Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

January 26, 2020 by Sabree Hussin Leave a Comment

Perkara yang menjadi punca Kegagalan sebuah sistem marketplace dan bisnes ecommerce

Sebelum ini saya telah pun menulis topik tentang kejayaan sistem marketplace. Kalau anda masih belum baca, jemput baca dulu ya.

Sila ke halaman ini: Faktor kejayaan sebuah sistem marketplace

 

Kali ini, kita tengok pula punca-punca yang boleh menyebabkan bisnes ecommerce dan juga sistem marketplace gulung tikar.

 

(1) Modal yang tak mencukupi

Isu tentang modal.

 

Pengendali sistem marketplace atau laman web ecommerce beroperasi dengan modal yang sangat terhad. Mungkin pada mulanya dia menyangka kos untuk menjalankan bisnes seperti ini hanyalah sekadar untuk dapatkan nama domain, hosting, install sistem ecommerce sahaja.

 

Dia tak perasan, sebenarnya ada banyak lagi kos-kos yang perlu  dilaburkan untuk menjayakan bisnes seperti ini.

buat-duit

(2) Tiada business plan ataupun rancangan perniagaan

Macam mana boleh terlepas pandang bab modal? Biasanya sebab tiada perancangan yang rapi sebelum melancarkan bisnes.

 

Hanya ada kemahiran teknikal atau IT, masih belum cukup untuk berjaya dalam bisnes.

Cuma pandai buat bisnes, faham semua falsafah perniagaan juga masih belum cukup untuk berjaya.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: bisnes ecommerce, kegagalan bisnes ecommerce, sistem marketplace

January 23, 2020 by Sabree Hussin 1 Comment

Faktor penyumbang kepada kejayaan sebuah Sistem Marketplace

Sekali imbas, bisnes berkonsepkan sistem marketplace kelihatan mudah untuk dijalankan.

 

Kali ini saya bukan maksudkan, anda berniaga atau buka kedai online melalui marketplace, sebaliknya saya ingin bercerita tentang konsep perniagaan sistem marketplace itu sendiri.

 

Atau dengan kata lainnya, kita sendiri yang wujudkan sistem marketplace dan peniaga lain datang untuk bina kedai online dalam sistem yang kita bangunkan.

 

Artikel sebelum ini, saya ada sentuh sedikit, mana satu yang lebih baik, sama ada berniaga menggunakan sistem marketplace sedia ada yang dah memang popular seperti Lazada dan Shopee, ataupun kita lancarkan sendiri laman web ecommerce.

Baca disini: Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri?

sistem-ecommerce-bisnes-online

Untuk perkongsian kali ini, saya nak menyentuh pula topik tentang bagaimana kalau kita sendiri yang wujudkan sistem marketplace. Manalah tahu, ada antara pembaca dan pelawat blog ini ada yang bercita-cita nak wujudkan sebuah marketplace yang mampu untuk beri saingan kepada marketplace sedia ada seperti Lazada, Shopee, Presto Mall dan juga Lelong.My.

 

Tak salah untuk pasang cita-cita yang sebegitu besar. Cuma pada masa yang sama, kita kenalah bersikap realistik dan pastikan kita tahu apa sebenarnya yang kita sedang cuba nak lakukan.

 

Dikesempatan ini, saya nak kongsikan sedikit hasil kajian saya mengenai apakah faktor yang menjadi penyumbang kepada kejayaan sesebuah sistem marketplace.

 

Faktor-faktor ini saya tidak susun ikut mana satu yang lebih penting. Maksud saya, point yang saya letakkan di nombor satu ini tidaklah bermakna ia lebih penting berbanding point yang nombor 8.

 

Saya susun sedemikian rupa sebabnya cetusan idea ketika saya menulis artikel ini muncul bukan mengikut mana satu faktor yang paling penting. Baiklah. Jom kita lihat, apa faktor penyumbang kejayaan sesebuah sistem marketplace.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: kejayaan sebuah marketplace, sistem marketplace, sistem marketplace yang berjaya

January 20, 2020 by Sabree Hussin 1 Comment

Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce

Model perniagaan melalui sistem marketplace adalah merupakan model perniagaan yang telah terbukti mampu untuk memberikan hasil yang memberangsangkan.

 

Dewasa ini, ada banyak jenama dan syarikat terkemuka yang telah mula menyertai sistem marketplace. Para pengguna kini boleh memesan produk kesukaan mereka tanpa perlu susah payah lagi untuk ke shopping mall atau outlet berhampiran untuk mendapatkan produk yang mereka perlukan.

 

Sistem marketplace boleh digunakan oleh semua orang, dan bukannya hak milik eksklusif bagi syarikat besar dan jenama ternama sahaja. Malahan, orang biasa macam kita juga boleh mula jadi peniaga melalui sistem marketplace.

sistem-marketplace

Kali ini, mari kita lihat apa kelebihan dan juga kekurangan yang anda perlu tahu, jika anda merancangan untuk jadi pengguna dan juga peniaga di sistem marketplace. Ok jom kita lihat.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: kelebihan sistem marketplace, kelemahan sistem marketplace, sistem ecommerce, sistem marketplace

Top Posts & Pages

  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut