Kadang-kadang saya berfikir sendiri… kenapalah agaknya orang suka untuk buat pemasaran menggunakan media sosial? Adakah sebab ianya benar-benar convert kepada sales ataupun sebab buat pemasaran di media sosial ni lebih relaks dan menyeronokkan?
Bermula dengan kita Log in ke akaun media sosial. Sedar-sedar je, 1 jam dah berlalu tanpa kita siapkan walaupun satu kerja sekalipun. Ada tak yang pernah lalui pengalaman macam ni?
Jujurnya, saya dah banyak kali lalui pengalaman yang macam ni, hinggalah saya ambil keputusan yang drastik, untuk mengurangkan penglibatan saya dalam mana-mana akaun media sosial.
Tiba-tiba satu hari tu, saya dapat satu berita, ada satu lagi platform media sosial yang muncul yang turut memberi impak yang bagus jika kita nak buat marketing menggunakan platform media sosial tersebut.
Instagram. Sebelah ni pula adalah panduan pemasaran Instagram berjudul Instagram Kaboom yang anda patut lihat dan baca terlebih dahulu sebelum anda buat keputusan untuk lakukan aktiviti pemasaran di Instagram.
Dengan adanya panduan ini, anda tak akan teraba-raba sendirian mahupun terpaksa berteka-teka, teknik yang bagaimanakah yang patut dilakukan bagi menghasilkan kempen pemasaran instagram yang berkesan?
Apa pun platformnya, untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang dalam mana-mana platform media sosial, ada sekurang-kurangnya 3 perkara yang perlu anda jadikan keutamaan.
Ya… tiga perkara ini juga terpakai untuk mereka yang ingin menjadikan facebook ataupun blog sebagai medium perantaraan untuk anda memasarkan produk ataupun perkhidmatan anda.
(1) Jadi seorang yang aktif
Tak ada siapa yang akan follow individu yang setakat post dua gambar, kemudian langsung dah tak pernah log in ke akaun Instagram miliknya langsung. Pemasaran di Instagram bukan begitu pendekatannya.
Ia memerlukan kerja keras, dan tak salah kalau saya katakan, ia memerlukan satu action plan terancang, barulah anda berpeluang untuk nampak hasilnya.
Pengikut anda di Instagram mengharapkan supaya anda menjadi seorang yang aktif. Aktif bersosial. Aktif memberi komen. Aktif like. Aktif menghasilkan konten-konten terbaru.
(2) Kongsikan konten dan perkongsian yang menarik
Aha… sebelum ni saya ada sebutkan mengenai konten yang menarik. “Bagaimana nak hasilkan konten yang menarik di Instagram?”
Senang ke nak buat konten yang menarik ni?
Ianya sangat bersifat SUBJEKTIF. Menarik bagi individu A, tak bermakna ia menarik bagi individu B. Dalam konteks nak hasilkan perkongsian konten yang menarik ni, saya syorkan anda follow pada tema ataupun bidang, ataupun niche yang anda ingin ceburi mahupun terokai.
Jika anda terlibat dalam niche pelancongan misalnya, dan anda ingin mempromosikan laman web pelancongan Trivago Malaysia misalnya, stay pada topik tersebut semata-mata. Fokus pada satu topik tersebut dan lihat perkembangan seterusnya.
Jika anda dapati, dengan memberi fokus pada satu topik, satu hari nanti anda memperolehi pengikut yang ramai, bermakna topik tersebut sangatlah menarik untuk sekumpulan orang.
(3) Sentiasa menambah kenalan dan follow individu ataupun jenama yang mempunyai ramai pengikut
Ini resepi kejayaan dalam ber-Instagram. Malahan bukan dalam berinstagram semata-mata. Kalau anda menggunakan lain-lain media sosial pun sama juga. Kena banyakkan pengikut, banyakkan subscriber, banyakkan likes, banyakkan follower dan sebagainya.
Mereka inilah yang akan jadi sumber kewangan anda. Duit bukannya tiba-tiba datang dari mana-mana server atau datang dari mana-mana software yang kita pasang. Bukan begitu. Sebaliknya, ia akan datang daripada pengikut dan peminat setia.
Tahukah anda, niche kesihatan seperti “kuruskan badan” adalah niche yang sangat kompetitif. Orang sanggup bayar beribu-ribu ringgit semata-mata untuk kurus dan kalau boleh nak kurus dalam masa yang cepat dan pada masa yang sama, mereka tak sanggup nak lakukan senaman yang berat-berat.
Jadi sekarang, bagaimana kalau anda mempunyai pengikut yang ramai yang mengikuti anda di Instagram, dan pada masa yang sama, pengikut anda adalah dalam kategori mereka-mereka yang tak kisah untuk belanjakan duit?
Wah… ini dah macam kita temui lombong emas dah ni!
Apa pun, setiap platform ada cara tersendiri untuk kita gunakan sebagai medium pemasaran. Begitu juga dengan Instagram.
Jadi, untuk anda yang mungkin berminat nak mendalami topik ni, bolehlah download dan baca panduan Instagram kaboom ini. Moga-moga bermanfaat untuk anda!