Teknik SEO adalah teknik yang WAJIB TAHU dan wajib dikuasai oleh mereka-mereka yang berani memasang niat untuk buat duit dengan blog.
Saya nak mulakan berbincangan kali ini dengan menyentuh topik yang jarang dibincangkan iaitu tentang channel.
“Adakah anda berminat nak buat duit menerusi bantuan internet hanya dengan semudah 0nline sahaja setiap hari?”
YA SAYA NAK. Kalaulah soalan ini ditujukan kepada saya, dah tentulah saya akan jawab yang saya nak. Siapa yang tak nak, buat duit dengan cara ni? Pada hari ini, hampir semua orang ada sambungan internet. Ada yang kena bayar servis internet sebagai komitmen bulanan, dan siapa yang bernasib baik, mereka ada yang dapat internet secara percuma sebab tinggal dikawasan yang diliputi dengan jaringan wifi. Cuma siapa yang dapat wifi ni, mungkin kelajuannya tidaklah begitu boleh diharapkan.
Untuk buat duit secara online, anda perlu faham tentang konsep channel. Channel ini sebenarnya merujuk kepada platform ataupun cara bagaimana duit yang anda ingin jana itu dihasilkan. Kita boleh juga berikan analogi seperti pintu masuk bagaimana dari pintu ini, duit masuk dan kemudian berhenti di akaun bank anda.
Lain orang lain channel kegemaran dia. Ada yang buat duit dengan bantuan channel
1. Blog
2. Facebook
3. Instagram
4. Twitter
5. LinkedIn
6. Email
7. Youtube
8. … dan banyak lagi (maaf saya agak malas nak senaraikan satu per satu. Lain kali ye)
Setiap channel ini, ANDA BOLEH BUAT DUIT. Pilih je mana-mana satu channel yang berkenan dihati dan setiap satu channel ini memang TERBUKTI boleh bantu anda buat duit.
Walaubagaimanapun, ianya mungkin tak semudah yang disangkakan. Setiap satu channel mempunyai game plan ataupun peraturannya yang tersendiri. Untuk memastikan anda benar-benar berjaya buat duit, ada peraturan yang perlu anda patuhi.
Dalam post kali ini, saya hanya akan bincangkan tentang channel blog. Jangan risau, sebabnya channel lain pun saya akan kongsikan juga, cuma not now ok. Jika anda berhasrat untuk buat duit menerusi channel blog, maka tak boleh tidak, anda kena ada serba sedikit pengetahuan tentang apa itu teknik SEO?
Untuk memberi serba sedikit penjelasan tentang apa itu teknik SEO, atau teknik Search Engine Optimization, ada baiknya saya mulakan dengan berkongsi serba sedikit mengenai apa sebenarnya Fungsi Search Engine Optimization ini. Sila lihat paparan screenshot dibawah ini
Paparan ini adalah hasil carian bagi kata kunci “Servis Advertorial” dan ini adalah hasil carian yang terpapar di muka surat pertama enjin carian google. Bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah itu pula adalah laman web yang saya bangunkan dan yang telah saya optimasikan dengan teknik SEO.
Apa yang anda sedang lihat ini ialah HASIL ataupun KESAN penggunaan teknik SEO. Tujuan kita mengaplikasikan teknik SEO dalam penulisan blog adalah untuk memastikan sesebuah laman web, atau sesebuah artikel yang kita siarkan dapat masuk ke muka surat pertama enjin carian untuk kata kunci tertentu.
Dalam senario yang saya tunjukkan di atas ini ialah, saya sedang mengoptimasikan laman web saya, iaitu laman web servis advertorial 5 dengan kata kunci “servis advertorial” supaya apabila ada pengguna internet membuat carian kata kunci servis advertorial, mereka akan temui laman web saya.
Kenapa saya mahu mereka temui laman web saya?
Mudah sahaja. Laman web tersebut saya gunakan untuk mempromsikan servis advertorial yang saya sediakan. Usahawan online mahupun offline yang berminat boleh dapatkan servis penulisan artikel dari saya, dengan harga yang berpatutan. Jadi, lebih banyak orang temui laman web saya, maka lagi tinggilah potensi pendapatan yang dapat saya hasilkan.
Baiklah, ini kisahnya jika anda mahu gunakan blog sebagai channel untuk membantu anda buat duit secara online. Salah satu kemahiran yang anda wajib ada adalah berkenaan dengan teknik SEO. Sebenarnya, saya pernah menulis tentang Teknik SEO untuk blog sebelum ini.
Info dalamnya masih lagi relevan hingga ke hari ni, dan saya sendiri masih lagi mempraktikkan peraturan-peraturan SEO dalam penulisan saya. Alhamdulillah, hasilnya kebanyakkan laman web yang saya memang bersungguh-sungguh nak ia masuk ke page pertama google ia berjaya mencapai sasarannya.
Jika anda adalah seorang blogger, dan sampai ke saat ini, masih lagi tak tau tentang Teknik SEO dan sebagainya, saya syorkan anda untuk baca perkongsian saya yang sebelum ini.