… dan kenapa anda juga patut pertimbangkan untuk guna sistem autoresponder emelmatik ini juga.
Saya telah menjadi pengguna sistem autoresponder ini sejak dari tahun 2013 lagi. Pada ketika itu, sistem autoresponder emelmatik ni bukanlah autoresponder utama saya. Selain emelmatik, saya juga menggunakan sistem autoresponder Aweber dalam kempen-kempen pemasaran online yang saya jalankan.
Pada waktu itu, saya terus ambik pakej Life Time sebabnya saya malas nak fikir-fikir tentang bayaran bulanan atau bayaran tahunan. Lebih mudah ambik plan yang sekali bayar lepas tu dah tak perlu nak fikir lagi.
Jadi, saya pun syorkan anda untuk dapatkan pakej yang life time seperti ini juga.
Timbulnya keperluan untuk guna dua autoresponder
Saya sedia maklum, kos penggunaan autoresponder Aweber bukannya murah. Kos penggunaan akan meningkat seiring dengan bertambahnya senarai emel yang telah berjaya di kumpulkan. Untuk jangka masa panjang, ia akan menjadi satu bebanan kepada saya, terutama sekali apabila senarai emel yang dikumpulkan itu mula jadi tidak aktif dan kurang responsif.
Adakah perkara macam ni boleh terjadi? Sudah tentu boleh. Ini berlaku apabila emel-emel yang kita hantar sudah tidak lagi menepati kehendak dan tujuan asal subscriber kita mendaftar masuk ke dalam mailing list kita. Pada waktu tu, mereka (subscriber) sama ada akan bertindak untuk keluar dari mailing list (unsubscribe) ataupun akan berhenti buka emel yang dihantar.
Malangnya… lama kelamaan, saya dapati makin ramai subscriber yang saya kumpul, sudah tidak membuka emel, atau sudah tidak membeli sebarang produk yang saya promosikan. Apalah gunanya kalau mereka buka emel sekalipun, tetapi kalau tidak buat sebarang pembelian, masih lagi tiada sebarang keuntungan disitu.
Itu sebab pertama.
Sebab kedua yang buatkan saya perlu ada sistem autoresponder back up ialah apabila laman web Aweber diserang oleh DDoS. DDoS ini merujuk kepada Denial of Service Attack. Ia buatkan semua pengguna Aweber tidak boleh akses ke laman web Aweber buat sementara waktu. Semasa kejadian tersebut berlaku, laman web Aweber down lebih kurang 48 – 72 jam!
Itu sebab kedua.
Kemudian, Malaysia dikejutkan pula dengan siri-siri kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia berbanding USD. Pada awalnya, nilai 1 USD adalah lebih kurang RM3.20 sahaja. Kemudian ia terus jatuh, dan terus jatuh hinggalah nilai RM adalah RM4 untuk 1 USD.
Sudah tentu ini menjadikan kos penggunaan dan langganan autoresponder Aweber jadi makin bertambah mahal. Seingat saya, sebelum masuk bulan kedua selepas nilai matawang RM jatuh, saya terpaksa hubungi Aweber dan minta mereka cancel akaun saya dan refund semula pembayaran yang telah saya lakukan.
Mujurlah saya masih ada lagi akses kepada sistem autoresponder emelmatik.
Apa lagi kebaikkan sistem autoresponder emelmatik ni yang anda perlu tahu?
Saya tahu kat luar sana tu ada banyak sistem autoresponder yang anda boleh pilih. Ada yang free, ada yang anda boleh pasang sendiri di server milik anda, ada yang kena buat bayaran bulanan dan sebagainya. Apa yang saya nak katakan ialah, just because anda kena bayar mahal, tak bermakna ianya adalah yang terbaik.
(1) Cuba guna emelmatik selama setahun tanpa sebarang bayaran
Anda boleh guna emelmatik selama 365 hari tanpa perlu buat sebarang bayaran. Boleh klik sini untuk dapatkan akaun keahlian anda. Jika dalam tempoh setahun tu, anda rasa yang autoresponder ni bukannya untuk anda, anda boleh tinggalkan sahaja dan guna yang lain.
(2) User friendly walaupun untuk orang yang baru dan tak pandai IT
Bila saya kata tak pandai bab IT, saya tak maksudkan orang yang memang Buta IT okay. Jadi janganlah salah anggap kenyataan yang saya buat ni.
Pengalaman saya sendiri, mengajar cara-cara untuk setup sistem ini kepada seorang makcik berusia 50 tahun lebih, itupun secara on call sahaja, terbukti makcik tersebut boleh buat.
(3) Boleh integrasi dengan blogspot bagi menghasilkan minisite yang profesional
Dengan blogspot, kita boleh bina seberapa banyak laman web yang kita mahukan. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk membina laman web yang kelihatan profoseional ini mungkin akan mengakibatkan masalah buat anda.
Saya syorkan anda gunakan perisian ini, blogspot to minisite. Ianya sangat mudah untuk digunakan dan anda boleh hasilkan minisite yang lengkap dengan borang autoresponder apabila menggunakan perisian tersebut.
Anda boleh lihat contoh laman web dan download template percuma dengan menekan klik di sini.
(4) Kod autoresponder boleh diintegrasikan dengan sistem wordpress
Sebagai contoh adalah blog saya yang satu lagi iaitu blog sabreehussin dot com. Untuk blog tersebut, saya menggunakan kod autoresponder emelmatik pada pop up yang mengajak pelawat untuk masukkan nama dan alamat emel.
(5) Anda boleh buat duit dengan Emelmatik!
Kalau anda nak tahu, sebenarnya anda juga boleh buat duit dengan emelmatik. Caranya adalah dengan menyertai program affiliate yang dianjurkan oleh pihak pengurusan emelmatik.
Ini bayaran terbaru yang saya terima dari emelmatik.
Walaupun tak banyak mana, tapi ok la kan daripada langsung tak merasa kan.
Apa pun, ini semua hanyalah perkongsian pendapat dan pengalaman saya sendiri sepanjang menggunakan sistem autoresponder ini. Sebaik-baiknya, anda cuba sendiri gunakan sistem autoresponder ini dan anda boleh dapatkan akaun anda dengan menekan klik pada pautan ini.
Semoga anda juga berjaya buat duit lepas ni ye.