Baru-baru ini saya ada menerima pertanyaan dari salah seorang pembaca blog saya yang bertanya tentang panduan Bisnes Shopee yang saya pernah tulis sebelum ini.
Apa yang dia nak tahu ialah, adakah panduan Bisnes Shopee ini mampu membantu beliau untuk naikkan sales kedai shopee miliknya. Bila saya selidik, rupa-rupanya orang yang bertanya ini memang sudah ada kedai di Shopee dan sudah ada pengalaman menjual menerusi platform tersebut.
Soalan dia memang nampak mudah, iaitu adakah panduan bisnes Shopee boleh bantu dia naikkan jualan ataupun tidak. Tapi sebenarnya jawapan bagi pertanyaan tersebut tidaklah semudah ya ataupun tidak.
Tiada sebarang jaminan bahawa beliau akan berjaya naikkan jualan hanya dengan memuat turun panduan shopee. Setidak-tidaknya dia perlu study dulu dan mula mempraktikkan apa yang terkandung dalam panduan itu.
Actually dekat luar sana ada banyak so called guru ataupun sifu yang menawarkan panduan dan ada yang membuka kelas untuk mengajar orang ramai menjadi salah seorang usahawan Shopee.
In fact kalau anda buka facebook, mungkin anda juga akan terjumpa banyak iklan-iklan yang mengajar cara-cara untuk jadi seorang usahawan berjaya di Shopee. Cuma akhirnya terpulang pada anda, nak belajar dari siapa.