

bina-laman-web-perniagaan

Andai kata tersilap percaturan, silap-silap haribulan… tak makan. Langsung tak ada pendapatan yang masuk. Ataupun kalau ada income sekalipun, jumlahnya hanya cukup-cukup makan atau lebih buruk lagi, langsung tak cukup!

 

Bayangkan begini, biasanya kita memang tak merancang untuk jatuh sakit atau ditimpa kemalangan. Kita yakin, yang kita boleh bekerja macam biasa setiap hari. Tapi, entah macam mana, satu hari kita jatuh sakit.

 

Kita tak mampu nak bekerja seperti kebiasaannya.

 

Habislah… bila dah tak buat kerja langsung, macam mana pendapatan nak dihasilkan? Dekat sini kita boleh nampak, orang yang kerja makan gaji, ada kelebihannya.

 

Mereka ada cuti khas jika sakit. Ala… yang orang selalu panggil MC tu. Walaupun mereka sedang bercuti dan diberi rehat, gaji mereka tetap berjalan macam biasa.

 

 

Apa yang orang kerja sendiri perlu lakukan?

Kena bersiap sedia.

 

Siap sedia untuk hadapi segala macam kemungkinan. Apa yang bakal kita lalui, tak semuanya indah. Bersedia untuk hadapi kemungkinan yang paling buruk dan pada masa yang sama, kita kena selalu berfikiran positif dan mengharapkan hanya yang terbaik bakal kita lalui.

 

Dari segi persediaan, apabila ada duit lebih, kena selalu buat investment yang boleh memberikan pendapatan pasif. Robert Kiyosaki kata, apabila pendapatan pasif kita lebih besar daripada liabiliti dan komitmen kita, maka kita telah mencapai tahap bebas kewangan.

 

Itulah yang saya lakukan sekarang ni. Saya buat investment.

 

 

Cuma nak laburkan duit, untuk jadikan lebih banyak duit, saya belum ada kemampuan lagi. Daripada langsung tak buat apa-apa, saya laburkan tenaga dan masa yang saya ada, untuk cipta pendapatan pasif saya sendiri.

 

Sekarang ini, website-website yang saya ada ini, itulah sumber pendapatan aktif dan pasif yang saya ada.

share-link-dapat-duit-dari-lazada

Saya sertai program affiliate yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia. Apa yang saya buat, saya hanyalah update blog macam biasa dengan cerita-cerita yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan dalam blog.

 

Bila sampai masa, saya tengok ada komisen yang terjana, yang tunggu masa untuk masuk sendiri. Ada komisen yang terhasil, adalah berpunca daripada artikel-artikel sebelum ini, yang pernah saya tulis.

 

Kita sambut hari Raya pada 15hb. Sehari sebelum raya, dan sehari selepas raya, mana saya ada masa nak buka blog, tapi Alhamdulillah… ada komisen yang terjana.

 

Itu yang buat saya makin semangat nak buat kerja ni betul-betul.

 

Pendapatan yang terhasil, daripada laman web, ia bermula sebagai pendapatan aktif. Pada peringkat permulaan, memang kena buat macam-macam kerja, kena konsisten masukkan konten dalam laman web tersebut.

 

Tapi benda tu sementara sahaja. Bila laman web tersebut mula menerima kunjungan dari pengguna internet, waktu tu, ia akan mula memberi hasil dan lama-kelamaan, pendapatan akan terus dihasilkan walaupun pada waktu tu dah jarang masukkan konten yang baru.

 

Teknik yang saya gunakan ini, lebih kepada teknik blogging.

 

Saya tak bina laman web berkonsepkan e-commerce, walaupun saya tahu, laman web ecommerce juga boleh hasilkan pendapatan. Kalau tidak, tak kan Lazada boleh terus berkembang maju sampai sekarang ini, kan.

 

Orang yang merancang nak kerja sendiri, kena bijak mengatur strategi dan kena tahu, berapa pendapatan yang perlu dihasilkan setiap bulan.

 

Kalau nak pendapatan RM10,000 setiap bulan, kenalah bekerja seperti orang yang memang nak capai pendapatan tersebut.

Kalau nak pendapatan RM2,000 usahalah sama seperti orang yang dibayar gaji RM2,000 bekerja.

 

Tapi kalau langsung tak tetapkan sebarang target… silap-silap nanti, langsung tak ada income.

 

 

Filed Under: Personal Tagged With: kerja sendiri, kerja sendiri dari rumah, orang kerja sendiri

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
    Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara kerja seorang Internet Marketer
    Cara kerja seorang Internet Marketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in