“Adakah peluang kerja (job) sentiasa ada kalau saya nak bekerja dari rumah dengan mempelajari panduan yang disediakan oleh pihak Jobdirumah? Kalau job tak ada macam mana?”
Terlintas pertanyaan tu di fikiran? Saya pun pernah terfikirkan benda yang sama. Apa tidaknya, nak join Jobdirumah dan belajar cara-cara bekerja dari rumah bukannya percuma. Ada yuran yang kena dibayar. Bukannya tak mampu, cuma tak naklah membayar untuk sesuatu yang sudahnya kita tak perlukan.
Apa-apahal, sebelum nak buat sebarang pelaburan (dalam situasi ini pelaburan terhadap ilmu) kita kena lihat, bagaimana pelaburan yang bakal dibuat tu akan beri kita pulangan modal dan jana keuntungan.
Rasanya tak ada lagi orang yang melabur saja-saja dan bukannya sebab nak untung. Betul kan? Jadi, kalau pada hari ini, anda buat bayaran sebanyak RM50 untuk sertai sebagai ahli di laman web Jobdirumah, pastinya anda nak tau macam mana anda nak buat untung, atau sekurang-kurangnya pulang modal. Betul?
Kalau matlamat sekadar nak pulang modal, sebenarnya tak begitu susah. Lepas dah join, baca semua panduan yang disediakan, tonton semua video, kemudian terus daftar sebagai ejen affiliate Jobdirumah.
Target untuk dapatkan dua sales sahaja. Voila… anda dah berjaya pulang modal. Satu sales, anda akan dibayar komisyen sebanyak RM25. Dalam situasi ini, kita manfaatkan kuasa affiliate. Buatlah promosi dengan sehabis baik. Dalam masa 30 hari, jika anda betul-betul fokus dan konsisten untuk buat marketing, In Shaa Allah, sekadar nak dapatkan dua sales bukannya satu perkara yang mustahil.
Tetapi matlamat utama kita adalah nak bekerja. Bukannya join Jobdirumah sebab nak buat affiliate, kan? Lainlah saya, saya jenis yang tak kisah. Mana yang datang dulu, itu yang saya akan pulun. Tak kisah pun sama ada duit tu datangnya daripada menyiapkan job yang diminta oleh klien mahupun upah kerana mempromosikan panduan ini.
Mana-mana yang boleh buat duit, itu saya akan buat.
Berita baik untuk anda, yang memang nak fokus pada menyiapkan kerja-kerja dalam talian sahaja. Saya andaikan yang anda memang tak nak terlibat langsung dengan kerja-kerja promosi. Baiklah, ni nak cerita kat anda ni. Kat bawah ni adalah contoh-contoh kerja yang biasanya SENTIASA ADA dan boleh dimohon.
Persoalannya ialah, mampukah anda untuk menyelesaikan tugasan-tugasan ni?
Nampak macam senang ke? Oh nanti dulu. Saya bukan nak takut-takutkan anda. Sebaliknya, saya nak bawa anda ke alam realiti, sebelum anda berangan-angan kosong ya. Saya nak ambil contoh kerja yang kononnya paling mudah, iaitu Data Entry (Online data collect).
Kerja data entry ni ada pelbagai. Walaupun kategori kerja dia sama, iaitu data entry, namun keperluan setiap majikan adalah berbeza-beza. Apa yang saya perhatikan, kerja-kerja data entry sekarang ni kebanyakkannya digabungkan sekali dengan kerja-kerja online research.
Kiranya kerja ini adalah dua kerja dalam satu. Ada satu majikan yang saya pernah jumpa, dia nak kita buat carian menggunakan enjin carian sama ada google, yahoo atau Bing dan dapatkan info-info tentang senarai kolej yang terdapat di kawasan tertentu. Contohnya, kita kena cari senarai kolej di San Francisco.
Bila kita dah jumpa senarai kolej tu, kita kena kaji laman web setiap kolej satu per satu. Antara data yang diperlukan adalah seperti
(1) Kursus yang ditawarkan
(2) Tempoh masa pembelajaran
(3) Bila waktu cuti
… dan sebagainya.
Memanglah tak semua job data entry bersifat atau berbentuk seperti ini, namun kebanyakkannya begini. Lagi satu, anda juga perlukan kefahaman yang baik dalam bahasa Inggeris dan juga perlu mempunyai penguasaan yang baik dalam sistem komputer. Saya percaya, bila anda baca laman web Jobdirumah ni, anda akan dapati, dua kriteria ini sangat ditekankan oleh mereka sekiranya anda betul-betul serius nak buat duit sebagai pekerja bebas.
Kesimpulannya…
Job memang sentiasa ada banyak. Sama ada kita mampu nak buat atau tidak. Itu sahaja. Just because saya kata saya tak mampu buat, tak bermakna anda juga tak akan mampu buat. Begitu juga sebaliknya. Kalau saya kata kerja kat situ semua senang-senang, ianya juga bersifat subjektif. Senang bagi saya, belum tentu senang juga bagi anda, kan.
Apa pun, tak salah mencuba. Boleh dapat pengalaman dan belajar sesuatu yang baru. Muat turun Panduan Jobdirumah ni kat sini.