Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

August 22, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Program buat duit eRezeki dan program affiliate Involve Asia

Kisah ni, sebenarnya adalah lanjutan bagi artikel saya sebelum ini. Kalau belum baca artikel sebelum ni, mungkin anda susah nak faham apa yang bakal saya sampaikan dalam posting pada kali ini.

 

Jadi, silakanlah baca dulu >> Apa beza antara eRezeki dengan Program Jobdirumah

penerangan-tentang-jobdirumah

Antara erezeki dengan Jobdirumah, saya lebih suka program Jobdirumah ni. Sebabnya? Dari program jobdirumah ini, saya dah pun hasilkan pendapatan beberapa ribu ringgit, sedangkan kalau dari erezeki, pendapatan yang saya telah hasilkan cuma belasan ringgit.

 

Apapun, ini semua kan rezeki.

 

Mungkin rezeki saya kat Jobdirumah. Rezeki anda? Siapa yang tahu. Jadi silakanlah join kedua-duanya kalau anda mampu, atau kalau cuma nak mencuba (mana tahu ada rezeki) joinlah program erezeki ni.

 

Lagipun program erezeki ni percuma sahaja dan ia diwujudkan bagi membantu individu biasa macam kita untuk jana pendapatan menerusi ekonomi digital.

 

Pada bahagian member area, setelah anda login, anda boleh lihat senarai Available Jobs.

Screenshot diatas ini, saya ambil dari member area program erezeki.

 

Senarai program dalam kategori “Available Jobs” ini boleh saya katakan adalah kerja yang tak akan habis. Kalau sebelum ini, kerja yang ada agak terhad, namun dengan adanya konsep kerja yang mengguna pakai konsep pemasaran affiliate dan juga dropship seperti yang anda boleh lihat pada senarai diatas, menjadikan portal erezeki ini sentiasa ada job kosong.

 

Cuma mungkin bagi mereka yang tak berapa minat kerja dalam bidang jualan, akan merasakan peluang kerja seperti ini agak susah.

 

Anda hanya akan dibayar apabila berjaya hasilkan jualan, dan bukannya dibayar kerana bekerja.

 

Sesetengah individu lebih suka dibayar apabila melakukan sesuatu kerja. Individu seperti ini lebih sesuai kerja dengan majikan.

 

Ada juga sesetengah orang, lebih suka dibayar berdasarkan prestasi dan berapa banyak jualan yang berjaya dihasilkan. Ini mungkin kerana dia sedar bahawa pendapatan dalam bidang jualan adalah sangat banyak dan tiada had.

 

Sekiranya anda tergolong dalam kelompok yang suka bekerja dalam bidang jualan, maka mungkin saya boleh cadangkan untuk anda daftar juga dengan syarikat Involve Asia.

Menerusi program yang ditawarkan oleh pihak Involve Asia ini, anda boleh promosikan banyak lagi produk dan juga servis dari macam-macam syarikat.

 

Antara syarikat popular yang turut menawarkan program affiliate menerusi Involve Asia adalah seperti Lazada, Zalora, Malaysia Airlines, Trivago, Hotels.com dan banyak lagi.

 

Jika dibandingkan dengan program affiliate yang anda boleh sertai menerusi erezeki, sudah tentu program affiliate yang ditawarkan oleh Involve Asia nyata lebih banyak.

 

Ini bermakna, peluang untuk buat duit juga akan makin besar.

 

Ok.

 

Jadi, yang dah daftar dengan erezeki tu, kalau nak promosikan lebih banyak produk atau servis menerusi program affiliate, bolehlah cepat-cepat daftar dengan pihak Involve Asia.

 

Mungkin lepas ni, rezeki anda akan makin bertambah banyak kan. Siapa yang tahu? Klik sini untuk daftar percuma dengan Involve Asia.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: alternatif buat duit dengan erezeki, buat duit dengan erezeki, program erezeki, program involve asia

August 21, 2017 by Sabree Hussin 1 Comment

Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?

Saya dah agak lama tak bercerita tentang program eRezeki dalam blog ni atau mana-mana blog yang saya tulis. Salah satu sebabnya ialah, saya memang dah agak lama tak log in ke member area eRezeki tu.

