Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 3, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Ebook Rahsia Taobao – 5 Sebab kenapa ebook ini BESTSELLER di klikjer

Ebook Rahsia Taobao mengajar cara-cara untuk borong barangan dari China menerusi laman web Taobao.com

 

Menariknya, dengan bantuan ebook ini, mereka yang langsung tak pandai bahasa cina juga boleh beli dari laman web Taobao.com tanpa sebarang masalah.

 

Apa kaitan bahasa cina dengan laman web taobao? Jika ini merupakan kali pertama anda mendengar tentang laman web Taobao, anda mungkin tak tau yang laman web tersebut sebenarnya menggunakan tulisan cina sebagai bahasa perantaraan.

 

Sejak sekian lama, hanya mereka yang faham tulisan cina sahaja yang mengetahui tentang kewujudan lubuk borong ini dan hanya mereka yang boleh baca tulisan cina sahaja yang mampu untuk melakukan jual beli menerusi laman web tersebut.

 

Kini?

 

Situasinya dah mula berubah.

 

Sebabnya ada seorang budak cina bernama Nigel Ong yang berasal dari Terengganu ni dah pun bersusah payah menghasilkan panduan untuk mengajar kita semua macam mana nak borong barang dari laman web Taobao. Ya, tak faham bahasa cina pun boleh borong kat laman web tersebut.

Ebook Rahsia Taobao ini sudah berada di pasaran agak lama. Ia telah mengalami proses kemaskini beberapa kali. Sebelum ini, Nigel hanya menawarkan panduan dalam bentuk ebook sahaja.

 

Namun pada hari ini, Nigel juga menghasilkan panduan memborong di laman web Taobao dalam bentuk video. Bagi mereka yang tak berapa selesa nak membaca lama-lama menghadap skrin, boleh tonton panduan yang disediakan dalam bentuk video.

 

Menariknya panduan video Rahsia Taobao ini ialah, anda boleh lihat sendiri secara rakaman bagaimana proses tempahan dilakukan. Mungkin ada yang nak tahu, apa agaknya yang terkandung dalam versi video Rahsia Taobao ni kan.

 

Untuk menjawab persoalan anda, saya senaraikan video-video yang bakal anda perolehi dibawah ini.

Video 1 – Pengenalan
Video 2 – Mendaftar Di Taobao
Video 3 – Teknik Search Product Dalam Bahasa Mandarin & Kriteria Memilih Produk
Video 4 – Teknik Menentukan Harga Dan Menilai Potensi Produk –  100% Profit
Video 5 – Teknik Menilai Reputasi Dan Lokasi Taobao Seller
Video 6 – Perbincangan 2 Cara Memborong
Video 7 – Tempah Guna Agent: Daftar Di XXXXXX
Video 8 – Tempah Guna Agent: Menempah Di XXXXXX
Video 9 – Tempah Sendiri #1: Order & Bayar
Video 10 – Tempah Sendiri: Tempah Sendiri #2: Track Pergerakkan Produk
Video 11 – Tempah Sendiri #3: Combine & Pos Ke Malaysia
Video 12 – Tempah Dari 1688.com menggunakan XXXXXX
Video 13 – Teknik Ninja Chat Dengan Seller Walaupun Tak Pandai Bahasa Cina!
Video 14 – Panduan Refund

 

Mesti anda tak sangka, rupanya ada banyak juga yang perlu diketahui kalau nak proses memborong tu dapat berjalan dengan lancar kan. Baiklah, lihat pada senarai video diatas tu. Bahagian yang saya gelapkan, adalah bahagian yang penting dalam siri video-video ini.

 

Bukanlah bermakna video-video lain tu tak penting sangat. Ianya tetap PENTING. Cuma saya nak bagitahu anda, bahagian yang saya gelapkan tu, anda perlu berikan perhatian yang lebih.

 

Anda rasa hanya baca ebook dan tonton video masih tak cukup untuk bantu anda borong barangan dari China?

 

Saya banyak kali jumpa orang yang begini. Bagi ebook suruh baca, dia kata panduan tu masih tak cukup. Bila bagi video, pun dia kata benda yang sama. Video masih tak cukup.

 

Tunggu dulu.

