Saya agak lama tak login ke akaun erezeki saya. Kali terakhir saya login mungkin kira-kira 30 hari yang lalu ataupun lebih. Pada masa tu, jumlah job berbayar yang terdapat di member area sangatlah terhad.
Kalau ada job pun, sekadar job photo tagging. Itupun kena berebut dengan orang lain untuk dapatkan job tersebut. Sebagai contoh, jika dalam satu-satu masa, terdapat 1,400 job yang available, maka job tersebut akan dibahagikan kepada semua orang yang pernah mendaftar dalam program erezeki ni.
Siapa yang boleh siap cepat, mempunyai kelajuan internet yang stabil, maka In Shaa Allah dia boleh buat lebih. Kalau tidak… alamatnya memang sedikit sahajalah yang dapat dilakukan.
Satu perkara yang pada saya agak mengecewakan pada sistem erezeki ni ialah, kita tak tau bila akan ada job berbayar di member area. Tak ada sebarang notifikasi untuk memaklumkan pengguna, yang pada masa-masa tertentu terdapat job yang boleh diselesaikan.
MUNGKIN… Semua ini hanya akan bersifat sementara. Satu hari nanti, sistem akan dinaiktaraf, atau akan ada penambahbaikkan yang saya sendiri tak tau apa.
Tapi sejak beberapa hari kebelakangan ni, stesen radio sinar asyik iklankan tentang program erezeki ni. Ok… jadi saya pun tergerak hati nak login ke member area dan nak tengok apa benda yang baru. Iye la… iklankan bukan main besar-besaran, tapi kalau job berbayar tak mampu nak disediakan, what for?
… dan ramalan saya benar belaka. Ada sesuatu yang baru di member area. Ada kategori job yang baru yang diperkenalkan. Macam biasa, sebelum nak melayakkan diri untuk menerima tugasan berbayar, perlu ambil test terlebih dahulu.
Ini test untuk English Language Proficiency v1.0
Dapat score sebanyak 90 dan layak menerima qualification tersebut. Lepas ni boleh pergi ke step seterusnya. Saya tengok ke member area, ada banyak lagi training task yang disediakan yang menunggu untuk diselesaikan.
Ikut pada kefahaman saya, mula-mula kita selesaikan qualification task. Kemudian bila kita dah dapat qualification tertentu, kita akan dapat training task untuk membiasakan diri kita dengan tugasan tersebut. Training task ni, seperti namanya adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai latihan. Jadi tak ada sebarang bayaran untuk menyiapkan tugasan tersebut. Apabila semua training task dah habis disiapkan, barulah akan muncul paid job. Ha… ini lah saat yang dinanti-nantikan.
Sebenarnya, dalam masa beberapa hari kebelakang ni, saya lebih fokuskan pada program Jobdirumah. Kenapa saya fokus pada jobdirumah dan bukannya program erezeki?
Mudah sahaja.
Saya boleh buat lagi banyak duit dengan Jobdirumah berbanding dengan program erezeki. Analoginya mudah sahaja. Dengan program Jobdirumah, saya boleh dapat beberapa ratus ringgit dalam masa 30 hari. Tetapi dengan program erezeki ni, saya hanya berjaya hasilkan beberapa ringgit sahaja. Tak sampai pun RM20.
Rasanya, kalau anda juga berada di tempat saya, anda juga akan ambil tindakan yang sama macam yang saya buat. Fokus pada yang boleh hasilkan lebih banyak duit, daripada yang memakan terlalu banyak masa, tetapi hasilnya langsung tak seberapa.
Apa pun… Program eRezeki ni masih agak baru. Saya percaya ada banyak lagi penambahbaikkan yang akan ditambah dari masa ke masa. Kita bagi masa. Sambil-sambil tu, kita join je erezeki tu dan cuba biasakan dengan sistem mereka. Anggaplah dalam tempoh masa sekarang ni sebagai tempoh latihan untuk biasakan diri dengan konsep yang dibawakan oleh program tersebut.
Tentang nak tambah pendapatan dengan erezeki, saya percaya program ini ada kekuatannya yang tersendiri. Mula-mula tu biasalah, tak ada lagi baby yang terus berlari. Semuanya perlu melalui fasa demi fasa, langkah demi langkah.
Tapi siapa tahu, mungkin in future, laman web ini akan jadi salah satu laman web paling berjaya yang dapat mengubah kedudukan kewangan dan ekonomi rakyat Malaysia!
Mungkin juga di masa akan datang, akan ada banyak job-job dalam bahasa Melayu pula.