 

Kali pertama dan kali terakhir saya dapat bayaran upah daripada bekerja dengan eRezeki ni pun adalah pada tahun 2016.

buat-duit-dengan-erezeki

Atas ini adalah bukti bayaran upah yang saya pernah terima dari pihak eRezeki. Jumlahnya adalah sebanyak RM14.62

 

Untuk dapat upah seperti tu, saya buat kerja-kerja seperti

(1) Picture Moderation

Dalam kerja ini, saya akan diberikan pelbagai jenis gambar dan saya perlu letakkan gambar tersebut mengikut kategori yang betul. Jika ada gambar yang melanggar peraturan ataupun tak sesuai untuk digunakan bagi tatapan umum, saya perlu report gambar tersebut.

Biasanya kerja-kerja job moderation ini adalah dari syarikat yang mempunyai laman web ecommerce.

 

(2) Kerja data entry

Ya, kerja data entry pun ada juga. Kerjanya agak leceh dan setiap tugasan data entry adalah berbeza-beza. Lagi satu, kerja data entry ni juga digabungkan dengan kerja data mining. Bagi yang tak biasa dengan istilah-istilah ni, data mining tu maksudnya kita cari data yang diperlukan di internet.

Kena tahu guna google, tahu baca laman web dan sebagainya.

 

(3) Social media moderation 

Dalam kerja ini, saya perlu semak posting yang dilakukan oleh pengguna akaun media sosial di twitter. Kena semak sama ada posting tersebut ada kaitan dengan syarikat tertentu atau tidak.

 

Tiga kerja diatas ni adalah antara kerja yang saya buat. Ada juga kerja-kerja lain, tapi saya tak dapat job yang berbayar. Pada waktu saya join, iaitu sekitar tahun 2016, sebelum kita layak untuk dapat job yang berbayar, saya perlu buat dulu tugasan dalam kategori qualification task.

Hanya apabila kita layak atau lulus ujian atau task tertentu, barulah kita akan dapat akses kepada job berbayar.

 

Fair enough.

 

Sudah tentulah pihak admin hanya mahukan pekerja yang betul-betul layak sahaja. Dalam program eRezeki ini, kita dibayar upah untuk bekerja dan hasilkan kerja yang betul-betul ada kualiti serta menepati kriteria yang dimahukan.

 

Ini bukannya program untuk agih-agihkan duit sesama ahli, walaupun orang tersebut sebenarnya tak layak pun untuk buat kerja tertentu.

 

Maka, pada pandangan saya, bukan semua orang layak atau mampu buat duit dengan program eRezeki ini.

 

Setidak-tidaknya, anda perlu ada skill tertentu untuk bekerja dengan eRezeki. Apa skilnya? Pada asasnya, anda perlu ada kemahiran

  1. Kemahiran menggunakan komputer
  2. Boleh berbahasa Inggeris
  3. FAHAM bahasa inggeris
  4. Tahu guna perisian-perisian tertentu seperti microsoft office
  5. Tahu guna internet untuk cari maklumat
  6. Tahu guna akaun social media
  7. … dan lain-lain

 

Saya syorkan anda join je dulu eRezeki ni dan kemudian di member area, anda lihat apa kerja yang available. Lepas tu, anda nilaikan la sendiri, sama ada anda mampu atau tidak nak laksanakan kerja-kerja tersebut.

 

Dari segi kadar upah, ianya berbeza mengikut kerja yang ditawarkan. Bagi kerja-kerja yang simple sahaja, upahnya adalah dalam kadar sen-sen sahaja.

 

Pada waktu saya join program ini, saya juga ada join program lain, dan program tersebut adalah program latihan Jobdirumah.

 

Sebenarnya lebih tepat lagi, saya join program Jobdirumah dulu barulah saya join eRezeki. 

penerangan-tentang-jobdirumah

 

Kiranya, saya join eRezeki sebab nak tambahkan lagi sumber pendapatan. Sebelum ni, saya pun memang dah buat kerja-kerja freelance, dan jujur saya katakan, apa yang ditawarkan oleh eRezeki sememangnya benda yang lebih kurang sama dengan apa yang saya buat selama ni.

 

Selepas berjaya dapat bayaran upah yang pertama dari eRezeki, dengan jumlah yang begitu rendah, iaitu RM14.62, saya terus stop buat kerja di eRezeki dan fokus kat benda lain.