 

Ini ada satu perkara lagi yang anda perlu tahu. Nigel Ong juga menyediakan group FB Support kepada pembeli ebook Rahsia Taobao ini.

support-buat-pembeli-ebook-rahsia-taobao

Walaubagaimanapun, keahlian bagi group FB Support ini sangatlah eksklusif. Bukan semua orang layak untuk join. Hanya mereka yang betul-betul serius perlukan fokus dan perhatian yang lebih dari Nigel sahaja yang akan diberikan akses untuk join group ini.

 

Memandangkan anda akan diberi support secara dekat dengan penulis ebook ini, berbanding pembeli yang lain, maka anda juga perlu bayar yuran premium.

 

Saya bocorkan rahsia siap-siap.

 

Pada waktu artikel ni saya tulis, untuk anda layak menerima

1. Panduan dalam bentuk ebook

2. Video rakaman yang mengandungi 14 siri

3. Ebook-ebook bonus

4. Akses kepada VIP Group Support

 

Jumlah yang anda perlu bayar adalah sebanyak RM170.

 

Anda tak perlu bayar RM170!

 

Ya, anda tak silap baca. Anda tak perlu bayar sebanyak itu, JIKA

– Anda tak perlukan support group

– Anda tak perlu siri video yang ada 14 semua sekali tu

 

Semuanya terpulang kepada anda. Beli ikut keperluan ya.

 

Sekarang ni saya nak cerita pula, 5 sebab kenapa ebook ini memang layak mengungguli carta top 10 bagi carta ebook yang dijual di klikjer.

rahsia-taobao-top-ebook

Setiap bulan, saudara Mohd Suhaimy ni memang akan update, apa dia ebook top 10 di klikjer. Bagi bulan April 2017 ni, nampaknya ebook yang paling ramai orang beli ialah ebook Rahsia Taobao ni.

 

Menarik, kan?

 

Ini dia 5 sebab kenapa ebook ini layak untuk jadi ebook bestseller.

 

(1) Banyak yang dah berjaya borong barang dari China dari rujukan ebook ini

Mari saya tunjukkan kepada anda, testimoni dan feedback dari pembeli ebook Rahsia Taobao sebelum ini.

pembeli-ebook-rahsia-taobao

 

Dan lagi satu testimoni pembeli ebook Rahsia Taobao…

testimoni-ebook-rahsia-taobao

Anda boleh baca lebih banyak testimoni seperti diatas dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Jika mereka berjaya memborong barang dari China secara online sahaja, tanpa perlu susah payah ke negara China, maknanya anda juga boleh buat.

 

Sekarang ni anda mungkin tak mampu atau tak berani nak beli apa-apa barangan dari China secara online. Saya faham kenapa anda tak yakin atau tak berani nak menjalankan transaksi tersebut.

 

Mungkin anda merasakan ianya tak selamat dan sebagainya. Sebenarnya, jika anda ada info seperti yang pembeli ebook ini miliki, anda pasti tak takut untuk borong barangan dari China.

 

(2) Pemborong dan bakal pemborong boleh jimat banyak duit!

Bagaimana cara nak tingkatkan keuntungan, tanpa perlu naikkan harga barang? Ada yang nak cuba teka ke?

 

Jawapannya ialah, dapatkan stok barang dengan harga yang lebih murah. Anda boleh jual dengan harga yang sama, namun disebabkan modal untuk dapatkan barang tersebut lebih murah, maka anda boleh dapat keuntungan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

 

Anda boleh jimat banyak apabila borong dari China secara online. Apabila kita bandingkan dengan alternatifnya, iaitu pergi ke China dan beli disana, kemudian bawa balik ke Malaysia, borong secara online bukan sahaja akan jimatkan wang anda malahan ia juga akan jimatkan masa dan tenaga anda.

 

Ps: menurut penulis ebook ini. jika anda hanya ada RM500 sahaja sekalipun, anda dah boleh mulakan bisnes borong anda sendiri.

 

(3) Model bisnes borong dan jual adalah proven boleh buat duit

Model bisnes seperti ini adalah sangat simple dan straight forward. Anda beli stok dari China kemudian jual di Malaysia. Itu sahaja.

 

(4) Anda akan pelajari bagaimana cara menjalankan bisnes borong secara online sahaja

Anda dah beli stok barangan secara online. Tahukah anda, anda sebenarnya boleh juga jual secara online!

 

Terdapat banyak platform jualan yang anda boleh gunakan untuk jual semula barang-barang yang telah diborong dari China, antaranya

  1. Mudah.my
  2. Facebook
  3. Instagram
  4. Blog
  5. Minisite/Website
  6. Lazada
  7. ebay
  8. Lelong

… dan banyak lagi.

 

Menerusi ebook Rahsia Taobao ini, anda juga akan diajar cara-cara untuk jual semula barang-barang itu nanti.

 

(5) Anda boleh memaksimumkan keuntungan dengan jadi lebih kreatif

Dengan menjadi lebih kreatif, anda boleh jana lebih banyak keuntungan. Ini antara yang saya boleh syorkan, iaitu

1. Anda jalankan program affiliate anda sendiri

2. Anda jalankan program dropship

3. Anda mulakan bisnes MLM

4. Anda jadi supplier UTAMA di daerah atau kawasan anda

5. Anda ambil upah menjadi ejen yang tolong buat pembelian bagi syarikat atau perniagaan

 

… dan banyak lagi.

 

Bukan semua orang yang beli ebook ini sebab nak buat bisnes sendiri. Ada juga yang beli ebook ini sebab nak tahu macam mana nak jimatkan operasi syarikat dan perniagaan sendiri.

 

Sebagai contoh, selama ini anda bergantung kepada supplier dari syarikat tertentu. Cuba anda buat carian produk tersebut, ada tak dijual di China? Jika ada, anda pasti dapat jimat lebih banyak dengan membeli terus dari China berbanding beli dari supplier tempatan.

 

Terima kasih kerana sudi baca perkongsian ini.

 

Jika anda masih belum download ebook Rahsia Taobao ini, boleh muat turun edisi preview PERCUMA dari laman web ini.

 

 

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: ebook rahsia taobao, ebook taobao pdf download, rahsia taobao, rahsia taobao pdf download, video rahsia taobao download

August 15, 2016 by Sabree Hussin 1 Comment

Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?

Negara China memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam menghasilkan pelbagai jenis produk dalam kuantiti yang banyak dan dengan harga yang murah. Sekiranya anda perasan, barangan buatan China dengan tag “Made in China” banyak terdapat di sekeliling kita.

 

Berus gigi, kasut, kereta mainan, perkakasan dapur, peralatan elektrik, pakaian dan macam-macam lagi produk harian yang ada di sekeliling kita mungkin dipasang dan dikeluarkan oleh kilang yang terletak di Negara China. Maka, tak hairanlah apabila negara China menjadi salah satu pilihan popular sekiranya seseorang yang ingin menjadi usahawan memilih untuk mengimport produk dari Negara China untuk di niagakan semula di negara kita.

 

Oleh kerana terlalu banyak pilihan produk yang terdapat di luar sana, mungkin ini akan membuatkan sesetengah bakal usahawan merasa keliru, mana satu produk yang bagus untuk diniagakan? Info tentang apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan bukannya mudah untuk diperolehi.

 

Pada masa yang sama, kita bukannya boleh tanya kepada mana-mana peniaga yang memang mengimport produk dari China dan tanyakan pada mereka apa produk yang tengah Hot dan laku. Besar kemungkinan peniaga tersebut tidak akan kongsikan maklumat tersebut kepada anda. Ia adalah rahsia perniagaan dan kalau bagitahu kat orang lain, seolah-olah mereka sengaja nak suruh orang lain jadi pesaing dalam bidang perniagaan mereka.

 

Baiklah, sebelum kita nak kenalpasti apa dia produk yang bagus untuk kita import dari China, saya nak bawa anda untuk fikirkan terlebih dahulu jawapan untuk soalan ini.

“Apa dia kriteria yang anda gunakan bagi mengenalpasti sama ada sesuatu produk itu bagus ataupun tidak?”

 

Lain orang, lain kriterianya. Macam saya pula, saya akan kata sesuatu produk itu adalah bagus jika ianya sedang viral sekarang ni. Contohnya mungkin produk kecantikkan Perlaking Serbuk Mutiara Asli. Pada pandangan saya, ianya bagus sebab ia sedang viral dan hampir semua orang tahu mengenai produk ini dan apa yang produk ini mampu lakukan.

