Boleh ke nak buat duit dengan program affiliate? Jawapan mudahnya ialah, sudah tentu boleh.
Menerusi program affiliate, anda sememangnya boleh hasilkan pendapatan. Sama ada banyak atau sikit, konsisten atau tidak, semuanya bergantung kepada macam-macam faktor.
Salah satu faktornya adalah cara anda melakukan kerja-kerja pemasaran. Sesetengah orang ada yang memberi gambaran bahawa nak buat duit dengan program affiliate ini sangatlah mudah.
Bukan sahaja nampak mudah, malahan mereka cuba tonjolkan seolah-olah pendapatan daripada program ini boleh diperolehi dalam masa yang cepat.
Maka ramailah yang terpikat untuk cuba nasib dalam program ini. Rupa-rupanya, ada udang disebalik batu. Kalau anda nak tahu macam mana nak buat duit pantas melalui affiliate, anda kenalah daftar masuk dalam kelas dan seminar berbayar yang dia anjurkan terlebih dulu.
Saya tak nafikan, memang ada cara yang cepat untuk buat duit dengan affiliate. Pada masa yang sama, terdapat juga cara yang lambat.
Ok saya cerita dulu tentang cara cepat.