 

Saya ada projek lain yang boleh bagi pendapatan yang lebih banyak, buat apa saya nak buang masa saya untuk buat kerja yang bayarannya cuma sen-sen je. Tak berapa cerdik la kan, kalau tinggalkan kerja yang boleh bagi upah yang mahal semata-mata sebab nak kejar upah yang kecik.

 

Ok. Itu kisah dari pengalaman saya tahun 2016. Sekarang ni, di tahun 2017 ni, saya dapati ada perubahan atau evolusi pada platform eRezeki.

kerja-dari-rumah-dengan-erezeki

Memandangkan penyertaan ke program ini adalah percuma sahaja, jadi saya syorkan anda pun join.

 

Walaupun saya cuma dapat beberapa belas ringgit sahaja dari program ini, tak bermakna anda tak boleh dapat lebih banyak dari saya.

 

Semuanya bergantung kepada usaha dan rezeki. Kalau usaha anda lebih banyak dari saya, saya percaya anda juga akan dapat lebih banyak upah, dan satu lagi atas faktor rezeki. Kalau kebetulan kerja kosong ada banyak, boleh la anda apply dan buat kerja-kerja tersebut.

 

Masa saya join sebelum ni, kerja agak terhad. Mungkin sebab pada waktu tu, ada ramai lagi ahli lain yang turut berebut nak dapatkan kerja yang sama.

 

Selain itu, dari segi paparan interface juga dah banyak perubahan. Kali ini nampak lebih cantik dan teratur.

kerja-apa-dalam-erezeki

Atas ni pula adalah antara contoh kerja yang kita boleh buat dalam program ini. Lebih kurang sama macam yang saya ceritakan sebelum ni kan.

 

Ada dua perkara yang menarik perhatian saya pada platform erezeki ini.

 

Pertama, sekarang ni eRezeki juga mula meluaskan lagi jenis kerja kepada kerja-kerja berbentuk Program Affiliate dan juga Program Dropship. 

Lihat pada senarai kat atas ni. Baru tadi saya buat semakan, dan saya dapati Job daripada Kumoten adalah program dropship manakala job dari BolehCompare pula adalah program affiliate.

 

Dalam dua-dua jenis program ni, iaitu program affiliate dan juga program dropship, upah atau imbuhan adalah dalam bentuk komisen. Mungkin satu hari nanti pihak eRezeki akan jalankan training macam mana nak buat duit dalam bidang jualan pula.

 

Mungkin juga training ni dah ada, cuma saya je yang tak tau. Apa pun, silalah rujuk ke web rasmi mereka untuk sebarang perkembangan terkini.

 

Jangan cuma baca blog ni, sebab saya bukannya follow sangat program erezeki ni.

 

Kedua, eRezeki juga telah memperkenalkan laman web kerja dari rumah untuk peringkat global

Tiga laman web yang dikongsikan, iaitu Freelancer, Topcoder dan juga Upwork adalah laman web yang memang cukup popular dalam kalangan pekerja bebas atas talian di seluruh dunia.

 

Kalau nak dapatkan kerja, sinilah tempatnya.

 

Saya tahu kewujudan laman web tersebut pun sebab sebelum ni saya pernah join program Jobdirumah. Kalau dulu saya tak join program tersebut, mungkin saya pun tak akan tahu tentang kewujudan laman web tersebut.

 

Apa pula fungsi Jobdirumah?

Secara ringkas, saya nak terangkan apa itu Jobdirumah.

 

Jobdirumah ni sebenarnya adalah program latihan yang mengajar ahlinya cara-cara untuk bekerja dari rumah menerusi laman web carian kerja seperti freelancer, dan upwork, bermula dari proses membina online profile, menulis online resume, menghasilkan cover letter, bid kerja, memohon kerja hinggalah proses dapatkan kerja.

 

Pihak jobdirumah tidak menawarkan sebarang kerja.

 

Mereka hanya jual panduan yang ajar cara-cara nak bekerja dengan laman web carian kerja seperti Upwork. Kalau masih tak jelas, silalah baca laman web ini berulang-ulang kali.