 

Walaubagaimanapun, satu isu yang anda perlu tahu tentang produk yang sedang viral ialah, ianya mengundang persaingan yang sengit. Secara tiba-tiba semua orang mampu untuk menjadi penjual produk ini. Walaupun bukan semua penjual mempunyai produk dalam tangan. Almaklumlah, sekarang ni kita boleh mula berniaga walaupun tak ada produk dalam tangan. Sama ada anda berbisnes menggunakan konsep affiliate ataupun bisnes menerusi kaedah dropshipping.

 

Produk sedang viral. Ini satu cara untuk mengenalpasti sama ada produk tersebut bagus ataupun tidak. Jika anda mahu menjual sesuatu produk ketika ia sedang viral, bermakna anda agak terlewat. Walaupun terlewat tak bermakna anda tidak akan dapat buat duit. Anda masih ada peluang untuk buat duit ketika produk sedang viral, tetapi jumlah yang anda bakal hasilkan mungkin tidak sebanyak mereka yang dah menjual produk tersebut sebelum ia viral.

 

Apa lagi kriteria yang boleh dijadikan rujukan bagi mengetahui sama ada produk itu bagus ataupun tidak? Ada beberapa, iaitu

(1) Produk mudah untuk difahami oleh prospek.

Lagi bagus kalau kita tak perlu nak susah payah terangkan pada prospek apa yang produk ini boleh lakukan. Misalnya powerbank. Semua orang tau apa itu power bank. Kita letak je kat atas meja, prospek kita dah boleh tahu macam mana nak guna powerbank.

pokemongo-powerbank-pokeball

Satu yang best dengan powerbank ni ialah, ia boleh didapati dalam macam-macam bentuk dan rekaan. Macam sekarang ni orang tengah sibuk main Pokemon Go kan, jadi bolehlah jual powerbank dalam bentuk Pokeball macam dalam gambar kat atas ni. Kalau anda minat nak tempah satu boleh klik kat sini.

 

(2) Produk boleh dibeli dengan harga kos yang relatif murah dan boleh jual balik dengan harga yang mahal

Contohnya, kos untuk dapatkan produk tu ialah RM2.50 satu unit. Kemudian, kita boleh jual semula dengan harga sekurang-kurangnya RM6. Kat situ je kita dah untung dalam RM3.50 untuk satu barang yang terjual. Apa barangnya? Ha… carilah. Buat research sikit.

 

(3) Produk tersebut UNIK dan tak ada jual kat pasaraya besar macam Tesco, Giant atau Mydin

Bila barang tersebut unik, orang memang jarang nak persoalkan bila kita letak harga yang agak tinggi dan ambil margin untung yang lumayan. Sebabnya? Orang susah nak jumpa benda ni. Kalau ada pun, mungkin dekat China sana. Eh tapi tau ke macam mana nak beli barang kat China? Realitinya ialah, bukan semua orang tau macam mana nak beli barang kat China. Lebih-lebih lagi kalau nak dapatkan dengan harga borong atau harga murah.

 

borong_china_taobaoYa, memang ada dihasilkan panduan yang mengajar cara-cara nak import barang dari China kemudian jual semula di pasaran kita, iaitu di Malaysia.

 

Panduan tersebut di beri nama Rahsia Taobao. Panduan ini menerangkan cara-cara untuk import barang dari China tanpa perlu ke negara China langsung. Kita boleh lakukan ia hanya dari rumah secara online.

 

Namun, just because anda pernah beli dan pernah baca panduan ini, tak bermakna prospek dan pelanggan anda juga pernah beli dan baca panduan ini. Tak semestinya. In fact mereka mungkin tak peduli pun tentang panduan ni. Lagipun mereka bukannya ada perancangan nak buat sebarang bisnes pun.

 

Dapatkan info produk bestseller dari laman web ecommerce

Ada banyak laman web ecommerce kat luar sana yang memaparkan maklumat-maklumat produk tertentu yang dikira sebagai best seller. Anda boleh buka laman web Lazada misalnya dan lihat apa dia produk yang termasuk dalam kategori best seller dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Produk yang termasuk dalam kategori best seller ini anda boleh jadikan ia sebagai rujukan sebelum memilih untuk jual produk apa. Selain laman web Lazada, anda boleh juga rujuk lain-lain laman web seperti lelong, ebay, mudah dan sebagainya. Mereka mungkin tidak akan memberikan anda data yang tepat tentang apa produk yang patut anda pilih, namun daripada maklumat yang dipaparkan dalam kategori best seller, anda patut dapat idea nak pilih produk apa.

