Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

September 4, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Halal atau Haram pendapatan yang kita perolehi setiap bulan?

Saya teringat pengalaman saya satu ketika dulu, sewaktu saya masih baru mengikuti kelas untuk menjadi ejen bagi syarikat takaful. Dalam kelas ni, macam-macam perkara yang diajarkan. Daripada pengetahuan tentang produk, pengetahuan tentang pasaran, kerenah pelanggan hinggalah teknik-teknik pemasaran.

 

Pada satu hari, salah seorang penceramah menutup kelas dengan mengutarakan satu persoalan yang sampai sekarang saya masih ingat lagi. Walaupun pada waktu ini saya dah tak lagi terlibat secara aktif sebagai ejen takaful.

 

Tuan-tuan dan puan-puan, adakah pendapatan yang kita jana, pendapatan yang masuk ke dalam poket kita, yang masuk ke dalam akaun bank kita selama ini, adakah ianya HALAL? … atau sebenarnya ianya adalah pendapatan yang HARAM?

 

Saya terkejut!

 

Wah… selama ni, tak ada siapa yang pernah tanyakan pada saya soalan yang macam ni. Saya sedia maklum, kalau pendapatan yang haram ini adalah seperti pendapatan yang diperolehi hasil daripada kerja-kerja penipuan, mencuri, rasuah, dan sebagainya.

 

Saya tertanya-tanya sendiri, “ada benda lain ke yang saya dah terlepas pandang sebenarnya ni?”

 

buku-wang-anda-dan-islam

Kemudian si penceramah itu tadi mengangkat tangan sambil menunjukkan buku ini. Buku ini berjudul

 

Wang, Anda & Islam “Halal dan Haram Dalam Kewangan dan Perbankan”

 

Kata beliau lagi, “sebagai ejen takaful, kita sebenarnya bukan sekadar menjual produk semata-mata. Sebaliknya kita semua ada tanggungjawab yang sangat berat!”

 

Ok… saya tertanya-tanya jugak. Apa benda yang dimaksudkan dengan tugas yang sangat berat tu. Kemudian beliau menyambung semula penerangannya.

 

“Kita semua mempunyai tanggungjawab yang sangat berat, untuk menyelamatkan umat Islam yang ada di Malaysia terutamanya, yang selama ini dah terlanjur mencarum dalam pelan insurans konvensional. Pelan insurans konvensional ni kita sedia maklum, ianya tercemar dengan unsur-unsur yang di haramkan oleh syarak seperti riba, gharar (ketidaktentuan) dan maisir (perjudian).”

 

Pada masa tu saya mendengar dengan penuh minat. Saya setuju dengan setiap yang dikatakan oleh penceramah tu.

 

“Bukan mudah untuk kita menyakinkan orang yang dah bertahun-tahun mencarum dalam pelan insurans konvensional. Ada banyak perkara yang akan bermain dalam fikirannya. Pertama, dah banyak duit yang telah dilaburkan atau dikeluarkan untuk kekal dilindungi dan kedua, tabungannya juga dah banyak. Jadi, kalau dilihat dari segi untung rugi, dalam konteks pendapatan memang dia akan rugi kalau bertukar ke pelan takaful dan mula semula dari bawah. Tapi, kalau dilihat dari segi untung rugi mengikut syariat agama, sebenarnya dia adalah orang yang beruntung.”

 

Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala.

 

“Jadi, ini merupakan tanggungjawab anda semua. Ini tugas yang berat. Anda perlukan Ilmu untuk buat semua benda ini. Jadi, buku ini, yang bertajuk Wang, Anda dan Islam karangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman ni adalah satu panduan yang bagus untuk menambahkan pengetahuan anda semua dalam aspek halal dan haram dalam sistem kewangan dan perbankan. Sambil kita berniaga, sambil tu kita berdakwah ya…”

 

Habis je kelas tu, saya terus ke kedai buku paling hampir dengan saya. Dari satu kedai ke satu kedai saya pergi. Kecewa jugak sebab buku ni tak ada dijual.

 

Kemudian saya ke MPH Bookstore pula.

 

Jumpa!

 

Pada waktu saya beli, harganya ialah RM39.90

 

Lebih kurang RM40 untuk satu buku. Sebagai seorang yang memang tak banyak duit, memang agak sukar saya nak terus beli. Saya fikir dalam-dalam…. akhirnya saya beli jugak.

 

Terbukti, buku ini sememangnya banyak beri manfaat kepada saya.

 

Jadi, sekiranya anda juga adalah seorang ejen takaful, ejen unit trust islamic, atau seorang ejen yang menjual sebarang produk kewangan berlandaskan syariah, saya amat mengesyorkan anda baca buku Wang, Anda dan Islam ni.

 

Sekiranya anda adalah seorang ejen online untuk produk SSPN-i Plus juga anda patut baca buku ini. Buku ini adalah untuk semua orang yang ada pendapatan sendiri, yang mementingkan soal halal dan haram dalam pendapatan yang dihasilkan.

 

Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

 

 

Filed Under: Personal Tagged With: buku ustaz zaharuddin, buku wang anda dan islam, pendapatan halal, pendapatan haram, review buku wang anda dan islam

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Kerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duit
    Kerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duit
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Pengalaman camping dalam hutan lipur dan glamping di dalam dusun
    Pengalaman camping dalam hutan lipur dan glamping di dalam dusun
  • Bisnes runcit tapi pelanggan peringkat Antarabangsa
    Bisnes runcit tapi pelanggan peringkat Antarabangsa
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Akaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes online
    Akaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes online

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2019 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut