Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

February 3, 2016 by Sabree Hussin 13 Comments

Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!

Kita akan terlepas 100% peluang yang kita tak ambil. Namun, jika kita buat keputusan untuk ambil sesuatu peluang tu, ada kemungkinan kita akan berjaya… tetapi, tak mustahil juga untuk kita gagal.

 

Walaupun kejayaan mahupun kegagalan itu masih belum pasti, namun peluang untuk berjaya tu tetap ada. Bukan ke bagus, kalau apa yang kita nak buat ni, kita dah boleh tahu siap-siap apa outcome dia… jadi dengan ini kita tak akan tersalah buat pilihan. Betul tak?

buat_duit_dengan_involveasia

Tahun 2016 ni nampaknya kena usaha lebih sikit dan kena jadi lebih serius dan lebih agresif dalam kerja-kerja pemasaran secara online. Tahun 2016 ni, In Shaa Allah, nak berikan yang terbaik supaya dapat capai semua impian yang tertunggak dari tahun-tahun yang sudah.

 

Kenapalah setiap impian tu memerlukan wang ya.

buat_duit_lazada

Ini bukti yang menunjukkan saya nak serius buat duit online. Ada satu program ini, yang dikelolakan oleh pihak Invole Asia yang berpotensi untuk bantu penulis seperti saya untuk buat duit dengan lebih banyak secara online.

 

Anda boleh klik sini untuk dapatkan akaun anda.

 

Kerjanya pun mudah sahaja. Anda hanya perlu menulis. Tolong jangan kata anda tak tau macam mana nak menulis. Ini adalah kemahiran yang dah diajar masa dari zaman sekolah lagi. Saya percaya, setiap orang ada kemahiran dan kelebihan yang tersendiri dalam bidang penulisan.

 

Tak semestinya anda mesti kena menulis dalam gaya bahasa yang begitu skema untuk menulis. Saya dah jumpa, banyak betul kawan-kawan penulis, yang standard penulisannya sangat teruk (ok… tak ada la teruk sangat) tetapi masih berupaya untuk hasilkan pendapatan yang cukup untuk buatkan saya rasa cemburu.

 

Kemudian dari situ saya sedar… untuk berjaya buat duit sebagai penulis bebas secara online ni, bukan seratus peratus bergantung kepada betapa perfect cara kita menulis. Tak pandai menulis sangat pun masih boleh buat duit.

 

Saya pasti, anda pernah temui ramai penulis blog, yang menulis dengan gaya bahasa yang entah hapa-hapa dan topik yang agak bangang tetapi masih berjaya hasilkan komisyen sana sini dari pelbagai program. Sound familiar?

 

Jadi, lupakan sejenak tentang kekangan mahupun kelemahan yang ada. Part pandai menulis ke tidak… itu kita boleh belajar dari masa ke masa. Apa yang lebih penting ialah cara macam mana kita nak sampaikan sesuatu maklumat atau info, itu sahaja.

 

Asalkan ianya boleh difahami, ianya dah cukup baik. Jadi hari ini, saya nak mengajak anda untuk mula jana pendapatan hanya dengan menjadi seorang penulis.

 

Bukannya menulis saja-saja, tetapi kita menulis tentang produk ataupun servis yang ditawarkan oleh platform Involve Asia. Jangan risau, ini bukannya skim mengarut mahupun skim cepat kaya. Ini adalah program affiliate, yang mana dengan ini kita akan menjadi ejen yang mempromosikan sesuatu produk ataupun perkhidmatan.

 

Saya berikan contoh. Salah satu syarikat ataupun laman web yang bekerjasama dengan Involve Asia adalah laman web Lazada Malaysia. Kalau anda nak tahu, kat laman web ini ada banyak sangat produk yang boleh kita promosikan dan jana komisyen sekitar 6% daripada harga jualan.

 

6% tu memang nampak sedikit. Namun bayangkan jika kita berjaya dapatkan jualan untuk produk berharga RM1,000. Komisyen sebanyak 6% itu sahaja dah bersamaan dengan RM60.

 

Cubalah dulu. Kalau setakat saya cuma bercerita tentang buat duit dengan Lazada macam ni, mungkin ramai yang tak nampak dimana potensinya. Anda kena join dan cuba dulu. Siapa tahu, lepas ni anda akan dapat duit tambahan hanya sebagai seorang penulis yang menulis tentang produk-produk yang dijual di Lazada.

 

Bukankah ini suatu yang bagus?

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit dengan involve asia, involve asia, program affiliate involve asia, siapa involve asia

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in