 

Baiklah, semoga apa yang saya kongsikan dan idea yang saya paparkan disini dapat membantu anda. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya menjual produk dari China!

 

 

 

Filed Under: Personal Tagged With: borong dari china, import barang dari china, produk dari china, rahsia taobao

February 17, 2016 by Sabree Hussin 3 Comments

Kenapa Rahsia Taobao harganya “Mahal”?

“Pernah tak anda terfikir, kenapa agaknya produk digital seperti ebook selalunya dijual dengan harga yang lebih MAHAL berbanding produk yang sama tetapi dalam bentuk fizikal?”

 

Bila anda beli ebook, apa sebenarnya yang anda beli? Adakah anda sedang membeli file dalam format .pdf atau anda sebenarnya sedang membeli informasi yang terkandung dalamnya?

 

borong_china_taobaoContohnya ebook Rahsia Taobao: Panduan Import Barang Dari China Secara Online ni.

 

Klik sini untuk maklumat tentang ebook.

 

Bagaimana kita nak tau, sama ada ebook ni dijual dengan harga yang terlalu mahal, atau sebenarnya ia dijual dengan harga yang sepatutnya.

 

Ya… memang agak susah kita nak tau secara tepat. Perkara seperti ini agak subjektif dan bergantung kepada penilaian setiap individu yang pelbagai.

 

Anda boleh melihat dari sudut pandang seperti ini jika anda mahu.

 

Katakanlah, anda memang seorang usahawan yang tak tau macam mana nak import barang dari China secara dalam talian. Akan tetapi, untuk perniagaan anda, anda memang wajib import barang dari china.

 

Cara tradisional ialah, anda perlu ke China setiap tiga bulan sekali atau enam bulan sekali untuk bertemu dengan supplier dan beli produk untuk diniagakan di pasaran Malaysia. Tak ada apa-apa masalah dengan kaedah ini, dan in fact, saya percaya ramai usahawan import export memang berjaya dengan kaedah ini.

 

Kita sedia maklum, kos untuk ke Negara China bukannya murah. Ada banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Antaranya

(1) Kos tiket penerbangan

(2) Kos penginapan

(3) Kos makan dan minum

(4) Kos pengangkutan semasa di China

(5) Kos penghantaran produk dari China ke Malaysia

(6) Kos penat!  

 

Baca juga:Buku panduan memborong dari China yang patut anda baca?

 

Walaupun pergi terus ke China, adalah satu idea yang bagus dan baik, namun akan tiba satu masa, kita terasa begitu penat dan letih untuk ke sana. Kita mahukan sesuatu kaedah yang lebih mudah dan lebih ekonomi untuk bisnes kita.

 

Aha… then comes the ebook. Panduan borong dari China secara online.

 

Harga ebook ni? Tak sampai pun RM100. Akan tetapi, ilmu dan strategi yang diajarkan dalam ebook ini, bakal membantu anda mengurangkan kos dan perbelanjaan untuk item-item yang saya sebutkan dari nombor (1) hinggalah ke nombor (6).

 

Lihat sahaja item nombor (1) iaitu tiket penerbangan.

 

Adakah tiket penerbangan ke China pergi dan balik boleh didapati dengan kos bawah RM100? I doubt it.

 

Baiklah, ini salah satu cara bagaimana untuk memberi penilaian kepada sesuatu ebook. Kita melihat, bagaimana informasi yang ditawarkan oleh ebook tersebut dapat memudahkan dan menjimatkan urusan kita di masa akan datang.

 

Anda dah sedia untuk jimatkan kos pengurusan perniagaan anda? Anda tak perlu lagi ke China. Boleh terus order segala produk di China secara online sahaja. Klik sini untuk muat turun dan baca ebook ini.

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: panduan borong ke china, panduan borong produk china secara online, rahsia taobao

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Cara TERBUKTI Berkesan hasilkan income dari Program Affiliate Klikjer
    Cara TERBUKTI Berkesan hasilkan income dari Program Affiliate Klikjer
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
    Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance
    Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in