 

Baiklah, terima kasih kerana sudi baca, dan kalau anda ada masa, jemput baca perkongsian saya tentang Rose Face Serum Zeeta pula. Serum yang diekstrak dari bunga mawar (atau biasa orang panggil bunga Rose) ini diformulasikan untuk menyelesaikan masalah jerawat, jeragat dan menghilangkan kesan parut jerawat.

 

Jadi, bagi mereka yang nak buat duit sambilan, boleh juga join program mereka ni dan daftar sebagai ahli.

 

Sekian dulu.

 

 

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: apa beza erezeki dengan jobdirumah, apa itu erezeki, apa kerja yang ada di erezeki, buat duit dengan erezeki, erezeki boleh percaya ke, program erezeki

June 10, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Jana pendapatan dengan Program eRezeki (BUKTI)

Sebelum-sebelum ni saya pernah juga kongsikan tentang program buat duit dengan erezeki dalam blog ni. Program erezeki ini direka bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk menambahkan pendapatan dengan melakukan kerja-kerja dalam talian (yang turut dikenali sebagai kerja-kerja digital).

 

Contoh kerja-kerja digital ni ialah seperti data entry, data collection, data categorization, dan macam-macam lagi. Kesemua kerja-kerja ini boleh dilakukan hanya dari rumah, asalkan anda mempunyai sambungan internet dan juga komputer.

 

Kalau nak cerita dari segi kadar bayaran upah, ianya tidaklah setinggi mana. Namun, ia setaralah dengan bentuk dan jenis pekerjaan yang perlu dilakukan. Kalau kita layari laman web luar negara, yang menawarkan kerja-kerja data entry, sebenarnya bayaran yang mereka tawarkan juga tidaklah setinggi mana.

 

Kadar upahnya boleh dikatakan berpatutan dengan jenis pekerjaan yang perlu dilakukan. Ini pula adalah bayaran yang terima dari program erezeki.

buat-duit-dengan-erezeki

Jumlahnya adalah sebanyak RM14.62. Alhamdulillah. Duit jugak. Boleh guna untuk beli roti john, nasi ayam, air jus tembikai kat bazar ramadhan. Banyak atau sedikit, ianya tetap rezeki dari Allah SWT yang perlu kita syukuri. Mudah-mudahan lepas ni boleh dapat lagi banyak dari ini.

 

Sebenarnya, selain program erezeki ni, saya juga ada terlibat dengan kerja-kerja promosi untuk Program Jobdirumah. Ini pula bayaran yang saya terima dari Jobdirumah.

buat-duit-jobdirumah

Nampak kan betapa banyaknya perbezaan bayaran yang saya terima? Inilah sebabnya saya pernah kata sebelum ni, bukannya saya tak yakin dengan program erezeki, sebaliknya saya terpaksa fokuskan masa saya kepada program yang membayar upah yang lebih tinggi.

 

Lagi satu, untuk pengetahuan anda, program Jobdirumah ni kalau nak join kena bayar sebanyak RM50. Manakala program erezeki ni percuma sahaja. Jadi, memandangkan sebelum ni saya pernah keluar modal sebanyak RM50 untuk join Jobdirumah, maka dah tentu saya kena usaha betul-betul, supaya perlaburan yang saya keluarkan tu membuahkan hasil.

 

Barulah berbaloi.

 

Nampak kan, sekarang ni ada banyak betul program yang kita boleh join untuk tambahkan pendapatan. Kebanyakkannya boleh dilakukan tanpa perlu susah payah nak ke pejabat dan boleh dilakukan hanya dari rumah. Terpulang pada individu tersebut, sama ada nak ambil peluang ini atau nak tengok sahaja.

 

Asalkan ada usaha, In Shaa Allah ada hasilnya.

 

Terima kasih sebab baca perkongsian saya ni. Apa pun, cuba la dulu mendaftar dalam program erezeki tu. Biasakan diri terlebih dahulu dengan kerja-kerja digital. Bila dah daftar, boleh lihat senarai kerja erezeki di member area.

 

Apa pun, saya doakan semoga anda juga berjaya buat duit dengan erezeki ataupun dengan Jobdirumah.

 

 

 

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: bekerja dari rumah, buat duit dengan erezeki, bukti pendapatan erezeki, contoh kerja erezeki, komisen jobdirumah, program erezeki, senarai kerja erezeki

  • 1
  • 2
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in